Thursday, August 20, 2015

EX SERATA MINI REUNION DAN POTLUCK RAYA

Tarikh: 02/08/2015
Lokasi : Apartment Vista Angkasa, Bangsar
Acara : Gathering Raya Beautiful Ladies In Town [BLIT]


Ni cerita awal bulan hari tu
baru sempat nak update lepas kemas2 folder dalam PC & henfon
Sebelum aku terlupa baik le aku buat entry dalam blog ni
Sekurang2nya ada kenangan di kemudian hari...hehehehe

Sebelum2 ni [sejak 2-3 tahun kebelakangan ni]
Memang tiap2 tahun kengkawan aku buat gathering raya
tapi selama tu juga aku tak pernah berkesempatan nak pegi
ye lah, memikirkan anak kecik la, pastu tengah dalam pantang la [tahun lepas]
Tahun ni memang nekad aku nak pegi

Lepas dapat izin suami & persetujuan babysitter untuk jaga anak
[sebab hari tu hari Ahad kan]
So, aku pun pakat dengan member aku kat Rawang untuk pergi sekali
Nak pegi sendiri sangat la tak reti... dah le aku memang fail jalan2 di KL ni
Kawan aku si Makcik Raihan ni pun suruh la aku tunggu dia kat Tesco Rawang
Aku parking kereta kat situ, pastu naik dengan dia ke rumah member aku di Bangsar tu
Eksaited aku nak jumpa kengkawan lama

Kami sampai agak lewat 
Takdan nak jumpa beberapa orang member yang dah balik awal
Sampai2 pun, perut tengah lapo, so terus terjah la makanan yang ada
Pedih perut wei...nasib la banyak makanan
Dah namanya potluck kan.. masing2 la bawak makanan sorang sikit

Ni meja dessert...
Kek, donut, karipap gemuk, lemang, pelam, tapai

Kek sumbangan salah seorang kawan aku..
Sedap... berulang aku makan
kelaut la diet aku...hahahahaha

ni pulak meja lauk
Masak lemak, cili padi, sambal, udang, ikan bilis, ikan masin..
macam-macam...ada lagi yang tak masuk dalam gambar sebenarnya


Sambil makan, sambil menyembang kan
Macam2 cerita
huh... hilai ketawa memanjang tau
Dah lupa daratan masing2..hehehehe
Seronok sangat jumpa member2.. 
Ada yang dah 19 tahun tak jumpa langsung

Khusyuk dengar cerita serorang member..

Makan-minum-sembang-gelak-posing-sembahyang-sembang-makan-minum-gelak-posing lagi- gelak-makan
itu je le aktivitinya dari zohor sampai asar 
Sesi minum petang pulak
Ayaq kopi in the house...hehehehe


Agenda wajib-bergambar beramai2
Kalau boleh nak cukupkan semua yang datang
Tapi apakan daya, ada aje tak cukup korum
Ada yang datang singgah kejap je so takdan nak tunggu member2 yang kelewatan
Inilah geng2 huru hara kat rumah kawan aku hari tu
Bergegar gempita macam halilintar dibuatnya




WE ARE BEAUTIFUL LADIES IN TOWN [derrrr]
-kecuali budak2 yang 2 orang tu ye-


Kebetulan tersama pulak pakai tudung AJ dengan member aku si AQIS ni
Tudung tu keras kejung aku tak basuh lagi
tapi gatal nak pakai dah... maklum le AJ baru release design ni..

AQIS ni tokey kek tau
Kalau korang dok area2 Bangi, boleh la order dengan dia
BALQIS a.k.a MIDNITE BAKER

fb: Midnite Baker BANGI



 Kalau ikutkan banyak je gambar2 kitaorang masa gathering tu
Tapi aku pilih yang senonoh2 aje la untuk publish kat blog ni


Ok last pose before balik


Puas hati sangat sebab dapat jumpa kengkawan lama

Terima kasih untuk hasben sebab kasi bini dia berjimba2
Tahun ni memang sakan aku jumpa kengkawan aku..hahahaha
Thanks korang semua for venue, food & hospitality.


NEXT----> Gathering versi Ipoh pulak pada 30/8/2015 ni..
tak sabarnya.....








1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...