Tuesday, October 18, 2016

TUKAR TAYAR

Seminggu ni memang dah terasa bila bawa kereta tu terasa berayun2
Memang dah terdetik dalam hati kot2 tayar dah botak
Beberapa minggu sebelum arwah suami aku meninggal memang tayar dah botak
So arwah tukar tayar2 biji je sebab yang 2 biji lagi tu masih elok

Luckily aku banyak membebel dalam blog kan
So memang aku cari last entry aku pasal tukar tayar kereta
Rupanya last time tukar tayar ialah pada tahun 2013
So memang dah agak la masanya memang dah tiba untuk tukar tayar baru

Walaupun dah rasa tayar tak berapa elok
tapi tetap tawakal nak balik Ipoh hari tu
Memang ada beberapa ketika terasa kereta berayun2
Tapi doa banyak2 la agar selamat sampai

Sampai je rumah mak, kebetulan abah aku pun ada
So aku ajak abah pergi teman untuk tukar tayar
Aku memang tak tahu langsung bab2 tayar ni kan
Kena juga bawa orang yang biasa
Sebelum ke kedai tayar memang cek la tayar belakang tu... memang dah haus
Baik le tukar sebelum apa2 yang buruk berlaku

Malas nak cari kedai jauh2 , cari yang dekat2 rumah mak aku je
So disini la kami tukar tayar
Walaupun terpaksa tuko tayar mahal
[tayar yang murah kat kedai tu takde stok pulak]
Tapi demi keselamatan, ku tukar je la
Well.. duit boleh cari kan... nyawa takleh beli woooo


So pelajaran yang aku dapat hari tu
Sebab tayar belakang yang dah botak [tayar yang tahun 2013 tu]
So tayar belah depan dipindahkan ke belakang
So tayar baru akan diletak di depan
Gitu konsepnya... ahkak baru tau...wakakakaka

Pastu orang kedai tu pesan, lepas 6-8 bulan nanti pergi la buat balancing kat mana2 kedai tayar
Huhuhuhu.... banyaknya mende nak kena fikir
Selama ni reti isi minyak/ bawa kereta... isi angin tayar kereta pun tak reti..

Apapun, alhamdulillah dah settle 
Terima kasih abah sebab teman anakanda.
Pasni baru la konfiden nak bawa kereta kan...





3 comments:

ztie said...

Yeap, yg tu memang betul. kalau tayar baru letak depan. yg lamak letak belakang. balancing sgt bagus dibuat. boleh elak tayar cepat haus awal. at least dia balance. nak bawak kereta pun confident kan. sy pun dulu tau isi minyak bawak kete je. dah lama hidup sorang ni baru reti benda2 gitu haha

Qhaifa Nur said...

Nasib baik abah temankn...
Tayar ni klau pecah dlm perjalanan, nauzubillah

Norhayati Mohd Isa said...

Tu lah kita org perempuan ni kan Sya,
Tahu isi minyak dan bawa kereta ajer..
Lain2 tak tahu..
Sama lah akak ni jugak..
Ada hikmah ju membebel dalm blog..
Boleh cari balik kan mana kedainya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...