Monday, January 6, 2014

ADIB AIMAN DARJAH 1

Assalamualaikum:))

Baru lepas balik dari bercuti selama 5 hari
[Cuti sebab mengisahkan anak2 sekolah je]
Macam lama beno dah meninggalkan blog ni..

Kat rumah jangan harap la dapat mengupdate blog
Takde masa lagipun aku tak reti nak ejas gambo kalau guna tablet
So tunggu masuk opis la baru dapat feel nak buat entry.

Nak citer pasal Adib yang baru masuk sekolah kebangsaan..
Ekceli takde la risau sangat sebab Adib dah biasa sekolah tadika sebelum ni
So insya-allah le takde adegan melalak2 kat sekolah

Pagi 2/1/2014 tu aku siapkan anak2 untuk ke sekolah agama
Berkobar2 Adib bangun awal sebab nak gi sekolah pakai baju baru
Dah siap hensem2 & wangi2 sekali jiran aku kata sekolah agama start esoknya
Gigih la hasben aku pi jenguk sekolah sebab nak konfem betui ke idak
Ha'ah la... esok baru start sekolah
Makanya bukak la balik baju sekolah tu...

Tengahhari lak siap2 untuk ke sekolah kebangsaan pulak
Adib eksaited la sebab semuanya serba baru
Aleeya pun sama sebab tahun ni dia jadi pengawas

Pegi sekolah agak awal la jugak
Tapi budak2 sesi pagi tengah ada perhimpunan so takleh la lepak kat dewan
So cikgu suruh budak2 petang tunggu kat kantin
Muka poyo tengah menunggu kat kantin

Tak lama pastu, budak pagi dah balik baru la budak petang berkumpul kat dewan
Adib tak dapat kelas lagi
So cikgu suruh beratur ikut kelas yang dia masuk masa orientasi dulu
[minggu ni kot baru dapat tentukan kelas]

Tengah beratur sementara masuk kelas

Sepanjang beratur tu Adib ok je..
Aku siap pesan nanti duduk depan2
Kalau tak nanti tak dengar cikgu cakap apa

Lepas je Adib masuk kelas, aku ngan hasben pun blah la dari sekolah
Malas nak tunggu, lagipun cikgu kata takde apa2 bayaran pun nak kena buat
Cuma waktu rehat hasben aku pi jenguk Adib kejap
Nak tengok cemana dia nak beli makanan kat kantin
So far kata hasben aku ok la...

Balik dari sekolah aku tanya best tak sekolah
Adib kata best...
Erm... ok la tu...
Belajar rajin2 ye.... jangan malas2 tau


3 comments:

:: Mrs.Eady :: said...

same laaa cuti mengesahkan anak sekolah :)

Rizziela said...

eksited ek nak g sekolah

Nafira usof said...

sama lah.. Anis pon masuk darjah 1 gak. Alhamdulillah.. dia dh biasa sekolah, x de masalah sgt lah.. cuma waktu balik jer tunggu dia naik bas sekolah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...