Wednesday, August 3, 2016

SEMAK!!!

Hari ni sudah 67 hari arwah suami aku berhijrah
67 hari menjadi balu
Makin get used dengan keadaan sekarang
Walaupun ada masa2nya teringat2 juga kat arwah
Mana boleh lupa kan... dah lama dia sebati dengan diri aku ni.

Aku masih struggle untuk selesaikan segala hal2 berkaitan dengan arwah
Segala harta pusaka [macam le banyak sangat], segala hutang/loan, insurans
masih belum selesai... kadang2 aku naik rimas
Stress tau tak??? Dah le kena mengadap sorang2. 
Memang kadang2 rasa give up & fed up nak buat semua2 ni.
Kadang2 sampai aku menangis dalam kereta fikirkan benda2 ni
Hanya mintak Allah permudahkan & bagi aku ketabahan & kesabaran.

Minggu lepas, aku call pejabat pusaka Gombak
[just nak mintak no fail arwah suami aku]
Tup2 budak tu boleh kata tak masuk sistem lagi
Walhal aku dah submit bulan 6 haritu.
Tah berapa lama diaorang peram borang aku tu
Bengang gile aku.... sebabnya belum start proses lagi
Alasan dia bagi sebab cuti raya.... hoiiiii bulan raya pun dah nak habis la!

Pastu pulak bab loan arwah ni. Yang RHB bank ni pulak asyik dok menghantar la sms tuntut payment bagai. Siap ada orang bank call nak cakap dengan arwah sebab ada tak buat payment. Walhal aku dah inform pada diaorang yang suami aku dah meninggal. 2 hari lepas arwah meninggal, aku dah inform bank. Tapi, lepas 2 bulan masih juga nak mintak bayaran.. Hangen je aku.. Arwah ni bayar loan melalui autodebit dari akaun dia. Tapi udah dia meninggal, memang gaji dia tak masuk dalam akaun dah la. Ate tak cukup la nak tolak amaun loan tu.

Aku dah call RHB dia kata sms tu automatik. Katanya diaorang dah noted dah pasal arwah. Tapi kenapa still ada orang bank call cari arwah ni kan??? Pastu aku terus call insurans yang cover loan husband aku tu. Katanya bank dah hantar claim kat insurans. Tapi ada borang yang aku kena isi. Katanya dah pos bulan lepas, tapi haram aku dapat pun. Pastu diaorang send lagi sekali. Bila aku tengok borang tu, mak aiii banyaknya cekadak...aku kena pi jumpa doctor yang last rawat hasben aku la, kena pi jumpa majikan arwah ni la.. adoiiiii.. pening tau.. Nak ke hulu hilir selesaikan hal2 ni.


Hari Jumaat aku dah bagi borang2 tu pada klinik & pada HR dept pejabat arwah ni. Semalam aku ingatkan dah siap le..aku singgah le klinik tu semalam,  rupanya doktor tu kata tak siap lagi.. Bizi katanya.. perlukan 2-3 hari lagi. Yang opis arwah ni pun takde feedback lagi.. adoiiiii.. tah berapa kurun aku nak kena tunggu diaorang siapkan.

Pastu semalam, ada pegawai polis suruh gi balai untuk ambik statement aku. Udah le suruh pegi malam. Nak tak nak terpaksa la aku mintak tolong babysitter jagakan Jasmin & Amira. Kiranya aku ambil diaorang lewat sikit la. Yang geramnya, awal2 dulu taknak pulak ambik statement aku. Ni mayat laki aku pun dah mereput dalam tanah tu, baru sibuk2 nak ambik statement aku. Bengang betul. Tapi pegi la jugak aku menjejak kaki ke Balai Polis Batang Kali nun.. Nasib le dekat..

Pastu mak aku pulak call, kata nak datang rumah aku hujung minggu ni. Bukannya datang nak melawat anak cucu ke apa, tapi datang sebab nak ajak aku pegi rumah pakcik aku kat Damansara Damai. Atok aku pun ikut sekali sebab ada hal depa nak settlekan. Dia kata nak pegi sendiri dia tak tahu jalan2 kat KL nun. 

Yang bengang tu, mak aku bukannya tak tahu aku ni dalam edah. Mana boleh nak ke mana2 tanpa keperluan. Kiranya matter ni pun bukan le keperluan aku. Oooo sebabnya nak settle hal diaorang, sanggup la suruh aku ingkar perintah Allah. Tu la dianya.. masalah orang aku kena fikir, masalah & keadaan aku sapa pun tak peduli. 

Dah tu pulak time2 aku tak sedia nak terima tetamu, time tu la deme nak datang. Ada masa aku nak rileks2 je kat rumah. Nak duduk sendiri2 tanpa gangguan. Ni bila orang datang, aku kena fikir nak masak la, nak jamu apa la.. letih la!!!! Tau je la dengan orang2 tua ni, itu tak makan, ini tak boleh makan.. Aku tak bagi makan kang baru tau!

Pastu jiran2 kepochi lak.. sibuk beno la nak tanya planning aku lepas arwah meninggal. Aku stay kat Batang Kali ke atau nak pindah balik kampung ke? Yang lagi best, bukan tanya aku sendiri tapi tanya Cik Besah la, biras aku la... tah apa2 la deme ni. Aduhai... mana lagi la aku nak pegi.. di Batang Kali la segalanya... situ la anak2 aku sekolah, situ la rumah susah senang aku, situ la kubur arwah.. bak kata aku dah selesa kat situ. Malas dah aku nak start over kat tempat lain pulak.

Yang lagi best mulut2 yang takde insurans ni siap tanya aku nanti kahwin lain ke idak?? Eeeeeeee..... bengang je aku.. Ingat aku ni pompuan jenis apa ek??? Kubur arwah pun merah lagi tau.. sibuk tanya aku nak cari pengganti ke idak..Takde nak menjaga sensitiviti aku langsung. Again... tak pulak berani tanya direct dengan aku.. semua main tanya Cik Besah @ biras aku je.. Ingat diaorang tu jurucakap aku ke????

Aku tak berani cakap aku takkan kahwin lagi ke idak sebabnya itu semua rahsia Allah. Kang aku kata taknak kahwin, Allah twist hati aku nak kahwin pulak. Aku berserah je la pada Allah. At the same time aku sedar diri aku ni.. Janda anak 4 tau.. Bukannya anak sorang dua & bergetah cam Che Ta tu. Lagipun anak2 aku ni ramai perempuan, so kena lebih hati2 la ye dak???  Lagipun daripada korang yang sibuk2 nak tau bab kahwin nikah ke idak aku ni, baik la korang tanya aku ok ke idak??? Nafkah anak2 aku cukup ke idak??? Aku perlukan bantuan apa2 ke tak kan???

Bila dah jadi camni kan, buat aku sedar satu perkara : ko tak boleh depend pada orang sebab orang memang takkan pedulikan ko lagi. Tak payah harap orang. Orang keliling memang takkan faham keadaan ko. Takkan faham sengsara & perasaan ko.  So buat le sendiri. Baik keluarga sendiri mahupun keluarga arwah.. So susah senang sendiri tanggung. Sebabnya orang lain pun ada masalah diaorang sendiri & kepentingan diaorang tersendiri. Orang hanya concern & kesiankan ko pada seminggu pertama tu je la.. pastu takdenya la nak ambik tau pasal ko lagi.. [tak semua la camtu kan... tapi majoritinya begitu]






15 comments:

idzwa kamaruddin said...

sebenar nyer kita selalu tertanye awak ok ke tak..cuma tak nak tanye direct sebab kiter tak nak awak sedih :(

kiter selalu ingat awak..selalu scroll ig awak dgn harapan awak okey...

Norhayati Mohd Isa said...

Bertambah semak fikiran ye syani..
Macam2 pulak yg hendak ditanya oleh mereka..
Tak sensitif pada perasaan kita kan..
Akak harap syani terus tabah dlm menghadapi ujian ini..
Nak juga bertanya pada syani..
Macam mana keadaan skrg..
Takut syani sedih..
Harap syani terus kuat ye...

Ya Allah..
Teruskan beri kekuatan pd adinda syani ini..
Permudahkan lah segala urusannyan..
Tenangkan lah hatinya..
Aamiin ya rabbal alamin..

SYANI said...

Izwa & K. Yati,
Insya-allah dah ok.. tak le sedih pun kalau orang nak tanya. Syukur masih ada yang sudi nak tanya keadaan saya. Kadang2 bila ada yang bertanya keadaan kita, rasa la ada semangat sikit.. Rasa disayangi gitu..hehehe

Kakzakie Purvit said...

Begitulah lumrah kehidupan Syani. Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul. Tapi hakikat sepatutnya pak-pak saudara terdekat ada tanggungjawab sama memikul pada 4 anak yatim tu bukan pada ibunya saja. Tapi bak kata Syani mereka ada masalah sendiri.

Tapi tanggungjawab waris terdekat tetap ada pada 4 anak yatim itu. Kelak kena tanya di 'sana'.

cik dah faridah said...

sy boleh dikatakan hari2 nk tgk blog n ig syani..nk th perkembangan
sy doakan syani n anak2 kuat menempuh segala cabaran yg mendtg...

Ann Ishak said...

syani seorang ibu yang kuat, syani boleh hadapi semua dugaan ni dengan bantuanNYA. insyaAllah

PeRdU cINta said...

Setuju dengan Kak Zakie..waris terdekat wajar ambil tahu walau tidak secara keseluruhan cukup memenuhi apa yang asas..tapi betul la biar pun saudara hati berbeza..
Syani boleh!!!..in sya Allah..

ibuayu said...

harap syani tabah dan kuat..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul...

anajingga said...

semoga dipermudahkanNya jua buat syani dalam menempuh saat2 getir ini.

Qhaifa Nur said...

Byknya benda yg nak disettlekan...moga permudahkan segalanya buat Syani..

Husna Rahman said...

semoga dipermudahkanNya segala urusan kak, Insyaallah
moga terus kuat.. Allah ada!

lieyalatif said...

lieya bace satu2 sambil cuba rase ditempat syani..allahuakbar...tak boleh....rase lain dlm hati...syani mmg wanita yg kuat.... takdpe lieya boleh bantu melainkan doakan moga syani terus dan terus kuat demi anak2....

sob sob sob....

MisSha said...

Same la masa arwah bapak baru meninggal, tak lama adik beradik dia yang meniaga jugak, datang nak mintak amik dapur satay(arwah bapak kan dulu meniaga satay) alasan sebab kami dah tak guna..memang mintak kena maki dengan mama, walaupun arwah dah tak de, dapur satay tu dia beli. Tak kisahlah kami pakai ke tak dapur tu, yang nak mintak apahal..
kejadian tu memang terkesan sampai sekarang, dan sampai sekarang sebab tu susah la sha nak percaya orang, sbb kita rasa dah perit nak berdiri sendiri, dalam orang lain tak kisahkan kita..
Bila ingat balik, masa kami adik beradik sorang pun tak habis belajar lagi, tak de yang kisah pun..pandai-pandai la kami nak survive..tapi bila dah kerja, mula la semua nak menyengih..manusia memang penuh kepuraan..

Siqah Hussin said...

Semoga segalanya dipermudahkan untuk awak syani.. Banyak hal perlu diselesaikan dan hanya harap agar mereka faham apa yang awak hadapi.

yatie nur said...

aslm kak..sy silet reader je selama ni..tapi bila baca post akak ni, honestly been there 10 years ago masa ayah meninggal..ayah meninggal pun lps sakit masuk hospital 3 hari,jadi kira mengejut jugak.. Allahurabbi,mmg Allah je yg tahu..benda paling stress nak hadap ialah ragam adik beradikkeluarga sebelah ayah..take membantu tp mengusutkan keadaan..berkira harta pusaka walaupun kira tak de ape sangat dan hutang keretapun mak sy byr cash lps ayah meninggal sbb asyik kena kejar kena tmpt beli kete,walaupun sebulan baru miss bayaran..urusan harta pusaka dan lain2 mmg ambik masa, rasa dlm setengah tahun jgk baru setel..itu pun setel atas kertas, yang hakikinya ntah berapa lama..orang kepochi busy body tu smpi sekarang ni pun tak habis lagi, tu takmasuk perangai keluarga belah ayah yang ntah la, Allah je yg tahu..sampaikan geran tanah mak sy yg xde kena mengena dgn harta pusaka ayah pun boleh je makcik sy mintak lps ayah x de,nonsense dan gila..dan since then smpi sekarang mmg hubungan renggang sgt dan jujurnya rasa tak rugi langsung sbb dah tau rupanya memang tak boleh pakai manusia2 macam ni..in the end,hanya kita dlm keluarga kecikmi yg hadap satu2 perkara..insya Allah anak2 akakpun akan cpt matang dan boleh bantu mama dorang..
Be strong kak,things happened and will happen,lepas satu2 x berhenti..Allah ada..Allah ada..Allah ada..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...