Monday, June 6, 2016

KEHILANGANMU... SEMINGGU YANG SUKAR

Seminggu ku rancangkan untuk bersama anak2 di Ipoh
Tapi perancangan Allah mengatasai segalanya
Seminggu itu ku lalui dengan sukar sekali

Tatkala mengetahui tentang kepulanganmu ke Rahmatullah
Rasakan bagai mimpi
bagai diri terhempas ke batu
Apalah nasib aku & anak2 nanti
Ya- Allah! Tak sangka sebegini cepat suamiku dijemput pulang.



Buat masa ni aku belum bersedia nak ceritakan segalanya
Tapi aku akan coretkan juga segalanya di sini
Sebagai diari untuk aku & anak2 nanti
[Ini pun masa menaip badan aku menggeletar]

Mungkin ada antara korang yang dah tau
mungkin ada yang baru tahu
Dugaan ini amat berat untuk aku & anak2
Doakan aku kuat ye kengkawan semua..


7 comments:

azie said...

berat mata memandang berat lagi bahu memikul... moga syani terus kuat dan kuat utk meneruskan kehidupan...

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya. Mereka berdoa, Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami dengan beban yang berat sebagaimana orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Qhaifa Nur said...

takziah syani...
kak nur baru tahu...
terkejut..tergamam..
moga diberi kekuatan buatmu syani..

Lynda Che Lah said...

Salam Takziah kak..
Allahu..

Kuat dan tabah kak ye..

ztie said...

Salam takziah. sesungguhnya Allah takkan pernah menguji hambaNya di luar jangkauan kita. Syani kuat. Anak2 pun kuat. InsyaALlah boleh melalui dgn tabah. kuatkan semangat. anak2 sentiasa ada. sungguhpun sy bukan pisah mati dgn suami, perasaan tu sesungguhnya sgt sakit tak ada sapa yg tahu. sekarang ni mmg syani sorang yg rasa. luahkan. jgn simpan kalau terasa sedih. its your right to be. jaga diri jaga anak. semoga Tuhan merahmati kita

Eliss Mie said...

Takziah syani.br tahu dr my hubby. Allah tak duga kecuali hambaNya yang mampu. Semoga arwah ditemptkan dikalangan para solehin.

Gieyana said...

Takziah..sedihnya..br bc n tau..Alfatihah..moga Syani kuat..

PeRdU cINta said...

Yakin...Allah tahu akak mampu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...