Tuesday, October 11, 2016

CIKTI TUMPAS JUA

Geram betul aku sejak 2-3 minggu lepas
geram dengan ratatouille la a.k.a cik ti[kus]
Tah cemana dia boleh masuk rumah aku

Memula tu tak perasan juga tapi ada 2-3 kali tengah malam masa nak bancuh susu Jasmin
Aku ternampak dia lalu lalang kat dapur
Cissss... mana la ko masuk...
Ada sekali tu aku kejar tikus tu dengan ridsect di tangan
Mencecet lari ke luar tingkap dapur
Rupanya dari situ dia masuk.. boleh masuk ke tingkap sebab ada pokok jiran belakang rumah udah panjang mencecah tingkap dapur aku
[Hujung minggu lepas dah mintak izin nenek tu untuk cantas sikit pokok dia tu]

Ingatkan bila dia keluar dia tak masuk dah
Rupanya dok ada lagi..
Last2 aku ambik sikit racun tikus kat opis
[nasib la opis buat pest control]
Letak kat ceruk2 yang dia selalu lalu
3 hari pertama memang tak membuahkan hasil
Dia lagi terapkan bekas yang aku bubuh racun kat belakang mesin basuh 
Tapi pagi tadi aku bangun tengok2 dia dah terbaring kat depan pintu toilet
Aku buka lampu dia tak lari pun
Dah nak mati le kot sebab aku tengok ekor dia goyang2 lagi

Ekceli aku geli degan tikus ni... walopun kecik
Tapi takkan nak biar kat situ kan
Last2 buat2 berani je le
Aku kuis2 dengan penyodok sampah
letak atas suratkhabar pastu aku bungkus
pastu letak dalam beg plastik & terus humban dalam tong sampah besar kat luar rumah
[hari ni ada lori sampah rasanya]
Huiii..masa bungkus dalam suratkhabar tu pun menguit2 ekornya
EEeEEEE.. serius geli



Harap2 takde la geng dia lagi dalam rumah
Patut la ada benda hilang dalam rumah aku ni
Duit Adib, tutup tupperware, botol stevia aku
Rupanya Cikti yang sorok... [dah jumpa belakang peti ais..]

3 comments:

eima said...

pandai cikti sorok barangkan ... kelakar tp mcm comey je
haiwan perosak comey mcm mana pun kena hapuskan juga kan

lieyalatif said...

same laa ngan lieya ...mesti panggil cik ti...abah lieya tak bagi betul sebut tikus...nanti tikus tak mo dtg mkn racun yg die dah sediakan hahahaaha...

takpe syani..awak supermom....tak semua boleh kuat mcm awak...

Gee Lion said...

HAMSTER! Teringat gelagat anak buah masa kejar cik Ti dlm rumah dulu. Hamster hangguk dialah.. Haha ^_^

Tikus nih eloklah dihapuskan Syani, keberadaan dia dlm rumah merosakkan banyak barang je. Huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...