Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, January 10, 2018

TAMAN PERMAINAN BARU

Ada kawasan perumahan baru siap kat area perumahan aku ni
Rumah teres 3 tingkat lak tu
Maklum la, aku kan duduk area rumah kos rendah
So ada rumah lawa2 ni jakun nak pi meronda

Kawasan perumah baru ni dekat je dengan kawasan kubur
So kalau lalu2 nak pi kubur tu nampak la construction site perumahan tu
Bebaru ni nampak signboard nama taman ke kawasan perumahan tu dah dipacak
Maknanya dah siap le tu.. so ajak la anak2 pi jalan2 ke situ

Kawasan perumahan tu belum ada orang duduk lagi
So yang lalu2 kat situ hanya penduduk2 yang berdekatan
Kebetulan ada pulak taman permainan kat situ
Takle besar sangat tapi sebab takde orang beria la anak2 ajak nak main kat situ
Ok la... mama kasi can..

Taman permainan baru, semua pun masih elok la kan
[kalau nak dibandingkan dengan taman permainan kat rumah aku tu]



Ni kat kawasan paling hujung so belakang tu kebun getah




Ni la rumah teres 3 tingkat tu.... lawa jugak la
Tak banyak pun kat sini.. ada 70 buah je


Ingatkan nak juga terjah tengok dalaman rumah ni
Tapi nampaknya semua berkunci dah
Showhouse pun takde lagi
Tapi rasanya semua dah ada pembeli.



Tadi membelakangkan hutan
Kali ni suruh diaorang ubah side
Nampak gambar rumah tu lawa la sikit...hahaha



Dah lama dah dok sini
Jom kita balik...



Seminggu lepas tu Amira ajak main kat sini lagi
Tapi malangnya kawasan masuk taman ni dah ada jaga
Dia tak bagi masuk dah...nasib la 
Dah jom pi main kat taman permainan yang lain je la..






1 comment:

farhanna jafri said...

main taman pun tak boleh dah ea. Kesiannya mira