Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, January 22, 2018

BIRTHDAY ALEEYA YANG KE 13

Alhamdulillah semalam, genap si Aleeya 13 tahun
Dah remaja dah anak dara aku tu... terasa makin tua la aku ni kan

Kuat melawa budak ni sekarang....Ni belum mintak mama belikan mekap lagi ni..


Takde buat special celebration pun
Kek pun tak beli sebab Aleeya taknak
Puding karamel feveret dia pun mama takdan nak buat
Mama was busy dengan benda tah apa2..hahahaha
Luckily budak ni tak banyak ragam.. jenis rilex je...[setakat ni le]

Kalau dah namanya birthday kena la diraikan juga kan
So aku ajak makan di luar...ikut kedai pilihan si Aleeya
Nak makan KFC, Marrybrown dan sewaktu dengannya tu cam dah boring
So aku cadang gi makan kat kedai tomyam je
[Adib lagi la suggest makan kat kedai mamak je.. hekeleh...😅]

Aleeya pun cakap ikut mama la kan.. so pusing punya pusing singgah la kat satu  restoran ni. Selama ni memang kami jarang makan di kedai so tak tahu kedai mana yang best. Main redah je le kedai makan yang tak terlalu ramai orang. Takut kalau ramai lambat pulak dapat order. 

Akhirnya kami singgah kat satu restoran tomyam ni. Aku tak ingat la pulak namanya.  Orang pun tak berapa ramai.. Lagi best kalau dapat duduk kat meja luar tapi sebab  hari hujan renyai2 so kami duduk dalam je la. Nasib la 2 kekanak kecik tu behave juga la dalam tu. Senang la kami nak menjamu selera.


Ha inilah yang kami order... Set untuk 4-5 orang makan.. Memang berbaloi2 ko... Kenyang dan sedap.. Tak rugi order set ni.. ada siakap, tomyam, telur dadar + udang, kailan ikan masin & somtam papaya plus nasi 4 pinggan. Tapi sebab somtam takde, kami ganti dengan paprik ayam. Semua sekali Rm56 je [tak masuk air]. Pada aku agak murah le.


Penuh meja dengan makanan..


Alhamdulillah... memasing tersandar kekenyangan. Air tembikai dengan tomyam tu aku siap bungkus sebab tak habis. Boleh la buat makan lunch esoknya..hahaha.. Yang lain memang licin la kami makan..