Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 4, 2016

BUNGA UNTUK DIA

Ada satu hari tu Cik Besah terlelap lepas sembahyang Zohor
Pastu dia mimpikan arwah anaknya
Anaknya kejut dia pastu ajak dia pegi beli bunga
"Mak.. bangun la mak.. Jom la pegi beli bunga.. Mak kan suka bunga"
Itu la yang kata2 arwah dalam mimpi tu.

Ekceli mak mertua aku ni banyak kali juga mimpi arwah
[rindu agaknya]
Banyaknya arwah mengajak dia ke rumah dia
"Mak jom la pegi rumah anak"
[anak2 mak mertua aku ni memang bahasakan diri diaorang 'ának']
Agaknya sebab Cik Besah ni memang jarang pergi kubur anaknya kot
Sebabnya Cik Besah ni kan sakit kaki.. susah sikit nak ke sana sini
Pak Mertua aku pulak memang  WAJIB hari2 singgah kubur arwah
Aku & anak2 pun jarang datang.. 

Ok back to cerita mimpi di perenggan pertama
Lepas je tersedar dari tido, cik besah pun cerita la ngan pak mertua aku
Esoknya pak mertua aku pun belikan la pokok bunga
Nak tanam kat kubur arwah katanya

Hari Sabtu hari tu, Cik Besah pun pergi la ke kubur
[naik motor dengan pak mertua aku..hahahaha.. cute je]
Aku pun ajak anak2 pi sekali.. tengok opah tanam bunga kat rumah abah
Plan nak pegi awal pagi, tapi tau je la orang tua.. nak regang lutut la, nak lurus belakang la.. 
Alih2 kul 10 pagi juga jadinya
Pukul 10 pagi pun matahari dah terik.. terbako belakang dibuatnya..

Pokok bunga ni la yang pak mertua aku beli kat pasar
Orang tu kata pokok ni tahan panas
Harap2 subur la pokok ni.... 
Tangan cik Besah ni sejuk.. elok subur je kalau dia tanam
Kalau aku tanam agaknya esok lusa pokok tu dah mampus..huhuhuhu


Lepas tanam pokok, pastu sedekah doa buat arwah
Aku bawa anak2 berteduh kat pondok kat situ
Panas... kesian kat anak2 
Nampak tak belakang tu mertua aku masih duduk di kubur..


Amira ni pantang kalau kaki kotor sikit
Mula la asyik nak buang tanah kat selipar je


Budak ni buat hal dia
Sibuk kuis2 tanah...
Agaknya dia tengok Cik Besah korek tanah tadi.. tu dia nak buat gak..


Assalamualaikum ya ahli kubur....
Kami akan menyusul kalian tak lama lagi...


Alhamdulillah selesai semuanya..
Al-Fatihah untukmu sayang..
-129 days @ 3 Muharam 1438 @ 04 Oktober 2016-


4 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Rindu sungguh cik Besah dengan anak bongsunya tu Syani..
Tu yg termimpi-mimpi..
Bila mimpi tu hilang rasa rindunya kan..

Elok pulak cantik bunga yg dibelikan tu..
Semoga menjadi zikir untuk arwah disana..

Al fatihah..

idzwa kamaruddin said...

rindu sungguh tu ;)

Qhaifa Nur said...

Terubat hati ibu Syani...
Berseri nmpk...moga arwah tenang disana

Ann Ishak said...

Al Fatihah buat arwah