Friday, September 30, 2016

GOOD NEWS FOR THE DAY

Salam Jumaat semua...
Harap korang semua sihat2 belaka & dalam rahmat Ilahi 

Balik keje kelmarin, aku tengok ada surat dalam peti surat
Rumah aku ni jarang dapat surat
Selalu yang ada dalam post box tu hanya bil2 je
So aku pun tengok la surat tu
Bila buka.. terus cakap Alhamdulillah!
Settle juga satu perkara

Apa yang settle tu ye?
Ni ha.. claim insuran untuk loan arwah suami aku
[Bukan claim insuran nyawa yang puluh/ratus riban tu tau]
Lega dah le aku sebab dah tak perlu bayar loan arwah suami aku tu
Insurans dah buat full settlement...


Ni aku nak cerita bukan untuk memburukkan suami tau
Tapi sebagai pengajaran untuk korang semua

Sebenarnya arwah suami aku ada ambik loan di luar pengetahuan aku
Diam2 dia pi ambik loan Easy RHB tu
dan loan tu diambil 3 bulan sebelum dia meninggal

Selepas dia meninggal masa aku kemas2 kabinet
Baru aku terjumpa surat pasl loan ni
So aku pun pergi la cawangan Easy RHB yang dia ambil loan tu
Aku bagitau officer tu yang arwah suami aku dah meninggal & aku submit sekali la segala dokumen yang berkenaan.
Officer tu pulak just ambil semua dokumen tu tanpa bagi borang @ acknowledgement yang diaorang dah terima dokumen aku

Dalam masa yang sama  aku asyik terima sms pasal loan amount yang overdue
Stress giler tau
Pastu lak officer RHB pun asyik call je suruh  bayar loan
Pastu aku cakap, aku kan dah inform bank yang suami aku tu dah meninggal

Memang banyak kali la dapat SMS & phone call dari RHB
Sampai la ada satu officer tu call suruh aku confirm dengan pihak insurans
Baru la aku call Tokio Marine tanya itu ini
Baru la diaorang kata ada hantar borang kat alamat rumah & masalahnya aku tak terima apa2 dokumen pun
So diaorang pun send lagi sekali.. baru la aku dapat
Ya-Allah... cerewet gile borangnya tu
Nak laporan dari doktor yang last merawat la, rekod perubatan dari majikan la, report kematian la... pastu dokumen semua nak kena sahkan oleh polis @ officer rhb je.. 
Bayangkan le nak completekan dokumen tu semua, merata2 aku kena pergi
Memang menangis tau dibuatnya... stress ya amat

Nak completekan borang tu pun ambik masa sebulan lebih
Sebab nak tunggu doktor isi borang, nak tunggu majikan compilekan medical & MC arwah untuk tempoh 10 tahun... gile kan????

Bulan2 yang berlalu, sms & call dari RHB tak berhenti lagi
Biasa la mintak payment kan.. so aku pun bayar la tunggakan yang ada
Officer tu cakap selagi tak dapat claim dari insuran, selagi tu la puan kena bayar loan ni
Huhuhuhu... bukan aku punya loan pun aku yang kena bayar
Sapa la yang tak geram.... tapi aku dah tak tahu nak marah kat siapa
Gaji aku sorang pun dah cukup2 makan, tup2 nak kena bayar  personal loan arwah pulak
Hutang kereta dia pun aku juga kena bayar sebab aku yang pakai kereta tu...

Finally selepas almost 4 bulan menanggung hutang loan arwah yang tak semena2 aku yang kena tanggung so semuanya dah settle.. memang tersangat LEGA
dah tak perlu nak pening kepala lagi
La ni cuma nak tunggu urusan dengan Pejabat Pusaka Kecil & takaful sahaja.

So sebagai peringatan korang kalau buat loan, jangan la buat senyap2...bagitau la pasangan. At least apa2 hal, senang. Kalu jadi cam aku ni kan susah??? Mujur la aku ni bekerja, kalau pasangan tu tak bekerja, cemana nak bayar hutang orang yang meninggal tu. Jangan la menyusahkan waris2 yang tinggal ni.. Hati dah le sedih kehilangan orang tersayang, tambah lagi pulak dengan beban hutang yang ditinggalkan.

Aku sampai sekarang aku tak tahu apa motif dia ambik loan tu. Nak kata tak cukup duit, takde pulak belanja yang kena cut.. semua macam biasa je.. Dia pun tak pernah mengadu ada masalah kewangan dengan aku.. Maybe ada la kengkawan dia yang mempengaruhi dia tu.. 

Aku rasa dia tak bagitau aku pasal dia ambik loan tu sebab dia takut aku marah kot.Sebab pada aku, tak perlu pun nak buat apa2 loan buat masa ni.. Ntah le. Untuk keperluan keluarga takde la... tapi kalau untuk memenuhi kehendak @ hobi berbasikal dia tu wallahualam.. Malas aku nak buat andaian.

Itu je la pesanan untuk korang.. Ingat senang ke nak settlekan hal2 berkaitan orang yang meninggal ni? Yang pergi tu dah tentu pergi, yang tinggal ni la terkontang kanting nak uruskan sengsorang.. Sedih habaq hang!





5 comments:

Kakzakie Purvit said...

Macam mana pun syukurlah dah setel
Dah tak memeningkan kepala.

idzwa kamaruddin said...

Alhamdulillah selesai satu perkara.

Kamsiah Yusoff said...

alhamdulillah..settle jugak akhirnya

Norhayati Mohd Isa said...

Alhamdulillah..
Dah tak stress Syani kan..

Akak pun macam tu..
Kalau boleh elakkan lah nak buat loan peribadi tu..
Yg ada ni loan rumah dan kereta ajer..
Akak pun cakap dgn suami akak..
Tolong jgn tambah hutang lagi kalau tak perlu..

Terima kasih syani atas peringatan tu..

Nafira usof said...

huhuhuhu.. kesian sgt. tabah ye Syani.
Alhamdulillah.. semua dah selesai.
saya baru tahu pasal semua ni.
dah lama sgt x berblog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...