Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Monday, July 11, 2016

CERITA RAYA 2016

Masing2 dah pulun up cerita raya kat blog masing2 kan
Aku pun taknak ketinggalan la
Peram lama2 nanti dah  takde mood nak cerita pulak

Raya tahun ni, raya dalam kesedihan
Tak macam tahun2 sebelumnya
Yang simple2 sahaja untuk keluarga kecil kami
9 tahun dulu pun raya dalam kesedihan juga selepas kehilangan arwah nenek yang dikasihi
Tapi masa tu tak terasa sangat la.. sebab masih dikelilingi suami, anak & ibu bapa
Tapi kali ni paling terasa sebab yang kehilangan tu seorang yang bergelar suami
Yang kenal kita luar & dalam 
[yang even mak ayah sendiri  pun tak kenal kita macam mana dia kenal kita kan]

Taknak la cerita sedih2 ni 
Tengok je la gambar2 raya kitaorang yang tak seberapa ni
Tahun ni aku tak balik Ipoh pun
Adik bongsu aku pun beraya di rumah aku sebab dia terlepas tiket keretapi
Sian ko... takpe la..merasa la ko tak beraya dengan mak abah di hari pertama kan...

Makanya raya pertama kali cam biasa la dimulakan dengan aktiviti makan
lepas tu salam jemaah...
Pastu ada la tangkap2 gambar
Sayangnya tahun ni tak cukup korum nak bergambar 
sebabnya si Adib ada kat rumah opahnya masa kami bergambar tu
Dia balik rumah takat salin baju raya je pastu pi balik rumah opahnya...

Nak tangkap gambar pun payah dengan budak2 ni
Si Jasmin bukannya nak duduk kat sofa
Dia nak duduk beriba kat aku...
Pastu banyak gambar tak jadi.. salah satunya cam gambar ni
Dan cun2 duduk, mata kami tertengok tv pulak
[dah le citer hantu kat tv masa tu]

Akhirnya, dapat jugak gambar senonoh sikit
Tukang tangkap gambarnya adik aku le...


Pastu salam2 mintak maaf
Plus bagi duit raya la kat budak2...


Jenuh suruh si Mira ni salam
Si Jasmin usah cerita.. tu asyik berkepit kat tepi aku je


Lepas salam2 tu, baru la kami pi rumah Cik Besah
Beraya rumah Opah pulak
Pun suasana kat sana hambar je...
Terutama mak & bapak mertua aku tu... tacing la bila teringat kat arwah
Kebiasaannya dia la yang buat kecoh rumah tu time raya
Suka  beno dia menyakat anak2 sedara dia

Kat rumah Cik Besah baru la dapat tangkap gambar dengan Adib
Sorang ni je la pun anak lelaki harapan...

Lepas makan2 kat sana, diaorang pegi kubur
Aku tak pergi pun pagi tu
Malas nak bersedih2 awal2 pagi tu.. nanti2 la aku pegi
Amira ngan Jasmin pun ikut opahnya ke kubur

Lepas diaorang balik dari kubur, aku ngan anak2 pun balik rumah
Masa tu dah Zohor dah pun
Nak beraya rumah jiran2 lain pun ramai yang balik kampung
So kami pun balik tidur je la...hahahahaha

Si kenit ni, balik rumah terus aku sumbat dalam buai
Upah susu sebotol, pastu terus lelap
Letih beraya ke rumah baru abah ye dik???



Esoknya baru la mak aku datang, adik aku yang kat Klang tu pun datang
Lusanya pulak baru la adik2 aku yang dari Kedah & Johor pun datang
Memang penuh rumah aku tu..dah macam rumah gelandangan
Meriah juga ramai2 tu
TAPI....
Hati aku masih rasa kosong....jauh di sudut hati aku
Makin ramai orang, makin aku teringatkan arwah
Aku rindukan dia...








4 comments:

blasahje said...

semoga tabah selalu... semoga Allah beri kekuatan pada Syani sekeluarga...

idzwa kamaruddin said...

Selamat Hari Raya Syani.

eima said...

selamat hari raya syani....

Norhayati Mohd Isa said...

Kekuatan kita pada anak2 Syani..
Tambah mereka masih kecil..

Adib memang rapat dgn cik besah ye..
Dah ke situ pagi raya..
Semoga syani terus tabah ye..