Selepas Zohor kami akan bertolak ke Mekah pula
Rasa sayu pulak nak meninggalkan bumi Madinah yang tenang ni
Malam sebelum tu kami dah packing barang siap2
Sebab bagasi kami kena letak di luar bilik selepas solat Subuh.
So beg yang besar2 semua letak luar.. yang dalam bilik tinggal beg yang jadi hand carry je.
Kami solat Subuh di masjid pagi tu. Tapi sebab penuh, kami dapat solat di bahagian luar je. Sejuknya usah cerita.. Kalau tak pakai sweater memang menggigil la. Masa menanti solat Subuh ni la sempat rakam video masa payung2 dikembangkan. Allah bagi peluang kami tengok live..
Lepas Subuh, kami balik hotel untuk sarapan dan bersiap2 untuk buat ziarah Wida'. Dalam masa aku nak mandi tu tetiba rasa lain macam. Rupa2nya aku period la pulak... Adoi.. cemana la boleh terperiod pulak ni sedangkan seminggu sebelum berangkat ke Madinah haritu aku dah period dah. Kalau ikut kiraan masa tu hari ke-13 dalam kitaran haid.. So kira period la kan..huhuhuh sedihnya... Itu la aku dok kata adik aku tak makan ubat la apa la....sekali aku pulak kena.. Memang gara2 skip makan ubat le juga aku pun.. Ingatkan dah lepas period takyah dah makan ubat.. Hambek ko!... Takpe ... aku redha je lah.. Lagipun period ni pun Allah yang bagi.. so sabar je lah. So aku bersiap2 je le & rembat pad adik aku sebab aku langsung tak bawk pad [konfiden tak kena period konon]
Lepas tu kami pergi buat Ziarah Wida'. Ziarah Wida' ni kiranya macam ucapan selamat tinggal kepada Nabi s.a.w la. Ada la panduan & doa dalam buku panduan yang diberikan. Ikut je le bacaan dalam tu. Kami pergi satu family so adik lelaki aku yang baca, kami aminkan je le. Ziarah Wida' ni kami buat di perkarangan masjid je, di kawasan yang ada nampak kubah hijau.
Walaupun panasnya terik tapi angin yang bertiup tu dingin je
Masa baca doa Ziarah Wida' ni memang rasa sebak sangat.. bukan dibuat2.. memang dia rasa sendiri. Masa adik aku baca doa pun air mata aku menitis je.
Rasa sedih nak tinggalkan Rasulullah.
Lepas tu kami jalan2 la disekitar masjid.. Aku dah tak berpeluang la masuk masjid kan sebab uzur. So tangkap gambar je la kat luar2 tu. Gambar2 terakhir di Madinah Al Munawwarah.
Muka si Adib ni ceria je kat sini.. Suka aku tengok dia.
Di salah satu pintu masjid.. Kaler emas tu cantik kan?
Opah & cucu2.. Kalau ada rezeki datang sini lagi kita bawa lak cucu2 yang lain ye.
Pintu no 4
Berhampiran masjid tu kan ada muzium.. Tapi sampai balik pun kami tak pergi...hahahaha.. tak teringat pasal muzium ni sebenarnya.
Aku suka view nampak payung2 tu... cantik beno rasanya
Sebelum balik hotel aku singgah farmasi jap. Nak cari pad. Kat situ ada 1 je farmasi yang berdekatan. So aku main masuk je la.. Cari pad tapi tak banyak pilihan. Kuantiti sikit takde pulak.. semuanya 30-50 keping punya.. Aku nak cari yang 10 keping je nan hado pulak. Nak tak nak kena la juga beli.. Dah le mahei... Tau tak pad saja dah dekat 50 riyal... Huhuhu.. kalau kat Malaysia, 30 keping punya pun baru belas2 ringgit je... So korang yang nak buat umrah/haji bawa je le pad siap2 dari malaysia.. kat arab ni serba serbi mahal.. Pengajaran ni!!!
Dalam pukul 11 kami dah balik bilik. Boleh la mandi sunat ihram pastu siap2 untuk solat Zohor [mak aku & Aleeya je], pastu kami pergi lunch pastu siap2 tunggu di lobi untuk check out & tunggu bas untuk ke Mekah. Jemaah lelaki dah siap2 dah pakai kain ihram.
Adib & adik aku-Acik
[first time pakai kain ihram ni... siap pesan spenda jangan pakai tau Adib..]
Sebelum tu kami akan singgah di Masjid di Bir Ali untuk berniat umrah & solat Asar. Bir Ali adalah salah satu miqat [tempat niat umrah]. Ikut plan asal patutnya bertolak dalam pukul 2 petang tapi tah sebab bas lambat kot, last2 bertolak dalam pukul 3.30ptg.
Di perkarangan Masjid Bir Ali
Aku & adik aku kan ke uzur so masa diaorang pi masjid, kami duduk je le dalam bas. Bila semua dah naik bas, muatawif akan suruh kita Niat Umrah. Memandangkan aku dalam keadaan uzur so kena la aku buat niat umrah bersyarat. Kalau tak reti atau lupa takpe, mutawif akan guide & baca niat sama2 dalam bas. Maka bila dah berniat otomatik kita dah berada dalam ihram.. so kena la jaga pantang larang.. Kalau tak, kena bayar dam la..
Excited Adib nak buat umrah..
Mamanya sedih sebab belum boleh buat umrah lagi..
Perjalanan ke Mekah mengambil masa 5 jam dengan menaiki bas. Jalannya ok la sebab ikut highway. Awal2 perjalanan mutawif & jemaah akan sama2 bertalbiah... ada la 30 minit pertama.. pastu mutawif suruh buat sendiri. Sambil tu boleh la berzikir ke, baca quran ke, tido ke..hehehe.
Masa baca talbiah ni pun aku sebak.. sebab rasa istimewa Allah jemput datang sini.
salah satu view dalam perjalanan kami
Dalam separuh perjalanan kami berhenti di R&R. Jemaah diminta untuk solat Jamak Maghrib & Isya. R&R tu idak le cam R&R kat Malaysia. Tapi boleh la kalau nak berhenti solat, makan & buang air.
Kami sampai di Mekah dalam pukul 10 malam. Lepas tu kami diminta terus naik ke hotel untuk makan malam.. Lapar usah le cerita.. sebab sepanjang perjalanan aku togok air je..hehehe
Baru sampai hotel... muka Adib yang kemengantukan
Pintu masuk ke lobi hotel
Alhamdulillah dapat makan makanan yang sedap & menyelerakan. Maklum le hotel 5 star kan..heheheh.. Makan le sampai kenyang. Lepas makan, baru kisahkan ambik kunci bilik & beg2 kami. Lepas tu dalam pukul 12 malam mak, adik2 aku, Adib & Aleeya pergi buat umrah. Aku & adik perempuan aku dah lena kat bilik..
Diaorang dah setel buat umrah pukul 2pagi.. Bebas dah deme dari ihram
Aku la masih dalam "pantang" lagi..huhuhu
Cewah Adib dah selesai buat umrah. Bangunan belakang tu la tempat Saie
Di hadapan Menara Jam... Kat situ la bangunan hotel kami menginap.. Dekat sangat nak pi Masjid ni..
Alhamdulillah... walopun penat, tapi semua dah diselesaikan. Adib kata penat..hahaha. Tapi ok la.. pengalaman untuk dia. Mama pulak tak sabar nak buat umrah..
2 comments:
BEST NYER BEB..
Akak dah siap2 mkn ubat syani..
Takut period lah wlpn di sini dah period..
Adik ipar akak pun smpi mekah period..
Pastu gi farmasi kat situ ambil ubat berhentikan..
Alhamdulillah 2 hari berhenti dan boleh buat umrah..
Dia pun sedih juga masa tu..
Suka tengok adib yg sentiasa tersenyum bila bergambar tu..
Mmg rindu dan sedih bila nak tinggalkan madinah yg tenang itu..
Akak pun pernah sekali solat kat luar subuh tu..
Sejuk wey..
Suhu 13c kan..
Post a Comment