Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 12, 2017

TAMAN TASIK YDP, SLIM RIVER

Masa on the way balik Ipoh haritu
singgah kejap kat Taman Tasik YDP ni
Taman Tasik ni kat Slim River tau
Kalau ikut jalan lama memang akan jumpa la Taman ni
Kalau ikut highway memang tak nampak leeee...


Ha ni main entrance.. Tapi simpang masuk ni kalau tak perasan memang selalu terlepas..

Taman ni besar la jugak
View dia memang cantik la pada aku
Siap ada tasik, padang permainan & kawasan untuk riadah

Aku pulak datang time tengahhari
[Dalam pukul 11.30pg camtu]
Memang tak ramai orang pun
Tapi belah petang tak sure la orang ramai atau tak.

Ni sebahagian dari view 
Anak2 memang aim nak main kat playground tu
Pokok2 pun banyak kat sini, redup je
ada juga family yang piknik bawah pokok tu


Suka sangat la kekanak dapat bermain disini
Lagipun takde orang... diaorang je konker
Tapi tak bagi main lama2 sebab panas

Mengadap tasik tu ada juga tempat duduk2
Best la jugak duduk kat bangku mengadap tasik
Sambil angin sepoi2 menampo2 muka
[teringat zaman dating2 dulu...hahahaha]


Berlatarbelakangkan tasik...




Mama pun nyempit sama...



Budak ni tak berapa sihat
Baru lepas muntah
Tu yang berhenti kat sini suruh dia ambil2 angin segar..



Berhampiran tu ada la kawasan riadah ni
Banyak juga fasiliti untuk bersenam kat sini
Kalau pagi2 mesti syok senam kat sini.



Amira tengah testing skywalker ni
Jangan kata Amira, aku pun try juga
Kot2 la mau terbako lemak2 kat peha tu...hahahaha



Tak lama pun lepak sini.. sebab panas
Ada la dalam sejam kot... kasi anak2 main sikit2 dah le
Kemudian teruskan perjalanan ke Ipoh..





2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Kalau bawa bekal dah boleh piknik juga kat situ ye syani..
Redup jer akak tengok bawah pokok yg rimbun tu..

Seronok tu joging dan riadah kat situ pagi2..
Nyaman je menghirup udara pagi tasik tu..

Amy Hilmirda Daud said...

Cantik pemandangan kat situ :)