Tuesday, October 25, 2016

JALAN² TAMAN DR

Balik Ipoh bebaru ni sempat la singgah Taman DR
Asal cadangnya nak pergi petang hari Sabtu tu
Tapi sebab Jasmin & Amira tidur so pospon la ke hari esoknya

Esoknya pagi2 dah bangun
Lepas Subuh memang tak tidur dah
Dalam kul 7 lebih tu terus gi Taman DR
Tak payah mandi pun.. kang peluh2 nak kena mandi jugak kan..
Aku pun pakai track yang pakai tido je... sarung je baju lengan panjang
Nak gi joging kononnya..hahaha
Joging la sangat..

Sampai kat Taman DR tu bagi la bebudak ni main
Amira agak cranky.. maybe sebab dia sakit mulut tu
Asyik nak suruh aku dukung je
Si Jasmin pulak memang suka kalau lepas bebas camtu
Tak hirau orang lain dah..

Memula bagi main buai dulu


Suka sangat si Jasmin naik buai sampai taknak berenti
Pas agak lama kat buaian tu aku ajak masuk Taman Jepun
Taman Jepun tu kat seberang jalan tu je...

Taman Jepun ni tak le luas mana pun
Sekadar kawasan yang ada landskap ala Jepun je
Ada la kolam ikan dalam tu
Ralit le kejap anak2 aku tengok ikan
Pastu Jasmin suka le berlari2 dalam tu
Pagi2 tu orang pun tak ramai... cuaca pun redup je [nak hujan]


Berlatar belakangkan Taman Jepun
bersama budak cranky yang asyik nak berdukung
Ni je gambar elok sikit


Selfie2 dapat gini je la
Takleh nak beri tangkap gambar sebab sebelah tangan lagi dok mendukung Amira
Lenguh dibuatnya.


Kakak Aleeya pun nak selfie juga


Korang je nak selfie?? Adib pun nak juga
Ah sudahhhh merajuk pulak anak teruna aku ni
Ha nah... ambik ko
[Nampak beso dah si Adib ni..huhuhu]



10 comments:

Norhayati Mohd Isa said...

Seronok jejalan atau joging pepagi ni syah...
Budak2 pun seronok bebas berlari..
Kalau sihat tentu Amira pun gembira..

Jannah Najiha said...

Happy tengok Adib ada sekali. Bahagia bila anak-anak ada bersama.

idzwa kamaruddin said...

Alhamdulillah..seronok tgk korg dah boleh senyum ;)

~aSHa~ said...

seronok anak2 pagi2 hidup udara segar....

~aSHa~ said...

eh mcmane buat pic tu leh bergerak ye...ihihihihi byk akk ketinggalan ni

SYANI said...

Ka Norhayati,
Memang best jalan2 di pagi hari.. sejuk & segar.

SYANI said...

Jannah Najiha,
Alhamdulillah bila satu keluarga dapat beriadah bersama.

SYANI said...

Idzwa,
Senyum2 juga.. ada masa sedih juga menjelma...

eima said...

tak mandi pun berseri muka ko syani oi ... keh keh

SYANI said...

Eima...
Thanks to filter kamera henfon Samsung ni...hahahaah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...