Monday, July 25, 2016

DATANG BERAYA

Alhamdulillah... walaupun dok dalam edah
takleh nak gi mana sangat
ada juga kengkawan yang sudi datang menjengok kami anak beranak
Terasa terhibur la sikit kan..

Aku pun kalau beraya pun takat yang dekat2 dengan rumah je
Tak keluar kawasan pun... 
Awal2 hari raya tu ada sorang kawan dari Ipoh datang ke rumah
Dia baru balik dari rumah mertua di Klang
Kebetulan nak balik singgah le Batang Kali

Ni kawan aku since sekolah rendah [darjah 4]
Thanks Ina sebab sudi datang raya ke rumah aku..

Pastu semalam, ramai2 geng sekolah aku datang rumah
Kiranya udah tergathering tak rasmi pulak kat rumah aku
Diaorang siap bawa makanan.. udah jadi cam potluck
Meriah rumah aku semalam..
Kalau tak sebab anak2 aku meragam, mesti lagi happening kan??
Jasmin ngan Amira time2 tu la nak memerap pun
Naik stress gak aku... dah le deme taknak kat orang
Stress pun kontrol je la.... bila lagi nak jumpa kengkawan kan

Ramai2 memeriahkan teratak aku
Thanks korang... sayang korang tau!
Yang dari Melaka/Seremban pun datang juga.. terharu ahkak!

Antara juadah yang ada... Aku takat supply mee goreng, kuih raya & ayor je
Ada Nasi butter, Ayam masak merah, cupcake, mee kari, kek batik, KFC
Memang tak terhabis dimakan.. rezeki hujung minggu

Lama jugak le diaorang lepak rumah aku
Maklum le rumah orang pompuan... laki takde nak jeling2 
Hehehehe... buat le kome macam rumah sendiri

Amira bila kengkawan aku dah nak balik
Baru la boleh tersenyum2.. nak selfie2
Jasmin cam biasa la.. berdempet je kat aku..
Namun mak ko nak kurus idak juga kan... 
Amira bersama makcik2 yang havoc.


Sebelum balik posing satu kali lagi
Kat bawah pokok pelam aku tu..hahaha
Abaikan je la rumput  lalang yang memanjang tu
Takdan nak panggil orang mesin rumput 
Aku ni udah rupe bibik dah aku rasa...


Lepas kengkawan aku balik, datang pulak satu kumpulan adik beradik pak mertua aku
Datang saja la nak menjenguk & beraya
Again.. budak2 buat ragam... takdan nak menyembang kitaorang ni
Nasib la deme semua memahami keadaan aku..hahaha tudung pun udah senget benget ditarik dek Jasmin

Lepas diaorang balik, baru boleh kemas rumah
Kemas & basuh bekas2 yang dah digunakan
Pastu baru lega...
Malam pi open house jiran belakang rumah pulak

Fuh... letih juga beraya ni ye..kah..kah..kah..
Ye la.. dulu ada teman duet kemas rumah, sekarang semua buat sorang2.. PENAT!!!!




3 comments:

Qhaifa Nur said...

Ramai yg dtg tu Syani...
Menunya mcm2 ada, sedappp
Biasalah bdk2 time org ramai mulalah meragam

eima said...

terubat sikit kesunyian bila kawan2 datang beraya kan ...
biasa la budak2 tu mungkin diorg rs unsecure tu sebab tu sebuk meragam nk dok kat mak diorg tu

idzwa kamaruddin said...

Atleast raya bising tak sunyi sgt kan Syanie..okey la tu ;)

ehh jom singgah blog aku. blogslist giler entry baru tak naik! huhuuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...