Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 29, 2018

TRAVELOG UMRAH : MASUK KE RAUDAH (DAY 4)

Pejam celik, pejam celik dah 4 hari dah kami di Madinah. Hari ni aku berazam nak pergi ke Raudah. Kelmarin mak aku dah masuk kan, so aku pun nak pergi juga.. rugi la kan kalau dah sampai Masjid Nabawi tapi tak masuk ke Raudah. 

Aku tanya mak aku, ingat tak jalan ke Raudah tu.. udah dia ingat2 lupa. Last2 aku tanya je guard perempuan kat masjid tu. Katanya kena pergi ke pintu 25.. Sila ingat ye muslimat.. PINTU 25 UNTUK KE RAUDAH. Tapi untuk jemaah perempuan ada waktu2 tertentu sahaja yang boleh masuk Raudah - Lepas subuh, lepas zohor (sekejap je) & lepas Isyak. Selalunya lepas Subuh & lepas Zohor tu sekejap je dia buka. Yang lepas Isyak tu lama sikit. Kalau jemaah lelaki anytime boleh masuk. Yang untung adik2 lelaki aku & Adib la..Rasanya diaorang hari2 pergi Raudah tu.. Jeles ahkak!

status whatsapp adik aku
[yang stokin hijau belang2 tu le kaki Adib]


Selalu waktu peak season umrah, kawasan Raudah memang akan penuh. Berasak2 orang nak masuk. Kawasan Raudah tu bukannya besar mana pun tapi memang orang berebut2 nak masuk. Nak2 pulak kawasan untuk perempuan memang lagi sempit la. 

Untuk sesiapa yang tak tahu, cara  nak tahu mana satu kawasan Raudah, tengok la warna karpet. Kawasan Raudah ni karpetnya kaler hijau sedangkan di kawasan lain semuanya karpet merah. Di Raudah ni la terletaknya makam nabi Muhammad s.a.w, Makam Saidina Abu Bakar & Saidina Umar Al-Khattab. Tapi di bahagian perempuan ada diletak pengadang so kita boleh nampak bumbung makan je la... Kalau nak puas tengok sila google je la...

Nak masuk ke Raudah ni memang mencabar uols.. Kena banyak sabar.  Lepas je sembahyang Subuh pagi tu, aku ajak mak aku pergi Raudah lagi. Mak aku ok je.. Aleeya pun ikut sekali.. Cuma adik perempuan aku la takde rezeki nak folo sebab dia period pulak dah. [Gara2 terlupa nak makan ubat tahan period untuk 2-3 hari tu]

Lepas solat Subuh, terus pergi ke pintu no 25. Masuk kat situ rupanya kita akan diasing2kan ikut negara. So lega la sebab tak campur dengan puak2 Iran & Pakistan yang besar2 ni..  Sementara tunggu giliran pintu dibuka, boleh la zikir ke, mengaji ke, solat sunat ke... Pagi tu jemaah agak ramai so aku banyak2 kan berdoa dipermudahkan untuk masuk ke Raudah tu.. Dapat merasa sekali pun jadi la kan.


Lama juga kami kat kawasan menunggu ni.. Aku ingatkan Raudah tu disebalik pengadang tu. Tapi rupanya bila pintu pengadang tu dibuka, kena jalan jauh juga la untuk ke Raudah tu. Kalau tengok jemaah bangsa lain memang berpusu2 & berlari2 nak ke Raudah tu..Bunyi pun dah macam stampede tau.  Aleeya & mak aku,  memang aku pegang kuat2.. risau kena rempuh @ hilang bila berasak2 tu.

Sementara menanti pintu pengadang dibuka


Sampai di pintu masuk Raudah, again kena tunggu. Ya Rabbi masa ni memang dahsyat.. sebab asyik kena rempuh je.. Patutnya ikut barisan tapi tau je la bangsa2 yang tak reti bahasa ni, ikut perasaan diaorang je. Guard tu jenuh terjerit2...

Masa ni memang terasa macam kat padang mahsyar. Ko hanya ada tempat untuk ko pijak je.. Depan belakang kiri kanan memang padat dengan orang. Sabar & istighfar banyak2 je dalam hati. Aku baca je doa ikut buku panduan yang aku gantung kat leher tu. 

Bila pintu dah dibuka, kami pun masuk.  Satu perasaan yang tak tahu nak cakap macam mana. Aku tak tahu dah masuk kawasan raudah ke belum sebenarnya.. cuma bila dah nampak bumbung makam tu memang rasa sebak dah. Aku cakap dengan Aleeya, tengok je karpet... kalau dah pijak karpet kaler hijau, dah masuk kawasan raudah le tu.

Mak aku tanya nak solat ke dalam tu? Adoi dengan keadaan sesak camtu, aku tak konfiden je nak sembahyang dalam tu. Sesak2 camtu sembahyang pun tak kusyuk. Belum lagi kepala ko kena pijak masa sujud.. Takut la.. Lagipun keadaan tak sesuai  so kami ambik kesempatan berdoa je dalam tu.

Ada yang nak jugak bersolat dalam tu, pastu kengkawannya siap buat kepungan untuk deme bersolat, tu yang buatkan kawasan tu jadi sesak. Macam2 peel deme ye.. Takpe la.. bukan rezeki kami nak solat dalam tu. Lagipun pada aku, buat yang patut2 je dah le dalam tu..tak payah lelama sangat, orang kat luar tu ramai lagi nak masuk.. Kita mudahkan orang, Insya-Allah nanti Allah mudahkan urusan kita.

Disebabkan sesak dalam tu, kita yang nak keluar ni pun payah. Jenuh nak berselit2.. Aku rasa Masjid Nabawi ni kena buat sistem lain la nak mudahkan muslimat masuk ke Raudah.. Kalau yang masih kuat ok la lagi nak berebut, tapi kalau makcik2 yang dah tua, kesian la pulak. OH ye, untuk yang naik wheelchair, deme ada lorong khas.. so takde la berebut2.. tapi tetap juga la deme kena beratur ikut giliran di lorong tu..


Alhamdulillah diberi kesempatan juga untuk masuk Raudah. Walopun tak puas tapi tercapai juga la hajat aku. Tapi pengalaman yang tak dapat dilupakan. Lepas ke Raudah kami jalan balik ke hotel untuk sarapan pulak. Lagi pun hari tu semuanya aktiviti bebas so santai2 je la kami.

Muka lega lepas dapat masuk Raudah.
Mulut aku tu dah merah sebab dah ngelupas.. pakai vaseline pun tak lut wei...



Nampak cantik la pulak payung2 tu.. 
Dari pintu 25 tu nak menapak balik hotel, agak jauh juga.. so kami jalan rileks ja ambik udara pagi.



Kat kawasan ni ada menara jam... burung merpati pun banyak
Saja suruh opah & Aleeya berdiri tangkap gambar kat situ
Tapi takleh lama.. takut nanti kena taik burung...hahahaha






Sepanjang perjalanan ke hotel tu, memang berderet kedai emas tau
Rambang mata tengok lip lap kilauan emas
Emas2 yang dijual pun punya la nala
Nasib la aku ni bukan peminat emas.. so lalu je la

Sederet ni semua kedai emas je tau.


Banyaknya emasssss


Salah satu kedai emas... Yang ni Abd Latif punya
Kaya sungguh dia ye... bapak sapa la Abd Latif tu
[Saja ambik gambar ni sebab nama abah aku kan Ab Latif...hehehehe]


Tu dia hotel kami.... Elaf Taiba
Jom pi sarapan.. harap2 ada la makanan lagi..huhuhu


Aktiviti kami lepas tu apa lagi... kuar shopping le
Sebabnya esok dah nak bertolak ke Mekah
So last minit ni cari la apa2 yang ada..
Takde la beli apa sangat pun... benda yang dijual pun semua biasa2 je
Aku just beli beberapa buah tangan untuk bawa balik Malaysia nanti

Ada satu peristiwa lucu masa kami nak beli coklat. Orang tu kata sekilo 15 riyal, 2 kilo 25 riyal. Adik lelaki aku cakap la 2 kilo 20riyal sudah le.. Udah budak tu kata kat adik aku "Masya-allah... BAKHILLL!!" Terus kami tergelak kat situ. [Last2 tak beli pun coklat kat budak tu]

Dah penat jalan, kami pun balik hotel sebab sat lagi dah nak masuk waktu Zohor pulak. Dok dekat Masjid Nabawi ni rugi la kalau tak solat dimasjid sebabnya 1 waktu solat berjemaah ganjarannya sama dengan 1000 solat. Mana nak dapat kan.

Sebelah petang pun kami banyak lepak kat bilik je.. waktu solat pi masjid.. Malas nak jalan2 dah...

Ni waktu maghrib-isyak
Malam terakhir di Madinah
Rasa sedih & tak puas lagi duduk Madinah ni sebenarnya
Tenang je duduk kat Madinah tau..


Ni ha nak tunjuk kubah tu dah terbuka
Sejuk la dalam masjid ni ..


Lepas Isya & dinner ada lagi sambungan tazkirah dengan Ustaz Kazim
Lepas tu ada lagi taklimat pasal esoknya nak kena buat Ziarah Wida' dah pastu bersiap untuk ke Mekah. Jemaah lelaki kena siap2 pakai kain ihram la sebelum bertolak nanti. Ha.. demo pakai kain ihram pun ada la ustaz ajo.

Malam tu kena packing dah le siap2.. sebab esok pepagi selepas subuh beg dah kena letak diluar bilik untuk di bawa ke lobi & untuk urusan kemasukan bagasi dalam bas untuk ke Mekah.


Next entry:-

TRAVELOG UMRAH : ZIARAH WIDA' & MEKAH [DAY 5]











No comments: