Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, January 19, 2018

TRAVELOG UMRAH : ZIARAH LUAR MADINAH (DAY 3)

Hari ke-3 di Madinah, ikut jadualnya kami ada ziarah luar. Maksudnya menziarah sekitar Madinah. Kali ni kena naik bas la sebab kami akan dibawa ke beberapa tempat.

Kalau ikut jadual kami akan melawat Masjid Quba, Kebun Kurma, Jabal Uhud & Masjid Qiblatain. Eksaited nak tengok2 apa yang ada kat bandar Madinah ni. Dalam tentatif dah ada so memang dah tau la kemana destinasi yang pertama. Lagipun malam sebelum tu kami dah diberi taklimat oleh pihak travel. Selepas sarapan kami disuruh berkumpul di lobi untuk menaiki bas. Kena dengar cakap mutawif...karang tak pasal2 hilang ke & menyusahkan jemaah lain.


Dalam bas dah 


1. Masjid Quba

Inilah lokasi pertama yang dituju. Inilah masjid yang pertama dibina dalam Islam. Selalu baca dalam buku je kan kali ni berpeluang menziarah & bersolat di masjid Quba. Sebelum buat ziarah luar ni aku dah siap2 la google apa yang patut. Mujur la kat bilik ada wifi... kalau nak online tunggu wifi kat hotel la... Takde maknanya nak beli simkad lain pulak.. Jimat!!!!

Masa taklimat pun dah dibagi tahu supaya kalau boleh pastikan diri dalam keadaan berwuduk sebab ada hadis yang menyebut "sesiapa yang bersuci (berwuduk) dari rumahnya di Madinah, kemudian pergi ke Masjid Quba dan mendirikan solat 2 rakaat di masjid tersebut, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mengerjakan Umrah". 

Masjid ni tak jauh sangat dari Masjid Nabawi. Kira2 dalam 10 minit sampai la kami kat situ. Masa sampai tu memang dah ramai dah jemaah dari rombongan umrah yang lain. Ramai juga yang buat ziarah luar rupanya hari tu. Bas pulak memang banyak so bila turun tu memang kena ingat la bas kita yang mana satu.


Ramainya orang....
Nampak tak yang kat pagar masjid tu.. tu pintu masuk ke tempat solat wanita
Ramai & berebut2 nak masuk. Pintu masuk untuk orang lelaki tu kat sebelah kanan.. (kat tempat yang ada pokok tu)






Sejuk gile udaranya kome.. Pakai sweater pun sejuk lagi. Aleeya pulak tertinggal sweater kat Malaysia.. Terpaksa tahan la sejuk tu. Kadang2 gilir la dengan dia pakai sweater.




Selfie dulu dengan adik sebelum masuk masjid


Dah masuk masjid terus buat solat sunat 2 rakaat. Tak boleh la nak duduk lama2 dalam tu sebab orang ramai sangat. Kepala pun dilangkah2 je time kita sujud. Nak cari tempat untuk solat pun jenuh.. Asal ada ruang kosong je terus je la solat. 


Baru lepas keluar dari masjid.. Lega.. Yang masih beratur nak masuk pun ramai lagi.


The best angle of Masjid Quba yang dapat aku tangkap
Silau lak tu.. jenuh ejas kedudukan
Al-maklum la tangkap gambar guna henfon murah je.
[Abaikan waktu kat gambar tu sebab tu waktu Malaysia. Waktu sebenar masa tu 8.43 pagi]




Bergambar sebelum nak pergi dekat bas



2. Kebun Tamar/Kurma

Lokasi seterusnya kami ke kebun kurma. Katanya kalau nak beli kurma yang elok, beli la di Madinah. Well, aku tak kisah pun beli kurma kat mana2..Haha sama je.. Yusuf Taiyoob punya pun ok..

Kami dibawa ke salah satu Kebun Tamar yang ada. Kebun Kurma Abu Faisal. Tak jauh dari Masjid Quba tadi. Rasanya banyak je kebun kurma kat area sini. Masa kami sampai tu tak ramai orang lain. Baru ada satu group dari negara jiran [Indo/SInagpore/Brunei]. 

Lalu kat sini teringat kat kampung aku yang ada pokok kelapa sawit..hehehe



Banyak tempat duduk kat luar ni.. so sapa tak nak masuk boleh je lepak2 kat luar ni.


Ni kat luar kebun kurma. Nun jauh dibelakang tu la ladang kurmanya. Ada berbagai jenis kurma yang ditanam kat situ. Tapi kami tak masuk pun kawasan ladang tu. Cuma dibawa ke kedai yang jual kurma tu je..


Tak sah kalau tak tangkap gambar dengan pokok kurma...







Ni la kedai yang jual kurma tu. Kedai di dalam kawasan kebun kurma tu jugak le. Rambang mata tengok kurma. Semua dia bagi makan.. Free je.. Halal..halal... katanya. Pekerjanya ramai orang Indonesia je aku tengok. Lagipun diaorang cakap Melayu je.. Tak rasa cam Madinah pun.. Cam kat Malaysia je.

Makan le banyak mana pun dia tak kisah. Cumanya makan di situ.. Jangan bawa balik udah le.. Kalau nak bawa balik kena beli la ye.. Kat sini kalau nak bayar guna duit Malaysia pun diaorang terima. So tak payah susah hati kalau tak tak tukar duit riyal.

Aku ni bajet ciput je. So takde la shopping sangat. Beli kurma juga la sekilo dua buat syarat dah datang kan. Mak aku la sakan memborong.. Jangan nanti terlebih berat luggage masa nak balik udah le.. Selain kurma ada juga jual buah tin, buah zaitun, aprikot, madu & coklat kat sini.

Agak lama juga la kami disini sebab tunggu semua habis shopping kan.. Masa lepas kami sampai tu makin ramai orang sampai. Fuh sesak kat dalam kedai tu. aku pun lepas beli kurma terus lepak je at luar tu. Ambik angin bawah pokok kurma.



3. Bukit Uhud

Lokasi ketiga kami ialah ke Bukit Uhud. Banyak sejarah bukit Uhud ni sebenarnya. Di sinilah berlakunya Peperangan Uhud dimana pihak tentera Islam mengalami kekalahan. Dalam perang ini jugalah Saidina Hamzah dibunuh dengan kejam.

Kat kawasan ni lapang sikit sebab luas & terbuka. Angin bertiup punyalah kuat. So asyik pegang tudung je takut terangkat. Kat sini ada 2 bukit tau. Ada satu bukit yang besar & ada sau bukit lagi yang ramai orang dok panjat.  Sebenarnya Bukit Uhud tu yang besar dan panjang tu. Yang orang ramai naik tu namanya Bukit Rumat..

Yang nilah  Bukit Uhud.


Kat area sini ada je orang meniaga. Macam2 ada. Kurma pun ada kalau takdan beli kat kebun kurma tadi. Aku cuma beli air sejuk je kat sini. Dahaga wei...


Di puncak bukit Rumat
Bukit ni tak tinggi boleh la naik....


Suka sangat la budak ni dapat naik sampai puncak
[Lagi kuat angin kat atas ni..huhuhu]


View dari Bukit Rumah
Kat bawah tu ada kawasan perkuburan untuk syuhada yang mati dalam Perang Uhud



Ni la kawasan perkuburan tu.. Tapi tak boleh masuk.
Tengok je le dari luar. Sambil tu sedekahkan doa untuk para syuhada sekalian.



Kat sini ada juga masjid. kalau sempat boleh la solat sunat kat masjid ni. 


Memandangkan dah hampir tengahhari, mutawif cakap tak sempat nak singgah masjid Qiblatain. Alahai.. rugi la pulak rasanya. Sebabnya nanti takut tak sempat nak balik sebelum solat Zohor. So diaorang bawa kami lalu je la depan Masjid Qiblatain tu.. Takde rezeki la nak singgah solat disitu.


Mutawif bagi orang rasa kurma Ajwa dalam bas.. Yang ni ada student Uni Madinah yang jual. Sekilo RM100 tau.. Memang mahal kan kurma Ajwa ni kan. Sedap pulak tu.


Lagi setengah jam sebelum solat Zohor kami sampai la hotel. Sempat la nak letak barang & siap2 untuk pergi solat di masjid. 


















2 comments:

Ann Ishak said...

so far kurma ajwa memang paling sedap :D

Warisan Petani said...

Alhamdulillah