Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, August 24, 2016

TANDA CINTA KAMI

Makin hari makin lemau mood aku nak blogging
Apakah tanda2 penuaan??
Atau tanda2 nak pencen blogging???

Adoi tak le... mood asyik melayang2 je
kejap rajin kejap malas..
Nak2 pulak dah tinggal sorang kat dalam bilik aku ni
Member sebelah udah cuti bersalin [walopun masa aku tulis ni dia belum bersalin lagi lagi kat spital tu..good luck ye!]

Aku rajin update kat IG je sekarang
sebabnya tak payah susah2 nak mengarang pepanjang
tepek je gambo, letak caption bongok2 pun dah okey kan
[maaf la IG aku private, so aku selektif sikit approve follower]


Ni pun aku ambik modal dari IG je buat entry blog
Ini la tanda cinta kami
Nampak tak???



Kalau tak nampak meh nak tunjuk amenda yang kami tulis kat simen tu

Tanda ni aku yang tulis
Arwah suami aku bukannya jenis tulis2 romantik2 bagai camni
Tulis pun masa kami buat titi simen kat  tepi rumah aku tu
Kalau tengok gambar real korang sure tak caya apa dah jadi dengan tempat tulisan ni



Udah jadi tempat letak tong sampah...hahaha
Lama2 pudar le tulisan tu.....
Sebelum hilang simpan kat IG & blog dulu..
aci kan???








4 comments:

lia ummiirfan said...

aciiii..😃😃

Qhaifa Nur said...

Sempat lagi tulis ya Syani...
Byknya kenangan utk dikenang

idzwa kamaruddin said...

tak aci! sila terangkan smeula tulisan tuuuuu dan letak border..

eima said...

alaa.... sedihnya ...semoga cinta ini bersatu semula di jannah nanti ....