Tapi baru terlaksana bebaru ni
Alhamdulillah semua Allah permudahkan
[walau ada sikit masalah di akhir2 ---> nanti aku cerita]
Ekceli tak rancang pun nak pergi tahun ni
Tapi tah cemana mak aku cakap hujung tahun ni dia nak gi umrah
Dia nak pegi dengan geng2 mengaji dia kat Al-Barakah
Sekali adik bongsu aku cakap nak ikut
pastu aku pun cakap nak ikut juga kalau ada mahram
pastu mak aku ajak adik lelaki aku pergi sekali
Dia pun setuju [so aku pun dah ada mahram kan]
Last2 semua anak2 mak setuju nak ikut
Aku pun siap cakap nak bawa Aleeya & Adib sekali
So on la plan kitaorang nak gi umrah sesama
Tapi last2 minit adik perempuan aku yang 2nd last kata tak dapat join sebab dia pregnant pulak
By the time nak pi menunaikan umrah tu nanti dia dah sarat
So dia tarik diri
So tinggal kami ber-7 sahaja
[Aku, mak, adik lelaki 2 orang, adik perempuan, Aleeya & Adib]
Memandangkan ini umrah kami yang pertama kali
Kena la pi kursus kan... kang apa pun tak reti bila sampai sana
So kursus & taklimat pasal umrah kami diadakan dia Pusat Pengajian Al-Barakah, Manjoi
Ala... sekolah tahfiz milik Ustaz Kazim tu....
So aku ngan anak2 pun balik la Ipoh nak pergi taklimat tu
First time aku masuk Pusat Pendidikan Al-Barakah ni
Selalu ni lalu je kalau nak gi Mydin Manjoi tu
Taklimat dibuat di Dewan ni
Besar rupanya dewan ni
Kat dewan ni juga la yang selalu buat program 30 minit bersama Ustaz Kazim Elias tu..
Posing sat!
Taklimat ni aku pergi dengan mak, adik lelaki aku, Aleeya & Adib je
Amira & Jasmin aku tinggal kat rumah dengan isteri adik aku
Lagipun sepupu diaorang pun ada.. boleh la diaorang main
Antara jemaah yang hadir
Ramai... katanya dalam 250 orang
Ingatkan ada la Ustaz Kazim (DUKE) sekali
Tapi bila start kursus, bayang DUKE pun takde
Adib dah excited nak jumpa DUKE kononnya.. tapi hampa
Antara isi kursus umrah
Belajar la camne nak tawaf, saie & tahalul
nak baca apa, nak buat apa kan...
Lepas bagi kursus umrah
Ada taklimat pulak pasal perjalanan kami nanti
Memasing dapat la tentatif sepanjang kami berada di Madinah & Mekah nanti
Ikut tentatif ni kami akan buat ziarah dulu di Madinah
Kemudian baru ke Mekah untuk menunaikan umrah
Lepas waktu break, masuk balik untuk sambung taklimat
Ha... masa ni la DUKE masuk
Masing2 terus semangat.. nak2 si Adib tu...
Ni ala2 press conference la ni
Siap ada reporter lagi tau
Tak caya dapat tengok live DUKE ni
Dia cakap pun sebijik cam dalam tv tau...
Lepas habis sesi taklimat tu ada la sesi bergambar beramai2
Adib tu aku suruh dia berdiri atas kerusi
Nanti tak nampak pulak muka dia kan...hahahaha
Ada tak kome perasan gambar ni dalam paper??
Alhamdulillah taklimat selesai sebelum Zohor
Ada disediakan makan tengahari sekali
Lepas tu kami ambik beg yang disediakan oleh pihak travel agency
Pastu yang lelaki dapat sepasang kain ihram & yang wanita diaorang kasi telekung
Sebelum balik kita tangkap gambo dulu
Adib tak dapat bergambar dengan DUKE
dapat bergambar dengan bunting gambar DUKE ni pun jadi le
Pastu ada pulak kerusi cam yang DUKE duduk kat pentas tu
Apa lagi kami ambik peluang bergambar la kat kerusi tu
Lawa gak kerusi tu.. rasa nak beli letak kat rumah 😆
Disebabkan kain ihram untuk Adib tu saiz dewasa & terlalu besar [yang travel agency bagi tu]
So kena la pi cari kain ihram yang kecik sikit
Haritu cari kat Batang Kali tapi untuk saiz kanak2 pulak kecik sangat untuk Adib
So plan nak cari kain ihram yang lebih sesuai
Kawan aku cakap cuba cari di Mydin..
Makanya lepas balik tu kena kena singgah Mydin la pulak nak selesaikan misi cari kain ihram si Adib
Ada satu lagi cerita sedih jadi lepas taklimat ni
Sebelum balik rumah, mak aku ajak singgah rumah kawan dia
Kawan dia ada buat kenduri akikah untuk cucunya
Kebetulan rumah kawan mak ni dekat sangat dengan Al-Barakah
Bila dah sampai kat rumah kawan mak tu
aku yang nak keluar dari kereta tak perasan henfon aku atas riba
aku ingatkan dah masuk dalam henbeg
Sekali aku bangun, jatuh la telefon ke jalan tar
Retak la skrin tepon... dah tak boleh tekan
Nak nangis aku...
Petang tu juga bawa kedai konon nak repair
Udah kena tinggal telefon 2-3 hari pulak
Last2 dengan berat hati terpaksa la beli telefon baru
Yang mur2 je la sudah... jadi la asalkan ada tepon...😓
No comments:
Post a Comment