Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 8, 2018

TRAVELOG UMRAH : MEKAH (DAY 6)

Hari kedua di Mekah hanyalah aktiviti bebas
Agaknya masing2 kepenatan sebab baru sampai semalam
Lepas tu ada lagi jemaah yang tak buat lagi umrah malam tadi
so dapat la diaorang buat hari ni 
Ramai jugak la makcik² yang aku jumpa baru lengkapkan umrah pagi tu

Pagi tu lepas sarapan, aku ajak mak aku jalan2 di kawasan sekitar
Nak ajak adik2 aku yang lelaki tak jumpa pulak diaorang
Maybe dalam bilik sambung tidur, atau ada di Masjidil Haram
tak sure sebab ketuk2 pintu bilik diaorang takde pulak yang jawab
[bilik kami sebelah2 je]
So kami turun ke bawah bertiga je - aku, mak & Aleeya

Ekcelinya kan, aku tak sabar nak tengok Kaabah
Disebabkan aku period so tak boleh la masuk masjid
so dapat tengok dari kejauhan pun dah happy sangat

Alhamdulillah.. dapat jugak tengok walopun dari jauh
Dia cam melambai2 aku suruh pergi situ
Tapi nak buat cemana... SABAR!!!!


Kaabah ni keluar je dari bangunan hotel yang aku duduk tu memang akan nampak dah Kaabah tau.. sebab betul2 setentang dengan pintu no 1 - Gate King Abdul Aziz tu.

Lepas tu kami jalan2 lagi disekitar perkarangan masjid. Cuaca waktu pagi memang tak panas sangat. Cuaca kat Mekah tak sejuk macam Madinah. Lebih kurang macam kat Malaysia je.. Environment kat sini pun berbeza dari Madinah. Kat Mekah lebih padat & 'sibuk'. Kota yang tak pernah tidur la katakan.. Setiap masa ada je orang akan buat ibadat terutama di MasjidilHaram tu.


Salah satu sudut Masjidilharam..


Kami siap lepak2 duduk santai kat lantai tu.. Sejuk je.. Duduk tengok bangunan, tengok gelagat orang.. Seronok gak lepak2 camtu.


Itu la bangunan yang orang buat Saie. Belah kanan tu Safa & hujung sana tu Marwah. Lawa kan bangunan tu...


Lautan manusia dengan aktiviti masing². Ni pun tak berapa ramai lagi sebenarnya..


KFC, McD, Dominos semua ada kat luar masjid ni.. Tak susah la kalau nak cari makan.. Kat Mall bawah hotel yang aku duduk tu pun ada juga. 



Berlatarbelakangkan bangunan Abraj Al Bait.. Hotel yang kami menginap pun kat bangunan tu la...


Jom aku tunjuk hotel Zamzam Pullman pulak
Hotel ni kat tingkat P11 kalau naik lif 

Nun pintu masuk ke lobi hotel
Lawa beranyam pintunya wei...


Lobi hotel.. lawa kan?


Beria tangkap gambar dari bawah sebab nak tunjuk light fixtures tu... 
[Nasib tak nampak dabel chin]


Muka tuan blog dari lobby hotel..hahahaha.. 
Kat lobby hotel ni wifi laju giler.... wifi kat bilik pun ok-ok je


Kat satu sudut tepi tu ada kawasan yang ada bunga2 ros putih
Cantiknya.... nak2 pulak belakang tu cermin, lagi nampak banyak sangat bunga2 tu


Ada tak orang nak bagi bunga berlambak2 camni kat aku??? Nak juga fefeeling macam Fazura dapat 100 kuntum bunga ros dari Fattah Amin...hehehehe.... 


Ni pulak kawsan lif untuk naik ke bilik
Bilik aku kat tingkat 7


Nak tengok bilik??? Erm... aku terlupa nak snap gambar bilik masa memula sampai tu.. sebabnya rasa mengantuk & letih sangat dah. Nak tangkap gambar esoknya dah cam kapal karam dah bilik dengan beg sana sini, kain baju pun sana sini... tak sesuai la nak tayang kan.. Tapi apa yang aku boleh kata, tak nampak cam 5 star hotel pun biliknya.. Maybe sebab bilik kami tu sebenarnya bilik untuk 2 orang tapi diaorang masukkan extra bed supaya jadi bilik 4 orang. So bilik tu dah jadi cramp. Tu yang rasa macam bilik tangkap muat je.. Tak pe la.. asal ada bilik sudah le... Tapi makanan kat hotel ni memang sedap2 tau..


Ni view dari tingkap bilik aku.. Tak best kan??? Nampak bangunan under construction je.. dah le tak kena matahari.. jemur kain pun lambat kering.. Nasib la baju2 aku banyak yang jenis kain nipis & cepat kering..

Another view


Sementara menunggu waktu Zohor, sempat la memerap atas katil kejap... Nak tido pun best juga..hehehe

Ni la pijama aku sepanjang gi umrah.. seluar tido belang2 ni selesa oi....
Aku bawa 2 helai je... takat pakai kat bilik bukannya kotor pun.. Peluh pun takde sangat. Basuh pun cepat je kering..


Sambil2 tengok tv [walopun tak paham sepatah haram] makan la coklat batu ni.. Kami je yang panggil coklat batu sebab rupa dia macam batu hiasan kan.. Tapi ni coklat sebenarnya..

Aktiviti bebas kami ni banyak ulang alik ke masjid je. Takpun jalan2 kat mall kat bawah tu je. Takde mood nak shopping dalam tu sebab harganya mahal2.. dah standard KLCC gittew. Tapi banyak orang jual minyak wangi... memang wangi la sepanjang jalan tu.. Tapi cam aku yang masih dalam ihram ni kena la hati2 takut tersembur la minyak wangi tu kat kita kan..

Esoknya kami ada ziarah luar.. nanti kita cerita ye..







2 comments:

Ann Ishak said...

seyes ingatkan batu tadi, rupanya cekelat ek :D

Dewi Aja said...

Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)