Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, January 25, 2018

TRAVELOG UMRAH : JALAN² MADINAH (DAY 3)

Sambungan dari entry sebelum ni
Kan pagi tu kami ada ziarah luar kan. Kebetulan sampai hotel pun dah nak dekat waktu Zohor. So kami naik bilik & siap2 untuk solat Zohor di masjid. Kali ni kami pilih nak solat kat luar masjid je [kat kawasan yang berpayung tu]. Lagipun nampak cam lapang & tak sesak. Angin pun sejuk2 je walaupun dah tengahari.

Sambil menunggu azan.. sempat tangko gambo lagi



saf-saf di hadapan kami


Seperti biasa lepas habis solat, mak aku akan singgah isi botol dngan air zam-zam. Buat bekal minum kat bilik hotel nanti. Mak aku ni asal ke masjid, dia mesti akan bawa botol kosong untuk isi air zam-zam.

Tengah ambil air zam-zam
Boleh teka tak mana mak aku???



Tu dia... escort setia opah... Aleeya..
Nasi baik Aleya toleh masa aku panggil dia..hahaha



Lepas solat kami balik hotel untuk lunch. Plannya petang tu nak pergi jalan2 lagi sekitar bandar Madinah. Plannya nak gi cari kedai Ayam A-Baik yang katanya sedap dari KFC..Kengkawan aku yang selalu buat umrah & ada yang duduk Arab Saudi pun rekemen ayam goreng Al-Baik ni.. Beria la aku mencadangkan kat adik beradik aku nak gi cari ayam goreng ni. Tapi lokasinya jauh sikit la dari hotel kami. Nasib la masa ziarah luar pagi tu dah usha2 dah kat mana la kedai Al-Baik ni...

Sebelum meneruskan misi ayam goreng, kami solat Asar dulu la sebab waktu Asar pun dah nak dekat masa tu. Masa waktu Asar ni orang tak berapa pack. So kami solat dalam masjid.. Dapat saf agak2 depan jugak le.. Beberapa saf je dari pengadang tu.



Saja nak tayang kubah mesjid yang lawo tu. Kat Masjid ni ada bahagian yang kubah ni dia boleh buka tau.. Tak ingat waktu bila dia akan buka & tutup. Ada sekali tu dapat juga tengok kubah ni terbuka & tertutup.. Asyik je aku tengok sampai lupa nak buat video...hahahaa.. Menjakun jap.

Seperti dirancang, lepas Asar kami pun siap2 nak pi cari ayam goreng.. Bukannya sebab lapo tapi perasaan nak try tu  berkobar2 lak.  Adik aku yang lelaki tu cakap dia ada nampak dah kedai ayam Al-Baik tu.. So dia le jadi tour guide. Adik aku tu memang semangat bab2 camni..

Salah satu pintu pagar utama ke Masjid Nabawi.
Yang semalam pintu pagar utama dari arah yang hujung sana..
[tak tahu dah nak istilah utara ke, selatan ke, timur ke, barat ke..]


Dalam perjalanan tu memacam tempat la jumpa. Singgah kejap ambik gambar bagai..hahaha.. Sedar2 dah jauh dah kami jalan.. Kaki pun dah lenguh tapi kedai ayamnya tak jumpa lagi 😅



Area belah2 sini memang tak ramai orang. Cam agak lengang. Nak bergambar tengah jalan pun boleh. Tapi kalau perempuan jangan la jalan sorang2.. Bahaya gak.



Inilah dia kedai ayam yang dicari2... baru la semangat sikit. 
Dah jumpa tu lega la kan.. eksaited dah nak pi oder
Sekali masuk ramainya orang..... rupanya yang tingkat bawah tu untuk take away. Untuk Family & dine in kena naik tingkat 2.


Kat sini kaunter lelaki & perempuan diaorang asing tau
Tercangak2 juga la nak mengoder
Dah le tu time tu lagi setengah jam nak masuk waktu Maghrib
Kat skrin kat kaunter tu dah cakap waktu solat diaorang akan tutup.
Kami ingat nak makan kat dalam tu, rupanya sebab dah nak solat & nak tutup kedai so diaorang tak kasi la masuk dah.

Last2 pikio cemana ni? Nak bawa balik ke nak makan je? Nak bawa balik pun tak sempat sampai hotel, lagipun takkan nak jinjit beg plastik berisi ayam goreng bawa masuk masjid pulak kan?? Last2 kami makan je le kat luar kedai.. Nasib la ada bangku2 tu.. Kesian sungguh keadaan kami...hahaha.. Lantak la.. buat muka tengin je le... Bukan kami je ada kat situ, ada la 2-3 family lagi..


Macam orang gelandangan pun ada rupa kami ni..hahaha..
Ni semua ayam punya pasal.



Konon2 menghayati makan ayam.. walhal tengah kejor masa nak gi masjid lak  lepas tu.


Ini le rupa set ayam Al-Baik ni..erm... tengok rupa tu cam biasa2 je..
Fries tu datang sekali dengan ayam.  Pastu aku add-on je coleslaw tu. Yang dalam paket putih tu garlic sauce. Sos pulak dia bagi sos tomato je.. Huk aloh.. takde sos cili.. Orang Arab ni memang tak makan pedas ye.. Tak feel langsung makan ayam takde sos cili.

Pada pandangan aku, ayam Al-Baik ni idak le sedap pun.. Sedap lagi KFC @ ayam McD kat Malaysia nun... Katanya KFC kat Arab Saudi ni pun tak sama cam kat Malaysia. Ikut citarasa orang Arab yang tak makan pedas.. 

Anyway, alhamdulillah diberi kesempatan juga la nak merasa ayam goreng ni. Kalau orang tanya at least boleh la jawab dah try dah...hahaha [walhal takde orang tanya pun..hehehe]

Lepas makan cepat2 jalan pi masjid untuk solat Maghrib. Huish.. berkejar2an macam duduk kem bina semangat. Adik2 lelaki aku & Adib sempat la... tapi kami yang perempuan ni memang takdan.. sebab bahagian orang perempuan nun jauh kat belakang... semput lari2.. Tau2 imam dah bagi salam dah.. Ermmmm alamatnya kami solat kat bilik je le.. 

Malam tu pulak lepas dinner ada tazkirah dengan Ustaz Kazim. Ustaz Kazim pun sebenarnya baru sampai. Dia datang lewat dari kami sebab dia masih ada ceramah kat Langkawi sebelum tu. Alhamdulillah dapat juga ilmu sikit2 dari ustaz.



Malam tu mak aku plan nak pergi masuk Raudah lagi dengan kengkawan2 dia. Memula cam aku nak folo tapi mata aku ni mengantuk sangat2. So mak je le pergi. Kami semua dah telentang atas katil.. sakit kaki sebab jalan banyak demi mencari ayam goreng..hahahahaha


Esoknya aktiviti bebas..Apa kami buat ye?? Sambung next enty lor...
Sebelum tu boleh la baca kronologi umrah aku ni kat 👇👇














No comments: