Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 2, 2018

ORIENTASI KE TINGKATAN SATU

Hari ni semua cerita pasal anak2 masuk sekolah kan
Tahun ni anak aku yang sulung dah masuk Tingkatan 1
Adib masuk darjah 5
Amira akan masuk tadika
[tapi tadika Amira akan mula esok]

Setakat ni Aleeya [anak sulung] tak dapat mana2 tawaran sekolah lain
Dia pun kata dia taknak sekolah lain
so kita daftar je la kat sekolah yang aku pi daftar haritu

Aleeya ada mohon juga MRSM & SBP 
tapi belum rezeki Aleeya untuk ke sekolah sedemikian
mungkin juga sebab result UPSR Aleeya yang tak berapa elok
tapi takpe lah kan.... mungkin ini yang terbaik untuk Aleeya & kami sendiri

Alhamdulillah orientasi & pendaftaran dah dibuat pada 26/12/2017
Pepagi lagi Aleeya dah semangat sarung baju seragam sekolah menengah
Siap dah berjanji dengan kawannya nak pergi together2
Nampaknya kena la mamanya pegi sendiri... sabo je la
Sampai kat sekolah baru la jumpa dia 
[itupun jenuh cari sebab budak ramai sangat]

Lepas daftar nama baru la kena pi bayar yuran kat kelas masing2
Cek dulu kelas Aleeya
Aleeya dapat kelas 1 Bestari
Sebelum ke kelas again aku tanya dia, betul ke dia nak sekolah situ & taknak pergi sekolah lain kalau ada tawaran?
Dia kata taknak & confirm nak sekolah situ
If she say so kan... malas nak paksa2.. janji dia nak sekolah

Tengah beratur tunggu giliran nak bayar yuran kat guru kelas


Selfie dulu dengan anak dara sorang ni...hahaha


Bila anak dah sekolah menengah ni, perasaan dia lain macam sikit
Sebab rasa cam dah besarnya anak aku
Selain risaukan pelajaran, aku risaukan pergaulan dia juga
Tau je la bebudak tengah meningkat remaja
Rebel diaorang ni lain sikit... darah muda & darah panas gitu kan
Asyik nak ikut kawan2 je...aduh... harap2 Allah lindungi Aleeya & rakan2nya dari terjebak dengan benda2 yang tak sepatutnya.
Dah le tu sekolah anak aku ni jenis campur lelaki & perempuan
Risau lagi bab kapel2 ni...huhuhuhu
Cam tak ready je lagi nak hadap benda2 ni
[Ate mamanya dulu dok girls school je dari sekolah rendah sampai menengah 😅]


Ada masa aku sedih juga sebab kena urus sorang2 & hadap sorang2 karenah anak2 ni
Takde tempat nak cerita bab anak2  
Paling2 aku gi kubur dok cakap la sorang2 kat situ...huhuhu
Tengok muka anak pun kesian sebab diaorang takde father figure yang selalu diharapkan sebagai pelindung especially pada anak2 perempuan..
Semoga Allah beri kekuatan yang berterusan kepada kami untuk menghadapi hari2 mendatang.
Semoga Allah juga melindungi kami dari semua perkara2 yang tidak elok dan hindari kami dari semua perbuatan yang memudaratkan & tidak memberi faedah kepada kami.




3 comments:

Warisan Petani said...

Selamat tahun baru 2018
mudah2an sinarnya lebih terang

Norhayati Mohd Isa said...

Selamat tahun baru 2018 syani..

Itulah urusan mak2 ni bila awal tahun kan..
Menguruskan mereka di sekolah..

Akak doakan semoga syani sekeluarga dibawah lindungi Allah s.w.t..

Etuza Etuza said...

Anak saya bongsu juga ting 1