Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 18, 2017

BACK TO SCHOOL 2017

Orang lain dah lama dah cerita pasalhal ehwal anak2 masuk sekolah
Ni dah masuk minggu ke3 persekolahan baru ko nak cerita pasal sekolah ye Syani
Hahahahaha... lantak le.. janji ado..

Alhamdulillah tahun ni Aleeya dah naik darjah 6 [UPSR weh tahun ni]
Adib pulak dah naik darjah 4
Tahun ni Adib sekolah kebangsaan sesi pagi pulak
Mencabar sungguh nak gerak dia pagi2 tau
Sebab dia ni liat sikit nak bangun awal pagi
Tapi setakat ni tak pernah la dia lewat pergi sekolah

Tahun ni Atok diaorang dah tak larat nak ambik hantar diaorang ke sekolah
Sebabnya atok dah sakit2 kaki [dah lama dah sebenarnya]
Makanya kena la diaorang gi sekolah kebangsaan & sekolah agama naik basikal
Sebelum start sekolah haritu dah siap2 la aku repairkan basikal diaorang
Jenuh berpesan2 la setiap kali diaorang nak gi sekolah
Jangan kayuh laju2, jangan nak lumba2, jangan pergi & balik sorang2, jangan nak melencong2
Mak mana la tak risau kan....
Atok & opahnya pun pesan jugak..

Bab persiapan sekolah, just ala kadar je
Pakai je mana yang boleh dipakai
Ye lah, tahun depan Aleeya pun dah Form 1
dah tentu2 baju2 dia dah takkan dipakai lagi
Adib je aku belikan baju baru sebab yang lama tu dah senteng especially seluar
Aleeya pun belikan sepasang je baju sekolah, pun sebab dah senteng..
Kasut pun kena beli sebab dah ketat
Beg pulak ada yang dah putus, so kena beli jugak le

Sibuk2 kita nak beli beg sekolah
yang kenit 2 orang tu pun menuntut beg sekolah
Idak le kuasa aku nak beli yang mahal2 tu kan
Cari hat murah2 er.....
Akhirnya jumpa la beg frozen ni... RM15 sebiji..
Tu je yang ok & sesuai dengan bebudak comel tu
Yang lain semua harga RM30++ & besar bagak... tak sesuai dengan saiz diaorang

Ni la beg idaman hati.....
Ce teka sapa punya????


Tada.... nak gi sekolah katanya....
Ok la.. mama kasi semangat sikit...

Lepas gi settle beli beg sekolah bebudak ni
petang tu aku gi bawa basikal Aleeya gi kedai basikal pulak
Nak repair mana yang patut
Jenuh mikio cemana nak bawa basikal tu dalam kereta
Pastu basikal kecik Amira tu pun nak repair juga sebab roda kecik tu dah patah

Dulu arwah suami aku usung naik motor je
Tapi aku tak berani buat camtu..
Maklum le takde lesen...hahahaha.. kantoi je aku bawa motor takde lesen

Sampai kedai, dah siap2 repair udah si Jasmin berebut nak basikal kecik tu
Kesian pulak kat bebudak tu 
kang berebut2 pulak
Makanya tak pasal2 terjebak le aku beli sebijik lagi basikal kecik....
Nasib la uncle kedai beskal tu kasi diskaun..


Asalnya beskal merah tu Amira punya
Tapi udah beli basikal baru kaler ungu tu
Dia bagi la Jasmin basikal lama dia
Nasib la Jasmin ni jenis tak kisah.... janji dia pun ada...


Belum start sekolah lagi udah beratus2 habih..hahaha
Adat le ye... nak sekolahkan anak2
Ni dah masuk sekolah duit lagi tak habis2
Dengan tuisyen la, program UPSR la, yuran sekolah agama la, PIBG la...etc..
Sempottttt....
Sekolah la kome rajin2 ye anak2.....





6 comments:

Kakzakie Purvit said...

Adik belum faham lagi tu janji dpt dah suka
Baguslah dah ada sorang satu tak payah bergilir dah boleh kayuh sama-sama:)

hainom OKje said...

Dah namanya naik sekolah Syani mmg macam macam le benda nak kena beli, dah tu banyak le duit nak kena labur. Nasiblah awak bekerja Syani dan arwah pun ada pencen. Adalah jugak sumber pendapatan.
Sedihnya suami tak ada ye Syani.... walaupun nampak happy dan kuat.

Norhayati Mohd Isa said...

Ohhh Adib sebaya dengan Nabil anak akak lah tu Syah..
Tahun ni darjah 4..
Basikal memang lah kegemaran anak2..
Sama macam akak basikal tu jadi turun temurun..
yang geli hati bila nabil naik basikal warna pink masa kecik dulu..
skrg cuba suruh.. mahu disepaknya basikal tu hahhaha..

SYANI said...

Kakzakie,
Dah jadi macam kembar la depa tu... apa2 kena ada 2. Kalau tak asyik berebut je

SYANI said...

Kak Hainom,
Memang sedih kak sebab sebelum ni memang hal ehwal sekolah kami sama2 uruskan. Sekarang semua buat sorang2. Ada masa teringat la kenangan2 dulu.

SYANI said...

Kak Yati,
Kena spray la basikal pink tu kaler lain nampak gayanya.