Friday, August 5, 2016

MENGHITUNG HARI

Selalunya orang menghitung hari sebab nak tunggu sesuatu yang istimewa
Countdown waktu untuk bernikah, waktu nak tunggu kelahiran baby
tunggu birthday, tunggu anniversary..tunggu suami balik outstation la... macam2 la kan
Aku pulak terbalik... menghitung hari2 lepas pemergian arwah

Bukan takat aku je, bapak mertua aku pun macam tu juga
Hari2 la dia dok cakap hari ni dah hari keberapa
Sampaikan mak mertua aku naik runsing
Pastu Cik Besah kata tak payah la nak kira2 hari ni
Bukannya hari tu makin dekat, tapi makin jauh
Yelah... bukannya countdown kan.. tapi count up [hehehe]
Ekceli apa opposite untuk coundown ha???
[kurang henglish edukesyen kekdahnya]


Aku ni bukan le dok sebut hari2 udah masuk hari ke berapa
Cuma aku catat je kat kalender
Nampak tak hari ni dah hari keberapa?
Dah hari ke-69 rupanya..hehehe

Well, idak le membanggakan dengan kiraan hari tu
Takde apa pun yang aku nak tunggu
Cuma aku nak tahu dah berapa lama dia pergi
Dah dah berapa lama aku bertahan dengan keadaan ni
Berapa lama dah aku bertabah dengan dugaan ini
[dan berapa lama lagi aku nak kena berpantang ni...huhuhuhu]

Tah sampai bila aku akan mencatat bilangan hari ni
aku pun tak tahu...
buat masa ni aku dah tulis bilangan hari sampai hujung tahun...hahahaha.. gigih koooo
31/12/2016 nanti hari ke 217 dia pergi..hahaha


Yang pergi tetap pergi & takkan kembali
Kita yang hidup kena la teruskan kehidupan
[Hahahaha.. cakap memang senang korang oiii....]
Disamping tu kena juga beringat yang waktu kita pun bakal menyusul tak lama lagi
Esok mungkin ada, tapi tak tahu esok untuk siapa kan..


*** Doakan aku ye kawan2.



5 comments:

idzwa kamaruddin said...

awak kuat.

Siqah Hussin said...

Syani kuat dan tabah untuk anak dan keluarga. Insyallah moga semua dipermudahkan untuk awak.. Al Fatihah untuk arwah suami..

anyss said...

Assalamualaikum,

semoga tabah

Qhaifa Nur said...

Tak salah menghitung...sentiasa mengingatinya...utk diri sendiri...moga kuat Syani

ztie said...

awak kuat. sgt kuat sebenarnya. itulah diberi penghormatan macam ni. semoga makin tabah dan makin sihat. dimurahkan rezeki untuk mengurus keluarga sekarang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...