Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, October 26, 2017

PANEH PANEH MEMANG SYOK MANDI SUNGEI

Memandangkan first time datang sungai haritu dalam keadaan tak ready
So kali ni memang dah janji dengan anak2 nak bawa diaorang mandi sungai
Haritu kami pergi pagi2
kali ni kami pergi belah petang.. waktu matahari tengah memancor2 atas kepala

Aku ajak si Adib kali ni
Adib kalau bab2 mandi sungai memang la suka sangat
Sanggup tinggal beskal...hahahaha
Si kenit dua orang tu lagilah..... eksaited tak menyabo nak mandi sungai

Haritu dah tengok dah port2 yang ada
So terus tuju je tempat tu
Aku aim satu wakaf ni tapi masa kami sampai wakaf tu ada orang pulak
So biar je barang2 dalam kereta
Lagipun bukannya nak berkelah sangat pun... nak mandi sungai je utamanya
Lagipun tempat aku park kereta dengan sungai tu tak jauh pun..


See tak jauh pun dengan sungai
Kat tempat Jasmin berdiri tu dah sungai dah



Ni lah wakaf yang aku cakap tu
Tak lama lepas kami sampai tu diaorang pun berkemas2 nak balik dah
So wakaf tu dah kosong baru la kami letak barang2 kat situ



Budak ni nak buat peace pastu suruh tangkap gambar dia


Asal sampai kat gigi sungai terus masuk dalam air
Takde jerit2 takut ke apa
Diaorang pi sendiri, buka selipar, terus masuk dalam air
Aku pun tak risau sangat sebab air tak deras & kawasan diaorang mandi tu memang tak banyak batu

Si Adib pulak cari port yang dalam sikit
Senang dia nak terjun tiruk
Alah... bukan dalam mana pun... tapi ok la untuk berendam

Tu dia aksi si Adib....



Sementara aku teman si Jasmin & Amira mandi
Udah nampak si Adib duduk atas batu
Udah kenapa kan???


Rupanya dia sejuk..... nak panaskan badan dulu
Pastu baru dia terjun balik...hahahaha
Itu macam ka????

Kalau nak tahu, dengan aku sekali terjun sungai tu
We really enjoyed ourselves there
Sebab takde orang idak le segan sangat aku nak mandi
Kalau ramai2 malu juga kan

Pasni bebudak ajak datang sini lagi
Insya-Allah kalau ada kesempatan boleh la bawa diaorang mandi lagi.









2 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Acik Yati pun nak terjun tiruk jugak lah Adib..
Teringat zaman2 kecik acik sama baya dgn Adib..
Itu lah aksi kegemaran hahhaha..

Kat mana tempatnya Syani..
Macam best ajer..
Orang tak ramai pun..
Mmg sedap berendam paneh paneh ni :)

hainom OKje said...

Ehhhh dah tukar baju ek.....patutlah mcm kenal tak kenal rupanya org yg sama...
Sungei mana tu Syani? Hakak anak kecik dah tak de malas pulak nak berkelah mandi sungai... Aduhhh basah basah lepas mandi tu yg malas tu. Awak tak mandi ke Syani?