Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, January 16, 2018

TRAVELOG UMRAH : ZIARAH DALAM (DAY 2)

Hari kedua di Madinah kalau ikut tentatif jemaah akan dibawa oleh mutawif untuk ziarah dalam.Ziarah dalam ni maksudnya menziarah kawasan Masjid Nabawi & kawasan sekitarnya.

Lepas tidur awal malam tu, esok paginya bangun awal untuk solat Subuh di Masjid Nabawi. Suhu adalah sangat sejuk tau... Memang kena pakai sweater. Tak ingat dah berapa suhu kat Madinah masa tu.. tapi yang pasti dalam belas2 celcius je.

Nak masuk dalam masjid Nabawi ni akan ada guard periksa beg tau. So kalau tak bawa beg dia tak cek la.. Aku bawa beg kasut je nak isi selipar. Kat Masjid Nabawi & Masjidil Haram di Mekah jangan harap la ko boleh tinggal2 kasut kat muka pintu masjid..Memang kalau tinggal takkan jumpa dah le jawapannya. So memang kena usung ke mana2 sahaja korang pergi. Tu sebab kena ada uncang untuk isi selipar. Uncang tu pun selalunya pihak travel akan bagi. Tapi kalau diaorang tak bagi, bawa je beg plastik.

Guard2 kat masjid tu pandai juga cakap bahasa Melayu/Indonesia. So boleh la paham.. Kalau kat pintu dia akan cakap "ibu, buka tas" [kalau dia nak cek beg yang dibawa]. Kalau dia suruh ke saf depan, dia akan cakap "ibu @ sister...depan-depan". Nak pergi masjid ni kalau nak solat di dalam masjid memang kena datang awal. Kalau dah penuh guard tu akan jerit la "penuh...penuh...jangan naik...jangan naik" [aku pun memula tak paham jangan naik tu apa.. rupanya maksud dia jangan masuk 😅] Kalau tak dapat solat di dalam, kena la solat diluar je.. Jangan risau ada diaorang bentang karpet kat luar tu.. Cuma kalau solat belah luar, sejuk je le bila kena tiup dek angin..

Solat Subuh pagi ni dapat solat dalam masjid
Saja tangkap gambar dari bawah sebab nak tunjuk bumbung masjid yang lawa tu


Sembahyang kat Madinah ni memang sempoi & santai je.. Tak sama macam Malaysia. Selalunya kat Malaysia, selepas solat fardhu, ada wirid2 & doa oleh imam. Kat Madinah takde tau.. Lepas solat fardhu terus buat solat jenazah. Setiap kali waktu solat tau... Memula ingatkan diaorang solat sunat.. rupanya buat solat jenazah.

Lepas habis solat, kami balik ke hotel untuk sarapan. Mutawif kata kena berkumpul di lobi pukul 7 pagi untuk buat ziarah dalam.

Bergambar dulu kat lobi sementara tunggu jemaah lain turun.


Untuk Ziarah dalam ni mutawif akan bawa ke beberapa tempat la. Untuk ziarah dalam ni kami hanya jalan kaki je sebab semua tempat just within walking distance je.



1. Sokaifat Bani Saedah

Ni tempat yang memula kami pergi. Sebelah je dengan hotel penginapan kami. Sokaifat Bani Saedah ni macam taman la kat Madinah ni. Tapi idak le besar mana pun. Dah le masa kami pergi sini ramai juga la jemaah dari kumpulan lain. So agak pack la.. Jalan2 tangkap gambar je la kat situ

Menurut sejarah di tempat inilah para pemimpin berkumpul untuk melantik pemimpin selepas kewafatan baginda Nabi. Disinilah Abu Bakar As-Sidiq dilantik menjadi khalifah. Penerangan ni ada ditulis di papan tanda tu. Kalau korang tak dapat baca, google je la.


Taman ni cantik gak sebenarnya tapi sebab ramai orang so kita laju2 je la lawat kawasan ni.

Aleeya & opah Minah



Untuk ke destinasi seterusnya.



2. Masjid Abu Bakr

Lokasinya tak jauh dari Sokaifat Bani Saedah ni. Cuma nak melawat Masjid Abu Bakr ni sebab ia adalah antara 3 masjid tertua di Madinah di kawasan ni. Turut berdekatan ialah Masjid Ali & Masjid Ghamama. Tapi masjid ni dah tak digunakan. Hanya sebagai bukti sejarah la.

Kawasan Masjid ni pun dah belatarbelakangkan bangunan2 hotel.



Kat area ni memang banyak burung merpati
Dah ala2 kawasan  masjid india je..
Lepak2 kat sini pepagi hari memang best.. angin tiup2 macam duduk tepi pantai je.


Gambar ni Adib yang tangkap.. tu sebab dia takde dalam gambar ni..hehehe



Belakang kami tu la Masjid Abu Bakr.



Jom next destination...




3. Masjid Nabawi

Mutawif bawa kami ronda Majid Nabawi pulak. Semalam kami sembahyang kat satu side je. Hari ni mutawif bawa kali tengok sekeliling masjid. Masjid Nabawi ni ada 40 pintu pagar [kalau tak silap la].  Kalau pusing satu masjid memang penat oi... besar sangat kawasannya.

Salah satu yang menarik tentang Masjid Nabawi ni ialah payung2  yangk kat luar ni la. Payung2 tu akan dikembangkan waktu Subuh & akan kuncup dalam2 waktu Asar camtu. 


We are family..



Lalu di kawasan kubah hijau
Di bawah tu la makam Nabi Muhammad.
Nanti buat ziarah Wida kat kawasan sini la.




4. Tanah Perkuburan Baqi'

Sebelah masjid ni ada kawasan perkuburan Baqi'. Sapa yang meninggal kat Madinah memang akan dikebumikan di kawasan tu. Beruntung la sapa yang dikebumikan di situ sebab akan dapat syafaat dari Nabi di akhirat kelak. Pesan mutawif kami tu , "Jangan takut kalau meninggal di Madinah". Kawasan perkuburan ni memang luas sangat  tau. Tapi kawasan perkuburan ni orang perempuan tak boleh masuk. Orang lelaki pun ada masa2 je boleh masuk. So orang pompuan tengok dari celah pago je le..

Aku tak tangkap gambo so ni gambar dari google je le.. Aci ye.



5. Muzium 

Disebelah satu lagi Masjid Nabawi, ada pulak muzium. Ada muzium pameran nama2 Allah, dan satu lagi muzium pameran al-quran. Memandangkan masa kami buat ziarah tu hari Jumaat, so muzium tutup. Jumaat hari cuti umum untuk Arab Saudi. Makanya idak le kami dapat masuk muzium tu.



Sepagi tu habis la ziarah dalam kami. Masa ni dah dekat pukul 10 pagi. Jemaah lelaki dah nak balik hotel siap2 untuk ke masjid untuk solat jumaat. Kena datang awal la kalau nak solat dalam masjid kan. Kalau idak duduk la kat karpet luar bawah payung2 tu

Aktiviti sebelah petang sampai malam adalah aktiviti bebas. So lepas solat Jumaat  kami plan nak ronda2 kawasan2 sekitar. Hari tak panas & berangin2 memang syok la pi jalan2. Konon2 nak gi cari kedai ayam Al-Baik.. Kawan2 aku kata ayamnya sedap. Tah celah mana, kami main jalan je.. 



Jalan ke pintu masuk utama Masjid Nabawi



Time ni dah nak dekat maghrib dah.


Wefie dulu di tengah kota Madinah.. cewah




Belakang tu stesen bas kot.. Memang lapang sungguh kawasan ni





Balik dari jalan2 singgah try kebab ni
Murah2 katanya... dalam 4 riyal satu
Tak susah la duduk Madinah ni sebab ramai orang Arab boleh cakap Melayu
Nak2 pulak peniaga2..
Cuma tak syoknya kebab ni sebab tak pedas....
Orang Arab mana makan pedas kan..huhuhu

Lepas tu kami singgah beli aiskrim pulak
Sedap sangat aiskrim tu sampai lupa tangkap gambar

Tak lama pastu waktu maghrib dah nak masuk
Kami semua pi masjid untuk solat.. tapi aku, adik & Aleeya balik hotel sebab aku sakit perut
Kami solat maghrib kat bilik je la.. waktu isyak baru pegi masjid pulak
Alhamdulillah dapat juga masuk dalam masjid
Tapi dapat solat kat ruang tepi2 je le sebab area karpet dah penuh

Tayang bumbung lagi..hehehehe




Dapat port betul2 sebelah tong air zam2 ni
Sementara tunggu azan, boleh la minum air zam2 ni
Air zam2 ni ada yang sejuk & yang biasa
Kalau dahaga sangat memang aku pilih air yang sejuk
Tapi kalau biasa2 aku pilih yang not cold ni je.

Masa ni la ada pengalaman yang tak best masa solat
Depan kami tu ada puak2 Pakistan tau
Masa nak solat tu selamba je ada geng dia menyempit kat depan kami
Asal dah sempit makin sempit dibuatnya. Dah le diaorang tu besar2 tau... 
Just bayangkan tempat kami nak sujud tu dia boleh mencelah kat situ
Abis tu cemana la nak sujud kan??? Terpaksa la kami mengecilkan badan kami
Yang sorang ni pulak masa aku sujud selamba duduk atas kepala aku .. mau tak pening kepala aku wei..
Dah tu masa rakaat seterusnya, dia tau kan aku akan sujud lagi, dia terus buat sembahyang duduk lak kat situ.. punya la dia taknak bagi aku sujud kat situ
Just imagine cemana azab aku nak sujud pulak lepas tu..huhuhu..
Adoi dugaan sungguh la.. tapi sabo je la kita dalam rumah Allah tu
Lepas2 tu memang avoid la geng2 Pakistan dan yang sewaktu dengannya.. Dahsyat sungguh deme ni kan..

Ok tu je cerita di hari kedua.
Esoknya ada ziarah luar pulak..
Bersambung.....










2 comments:

Ann Ishak said...

memang ke banyak2 bersabar kan kalau dekat sana

OKje said...

Oooo senyap senyap pergi umrah rupanya awak ye....
Seronoknya dapat ke sana ek...Hakak ni bilalah agaknya dapat menjejakkan kaki ke sana...

Cantik bersih bercahaya muka hang Syani ....