Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 5, 2018

AMIRA @ TADIKA

Tahun ni Amira dah start Tadika
Hantar tadika biasa2 je... yang pasti dekat je dengan rumah
senang nak pi hantar, senang babysitter nak ambik😅

Amira punya sekolah start sesi pembelajaran pada 03/1/2018
Hari first sekolah dia ok je
Eksaited nak pergi sekolah, pakai baju sekolah baru, kasut baru

Kuning-oren baju seragamnya kome...


Alhamdulillah takde la dia menangis melalak cam Adib dulu
Konon2 cool la dia...
Ok la sebab mama dia ada kat situ

Tengah beratur sebelum masuk kelas


Aku pesan kat Amira suruh dengar je cakap cikgu
Kalau nak pergi toilet bagitau cikgu
Kalau apa2 hal pun bagitau cikgu

Ni nama kelas Amira - 5 Omega


Ni dah masuk kelas
Mata tu dok menjeling tengok mama ada ke idak kat luar kelas



Cikgu bagi pensil & kertas suruh lukis2
Nampak ok la dia dalam kelas


Time rehat aku tengok dia makan dari jauh
Ok la boleh bawa diri
Tapi once dia nampak aku, udah meleleh air mata
Pastu pi pujuk dia sebab dia kata nak balik
Adoyai..... aku cakap kejap lagi baru boleh balik... kena masuk kelas dulu

Cukup time nak balik, aku dah terpacak depan gate
Risau kot karang dia tak nampak aku, melalak pulak dia
Keluar je kelas, nampak je muka mama dia, terus senyum meleret
Tanya kat dia best tak sekolah?
Amira kata best, tapi penat la sekolah ni mama..
Hahahaha... sabar la anak oi... sementara nak biasa


Hari kedua punya drama pulak dia tak nak pi sekolah
Jenuh pujuk suruh mandi & pakai baju sekolah
Lepas pakai uniform baru ok
Tapi bila hantar sekolah udah nangis nak balik
Dia kata mama tinggal mira..hahahaha
Terpaksa la cakap, cikgu tak bagi mama tunggu kat dalam... mama tunggu kat luar je
Cikgu pun pujuk dia juga
Lepas je dia masuk kelas, terus aku balik rumah..
Kali ni time rehat pun aku tak jenguk sebab takut dia menangis
Time balik je ambik dia 
Time balik ok la dia..tak nangis pun

Hari ni (hari ke-3) pun buat drama  takmo mandi & pegi sekolah
Pujuk2 baru nak
Sampai sekolah ok je dia
Lepas dia masuk kelas, aku pun cabut la sebab harini dah keje
Dah pesan kat babysitter suruh ambik dia nanti
Kat cikgu pun aku dah bagitau babysitter akan ambil
Harap2 dia ok la dia untuk hari2 seterusnya..









3 comments:

Ann Ishak said...

drama tak nak mandi pagi kot tu hihihi

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah..insyaAllah lama-lama ok nanti...lagi2 bila dah ada kawan...

Mommy Cici said...

ala comelnya. Anak Cici pun start this year 5 tahun. Mula mula okay, 2nd and 3rd day dah buat perangai. Bila Tanya katanya nak tidur T_T. harap harap dah sebulan nanti okay lah. jenuh lah nak ber drama setiap hari

http://mommycici.blogspot.my/2018/01/kemensah-chalet-waterfall.html