Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 12, 2015

PUTERI BONGSU TURNS 1

Hari ni birthday Jasmin uolsssss
Hari victory untuk aku juga sebab berjaya melahirkan dia dengan susah payah.. cewah!
Kejap je dah setahun 
Pejam celik pejam celik je
[Tetiba terimejin saat2 aku tengah sakit nak bersalinkan dia...huhuhu]


Tu dia... birthday girl
Muka tak senyum sebab baru bangun tido

Happy birthday puteri bongsuku [setakat ni le]
Semoga kamu sentiasa dalam lindungan Allah
Mama, abah & abang kakak semua sayangkan Min


Hari ni juga awal2 pagi Jasmin dah dapat birthday present
Orang pertama yang kasi present ialah Misi @ Nurse kat Klinik Desa
Sebabnya hari ni juga kena cucuk untuk 1 tahun
hehehehe...

Muka kudus seorang anak
yang tak tahu dirinya bakal kena injek...

Tapi yang tak bestnya, timbang berat naik 200g je dari 2 bulan lepas.
walhal budak ni kuat je makannya
Memang spesis ringan2 & kecik2 le anak2 aku ni..
Kang berat2 tak larat pulak nak dukung, ye dak??
[ayat nak sedapkan hati sendiri je]
Apa2 la nak... janji kamu sihat sudahhh



1 comment:

Unknown said...

As Salam Syani, happy for jasmine.. dah setahun dah.. semoga sihat membesar menjadi anak yang solehah.. syg dia..