Thursday, January 5, 2017

DARI MERSING KE MELAKA

Hari ke-4, kami dah nak balik dah
plannya nak singgah Melaka sebelum balik
Plan nak tido kat Melaka pun 50-50 je
Kiranya kalau takde hotel @ takde benda nak buat kat Melaka
[sebab fikirkan kot2 jem]
So kira terus balik Batang Kali je la

Lepas breakfast, kami pun bertolak balik
Selamat tinggal Mersing.... tah bila2 pulak kami boleh datang lagi
Thank you to Acik & family for your hospitality..😄

Jalan takde perancangan teliti kan, so takde la kami nyinggah mana2 pun sepanjang perjalanan tu
Idak le ke Kluang Rail Coffee ke, Restoran Kambing 40 hari ke [sekadar tulis je]
Tapi sebelum exit tol, sempat le singgah beli Putu Bambu Juriah kat Ayer Hitam tu
Orang agak ramai tapi cepat je proses jual belinya
Sebab dia dah siap2 pek kan..

Sampai Melaka, abah ajak le singgah kampung dia kat Telok Mas
Sampai pun dah tengahari.. perut dah keroncong la
Kalau pekena nasi dengan asam pedas ni syok ni...
Tapi tah mana abah aku berenti makan tah le
Lauk pun sendu je... tapi lapo punya pasal.. makan je le
[Kecewa ai tak dapat asam pedas...😓]

Lepas makan terus la singgah kampung
Kat kampung pun dah takde sapa sedara mara kami
Cuma rumah pusaka pak long aku tu anak dia la yang  duduk [read:sepupu aku la]
Singgah rumah dia le pun
Sebelum bertolak ke Melaka memang dah call/mesej & whatsapp dia
Tapi udah dia tak balas... rupanya dia tak tengok telefon
Nasib la dia ada di rumah...


Kami rehat2 la kejap kat rumah dia
Sembahyang Zohor & regang2 otot...
Tapi Melaka usah cerita panasnya wei...... tak selesa sangat
Diaorang ajak kami tido situ malam tu
Mak abah aku ok je.. tapi kami yang lain2 ni tak selesa la
Sebab rumahnya ramai anak lelaki yang dah besar2
Segan la kami yang pompuan2 ni.. susah nak bukak2 tudung nanti
Senyap2 aku book hotel kat trivago... [nasib baik la line internet pantas]
Dan nasib baik dapat juga la apartment dengan harga yang agak murah
[nanti aku buat entry]

Si Jasmin ni kalau kat tempat yang dia tak biasa, mula la memerap
Habis tudung baju aku ditariknya...
Amira pulak udah terbaring sambil main baby Miza [sepupu dia la tu]


Sebelum  balik  minum petang dulu la
Putu bambu yang beli kat Ayer Hitam tu kami kendurikan disini je lah
Sepupu aku jamu la pisang goreng & karipap



Ekceli rumah arwah tok aku, kat sebelah rumah ni
Tapi dah dirobohkan sebab dah uzur sangat
Maka tinggal la rumah arwah Pak Long aku ni
Rumah ni la jadi rumah pusaka bila kami balik Melaka..

Nah layan gambar Amira, Jasmin & Aleeya meloncat kat situ
Tak bila masa la pulak adik aku tangkap gambar2 diaorang ni..hehehe
Aku lak gigih buat GIF...



Next destination konon nak mencari Kuih Keria Antarabangasa yang femes tu
Tapi sampai sudah tak jumpa
Nasib la aku tak mengidam...hehehehe
Kalau jumpa pun for sure dah habis agaknya kuih tu
Sebab masa tu pun dah pukul 4 petang

Kami gi Klebang... jenjalan bawa anak2 tengok kapal selam
sambung di entry seterusnya...







3 comments:

eima said...

jauh tu berjln dr kl ke mersing ke malka pulak .... puas berjln ni ... melaka terkenal dgn jem ..pastu terkenal dgn 1way stress nk pi sana sbb nak kena buat waze manjang

idzwa kamaruddin said...

jauh nyerrrr berjalan weh...giler lah..hahaha..

Norhayati Mohd Isa said...

Best pulak tengok GIFT yg budak2 tu melompat2 syah..
Happy sangat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...