Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 16, 2016

JASMIN TURNS 2

Alhamdulillah... 12 Ogos lepas Jasmin genap 2 tahun umurnya
Kejap je rasanya
Rasa baru je lagi aku mengandung & lahirkan dia
[Rasa baru je lagi abahnya azan & iqamatkan dia]



Birthday pertama dalam keluarga aku
selepas pemergian suamiku yang tercinta
Sedih gak masa nak celebrate birthday dia
sebab tak dapat bersama orang yang paling penting dalam hidup kami.

Ok lupakan bab sedih2 ni..
Aku ok je... [tapi ada masa2nya akan tetiba rasa sedih]
Ekceli birthday Jasmin jatuh hari Jumaat
Tapi kami celebrate hari Sabtu
Sambutan pun ala kadar je le...
Just takat potong2 kek je...hahahaha
Selalunya yang bersemangat nak sambut birthday anak2 ni ialah arwah suami aku
Tapi dia dah takde, tu yang aura pun takde...




Asalnya tak plan pun nak beli kek
Tapi udah Aleeya kata tak namanya birthday kalau takde kek
Ate... belikan le juga.. buat syarat...
Malam tu kami buat la acara potong2 kek
Dimulakan dengan doa oleh pak mertua aku
Tapi doanya tu touching la pulak bila sentuh bab2 arwah abah Jasmin
Hai.. takpe la... kita aminkan je la doa2 tu semua

Ni le kek birthday Jasmin
Jasmin yang tunjuk nak kek ni
[Sebenarnya dia nak yang pink2 atas kek tu je...]


Ni kek pandan layer
Memang ko paham kesukaan mak ko Jasmin..
Bosan pulak asyik makan kek coklat je..
Kek ni murah pun murah, sedap pun sedap
Aku dah request pada arwah suami nak kek ni masa birthday aku tahun ni
[request masa dia hidup lagi la]
Nampaknya takde la aku dapat kek dah dari dia
Kena beli sendiri lorrrr..

I MISS YOU, ABANG!!!!

2 comments:

Unknown said...

SAYULAH...

eima said...

Happy Birthday Jasmin ...semoga menjd anak yg solehah dan berjy dunia akhirat ...