Friday, August 14, 2015

BULU-BULU

Pada suatu  pagi [bukan pagi tadi]
Tetiba Amira bangun pastu terus pegi dapur
sebabnya dia nampak aku tengah sibuk2 kat dapur
Pastu sambil hisap jari dia cakap
"MAMA... NAK BULU-BULU"
Ha???
Amende la bulu-bulu tu kan.. aku selalu dengar dia sebut tapi tak tahu apa benda yang dia maksudkan.
Selama ni aku ingatkan dia nak main pembersih habuk tu

Kat rumah memang guna yang ini

Kadang2 Amira suka main yang kecik tu
Udah pagi2 dia mintak so aku tak kasi la
Aku cakap habuk, kotor.. Tak boleh!

Pastu dia memekak lagi.. 
NAK BULU-BULU
NAK BULU-BULU
[dah le suara dia nyaring]
Aku buat donno je sebab masa tu aku tengah blender nasi Jasmin



Tetiba dia ambik bekas dari atas meja pastu bagi kat aku
sambil kata NAK BULU-BULU
Huk aloh.... ini ke rupanya bulu-bulu

BAHULU rupanya

Sian anak aku.. lapo rupanya pagi tu..
Mamanya slenge.. tak paham apa anak cakap...hahaha


Suka la dia dapat makan bulu-bulu..


Now aku dah paham apa maksud bulu-bulu, pulu-pulu & polo-polo
Sebabnya perkataan yang 3 suku kata sure akan jadi perkataan berganda.

BULU-BULU = BAHULU
PULU-PULU =  PELURU [abangnya suka main pistol yang ada peluru kecik2 tu]
POLO-POLO = PORORO [kartun kat TV2]


Noted!



1 comment:

(^_-)V said...

Hehe, alisya yang dah nak 3 tahun pun kadang-kadang sha konpius apa yang dia cakap..cite big hero dia kata cite memek..haha Lagi xde kene mengena..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...