Friday, July 15, 2016

HANTAR MAKSU BALIK

Entry basi...
Lama dah ni... masa sebelum puasa lagi.
Hari ni takde modal nak buat entry
tertengok gambar lama belum cerita lagi
So kita buat entry basi je la

Maksu ni adik aku yang bongsu
Masih single & available..cewah! promote gitu
Sejak dia belajar lagi, dia memang rajin datang rumah aku
Sekarang dah kerja pun, rajin juga dia datang time2 hujung minggu

Especially lepas arwah suami aku meninggal
[Kebetulan bulan puasa lak lepas tu kan]
Memang tetiap minggu la dia datang rumah
At least ada la peneman & penghibur anak2 aku kan

Selalunya kalau dia datang, dia akan naik komuter
So senang la sikit kan.. aku just ambik dia kat stesen komuter je
nak balik pun camtu juga.. hanto je dia kat stesen komuter
pepandai la dia balik sendiri..hehehehe

Kalau hujung minggu, anak2 memang nak ngekor je le kalau aku keluar rumah
Nak2 pulak kalau naik kereta.. berderet la nak memfollow
Riuh rendah dalam kereta
Bila dah sampai stesen komuter, memasing eksaited nak tengok keretapi
Tapi ada juga yang penakutnya...

Stesen komuter ni mesin tiketnya rosak
So memang kitaorang yang tak naik keretapi pun
boleh je masuk sampai tempat menunggu tu
Boleh la babai2 maksu dia kan..

Jasmin tu tah apa pesennya
Amira pulak tutup telinga sebab bunyi ETS kuat sangat
Menangis2 takut memula tu



Dari angle yang satu lagi
Tangan tak lepas dari telinga




Tu tengah mencuit kakaknya
Tapi tangan sebelah tu tetap tak renggang dari telinga




Memandangkan hari panas, aku siap pesan bawa bekal air
Kot2 la kena tunggu train lama kan, dahaga pulak nanti
Si Jasmin nak minum, bila Aleeya bukak tutup botol
Boleh pulak dia suruh bubuh air kat penutup botol tu
Pastu minum cam minum dalam cawan pulak..
Lucu pulak tengok gayanya tu


Pas nampak Jasmin minum camtu, Amira pun nak jugak
Kasi can la kan.. masa ni tangan dah tak tutup telinga
Nak minum air punya pasal..wakakaka



Mak Jemah pun nak inteprem sama naaaaaa
Jadi la dapat tangkap gambo sipi2..
Abaikan mata sembab tu ye... 
[Tok laki baru meninggal seminggu masa ni...huhuhuhu]




Lepas hantar adik aku tu, terus singgah kubur arwah suami aku ... Pergi bersama anak2. Adib je tak ikut sebab dia duduk kat rumah Cik Besah je. Tu yang terkeluar status kat IG ni..


#48Days & Counting






1 comment:

Qhaifa Nur said...

Seronok bila mak su dtg jenguk..
Apa2 pun moga dipermudahkn segala2nya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...