Bila KWSP dah buka pendaftaran untuk skim patuh syariah
Ye lah, sebelum ni belum 100% patuh syariah
Sebab KWSP ada melabur dalam pelaburan yang syubhah & tak patuh syariah
Tapi apa daya kita kan... kita sebagai pekerja WAJIB pulak tu mencarum dalam KWSP
Kita takde kuasa nak menentukan ke mana duit kita perlu dilaburkan
Tau2 dah dapat dividen tetiap tahun
[Bab dividen ni lah yang ada isu untuk dibuat pembersihan atau tidak tu]
Oleh kerana kita sebagai Muslim dituntut untuk mencari yang halal
dah pilihan itu sudah ada di depan mata kita
Jadi kita WAJIB mengambil peluang tu
Alhamdulillah dana yang diperuntukkan pun agak besar
Jadi peluang untuk mendaftar terbuka luas la
Tapi kena cepat juga sebab kuota tu akan penuh bila2 masa
sebab katanya pelaburan patuh syariah ni dapat sambutan hangat
Apa kelebihannya bertukar ke skim patuh syariah ni???
Salah satunya ialah kita selangkah lagi untuk mencapai redha Allah
Betul tak???
Ekceli aku pun tak pandai bab2 pelaburan ni
Bab2 nak melabur mana untung mana rugi, memang bukan kepakaran aku
Tapi sebagai orang Islam, kita akan lebih tenang bila duit kita dilaburkan ke tempat2 yang lebih baik
Lebih keberkatan gittew kan???
-sumber google je-
Buat yang belum tahu, minggu lepas tu hanya pendaftaran je
Tapi pelaburan tu hanya akan berkuatkuasa tahun 2017.
So dividen kita tahun ni masih berasaskan skim yang lama ye...
Kalau pegi awal2 minggu lepas
memang kena berbaris panjang le kome
Tapi aku pegi hujung minggu lepas, dah tak ramai orang
Alhamdulillah, kuota masih belum penuh
Kalaupun korang terlepas kuota kali ni, boleh je daftar dulu
tapi untuk kuota yang akan datang le...
[sila betulkan kalau salah pemahaman aku ni]
Ekceli urusan di kaunter untuk convert ke skim patuh syariah ni kejap sangat
Tak sampai 5 minit pun
Tak payah nak isi2 borang bagai... just datang bawa IC je
Nanti dia akan suruh kita scan cap jari & kita kena cap jari kat borang akad
Konon2 persetujuan la...
Pastu siappppp..
Alhamdulillah.. dah settle...
Tak lama pastu, KWSP akan hantar SMS kat korang
[so sila la update maklumat peribadi korang ye]
KWSP ni bagusnya apa2 transaksi yang kita buat
Diaorang akan sms kita tau
Even kita buat penama ke, buat pengeluaran KWSP ke, even dah bank-in duit arwah suami aku pun diaorang send sms. Untuk makluman gitu. Memang efisyen la KWSP ni!
Ada lagi ke yang belum convert skim patuh syariah ni??
Silalah ke pejabat KWSP yang berhampiran.
Semoga Allah permudahkan urusan2 korang semua.
2 comments:
Ramai yg memilih...alhamdulillah
suami sy InshaaAllah akan buat nanti ..sy tak de kwsp
Post a Comment