Wednesday, August 5, 2015

BERAYA SAMBIL BERCUTI DI KAMALODGE RESORT TAIPING

Hari Raya kedua, mak aku ajak balik kampung di Pantai Remis
Saja la balik jumpa tokwan & sepupu sepapat kaum kerabat yang ada
Pegi pun balik hari je... tak tidur sana pun

Hari tu juga, Cik Besah and the gang, balik ke Parit
Balik pun sebab pak mentua aku nak singgah kubur arwah mak & abah dia
Dah alang2 diaorang balik Perak, tu yang abang ipar aku ajak hasben aku ke Taiping
Memandangkan Taiping dengan kampung aku tak le jauh sangat
so on je la...

Petang tu, lepas beraya di kampung, semua balik Ipoh
kami terus ke Taiping
Sampai sana Cik Besah dah sampai resort dah
Kami la yang last check in
Lewat sebabnya jem dari Terong ke Changkat Jering.. fuh..

Rupanya abang ipar aku book kat KAMALODGE RESORT
Suka la anak2 aku sebab ada kolam...
boleh berendam sampai kecut
Aku pun suka juga sebab dapat tido dalam ekon
[kat rumah mak aku, panas berbahang usah cerita...]

Tu dia kolam dari view bilik aku..


KAMALODGE ni dalam kawasan Lake Garden tu je
Korang cari SERATAS, sure jumpa tempat ni..hehehe
Suka suasana sini... sejuk je
Untung sapa dok Taiping ni..

Ni chalet yang kami duduk
Bilik aku yang bawah sekali belah kanan tu

View chalet kami dari seberang kolam
[gambo google je]

Sorry la takde gambo dalam bilik
Aku lupa nak tangkap gambo.. dah sibuk dengan anak2 kan
Bila free, bilik pun dah berkecah baikkkkk punya
So lupakan je la..

Korang google je la ye...
Kami duduk satu malam je kat sini..
Ok la... nanti boleh datang sini relax2 dengan family lagi.






2 comments:

lieyalatif said...

wow best jalan2 di hari raya...siap pi cuti2 lagi hah...

puas ati tgk kemudahan die...yg penting ade pool ....anak2 kompom2 hepi kan syani....

eima said...

perasan lodge ni .... tapi kami tak penah lagi menginap kat sini yang rajin menginap sini nad mamazn tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...