Monday, August 17, 2015

BARU SEBULAN

Adoi..doi..doi..
Ha.. ni nak cerita kejadian malang hari Sabtu lepas
Pagi Sabtu tu macam biasa la bangun Subuh
Aku ni pulak, asal celik mata benda mula aku cari ialah spek mata
[dah namanya orang rabun kan???]
Cari2 atas meja takde
Cari kat dapur takde
Cari kat komputer pun takde
Cari sebelah bantal pun takde
Ah sudah!!! Mana hilangnya cermin mata aku ni???

Tanya hasben, hasben pun cakap tak tahu
Kan selalu letak atas meja, katanya
Aku cari lagi sekali pun takde juga
Tetiba Amira pun bangun
terus je aku tanya dia, nampak tak cermin mata mama?
Terus dia bangun, dia gi ambik kat sofa
[sah le dia yang main malam tadi kan??]
TAPI....
spek aku dah patah dikepak dek Amira
Dugaan apakah ini???
Rasa nak nangis wei.....
Baru 2 hari sebelum raya haritu buat yang baru tau



Tapi benda dah jadi kan.. nak buat cemana
Nasib la hasben kata, takpe petang karang abang balik keje kita gi kedai spek
LEGA kejap
Sementara nak tunggu dia balik keje, aku pakai juga le spek patah tu


Ni le rupa spek patah tu

Petang tu hasben ajak pegi kedai cermin mata
Orang kedai spek tu pun boleh cakap
Aiyo, baru tukar baru sudah patah lagi ke??
Nak buat cemana kan, kalau dah main dengan budak kecik ni

Ingatkan boleh tukar tangkai je
rupanya  patah camtu takleh ganti sebab tempat skru tu pun dah patah
Solutionnya ---> ganti frame je le
Melayang RM100 petang tu..huhuhuh


Terpaksa ambik pattern sama la kan sebab nak muatkan dengan cermin yang ada
Cuma ambik tangkai kaler merah pulak
[kalau pakai dgn tudung tak nampak pun bingkai merah ke, ungu ke, hitam ke..]

Pasni kena cari port lain nak letak spek
Bahaya bila si Amira dah boleh mencapai apa2 atas meja tu





12 comments:

Nieyl said...

Salam...
Singgah petang...
dugaan...pasnie simpan tinggi² tau...

Rizziela said...

haha..sy anak2 kalau dapat spec... depa yg akan cuba pakai..sambil buat gaya atok nenen tu yg membongkok tu..geram ajer..

Kita bukan apa..takut mata depa rosak

Rizziela said...

haha..sy anak2 kalau dapat spec... depa yg akan cuba pakai..sambil buat gaya atok nenen tu yg membongkok tu..geram ajer..

Kita bukan apa..takut mata depa rosak

~ Huda Qamar~ said...

Ada kan spek jenis yg kepak tak patah tu. Biasa bdk2 sekolah rendah guna. Penah tgk anak buah punya. Relax je dia kepak2 tak patah pn. Tp spek dewasa tak pasti ada ke tak pesen gitu.

Kakzakie said...

Betullah tak boleh salahkan anak sebab dia tengah nak explore semuanya. Hairan tengok mama dia asyik pakai spek aje dia pun nak menggodek.

Tapi bagusnya dia ingat tu mana dia letak. Bijak!

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Kena redha jer lah ye Yani..
Dah anak2 kecil..
Apa yg dia tahu..
Sekurang2 nya dia ingat kat mana cermin mata Yana tu..
Walaupun dah terkepak dua kan :)

SYANI said...

Nieyl,
Memang pasni kena simpan tempat yang Amira takleh capai...

SYANI said...

Rizziela,
Haah, anak saya pun suka pakai spek saya. Skrg saya bagi diaorang main cermin mata lama yang dah takde kanta tu.

SYANI said...

Huda Qamar,
Haah ada, tapi tak teringat pulak nak tanya kat kedai cemrin mata haritu

SYANI said...

Kakzakie,
Amira ni kalau dia buat, dia ingat mana dia letak, ambik kat mana..
Kalau tau benda tu dia main, tanya dia sure dia tau kat mana.

SYANI said...

Kak Yati,
Tu la kak, memang kena redha & pasrah apa2 yang dibuat dek anak2 kecik ni... Mamanya takat nangis dalam hati je la... Marah pun tak guna.. dia tak tahu apa kan..

♥ ROS ♥ said...

Asben ros pun ckup fobia bab cerrmin mata ni.. hahah... kdg tdo pun pgg crmin mata takut ank wat main.. diorg ni pndai lak kekadang mcari port kita letak tu..hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...