Tuesday, June 7, 2016

UJIAN TERHEBAT DALAM HIDUPKU (PART 2)

Waktu tengahari tetiba aku sakit perut
Pi naik tingkat atas untuk buang air, tapi telefon ku tinggal di bawah
Nak dijadikan cerita henfon aku pun buat hal
Kalau ada orang call, bunyinya  pelan je.. tak dengar 
walaupun aku dah set bunyi paling kuat

Lepas ke tandas, dah azan Zohor, so aku terus la solat Zohor
Pas solat sambil nak relax2 sebelum makan lunch
Aku belek la telefon
Tengok ada 3 miss call dari rumah, 1 miss call dari biras aku
Aku fikir mesti hasben aku yang call nak tanya apa2
Yang biras aku pulak, kalau urgent mesti dia call balik kan

Tah kenapa aku rasa tak sedap hati
aku call balik biras aku tapi tak dapat
last2 aku call je rumah aku
dengar suara anak buah hasben aku yang jawab

           Ko tepon maksu ke Heri?
           Haah... ni maksu, Heri nak bagitau, Pakcu dah meninggal
           Pakcu mana?
           Pakcu la... Pakcu kita
           Pakcu Bahar ke???
           [aku bayangkan pak sedara hasben aku tu sebab dia memang ada sakit]

           Bukan..... Pakcu... Suami Maksu
           Maksu mana??? 
           [tak sedar lagi aku la maksu yang dia maksudkan tu]
           Maksu la... Pakcu Zaimi!!!

           Ha... kenapa dengan Pakcu?
           Dah meninggal
           Eh...Ko bior betul Heri!!
           Betul Maksu... baru kejap tadi... ni dah ramai kat rumah maksu


Aku masa ni dah tak keruan
Telefon pun aku tak tahu sama ada masih online atau tak
Langkah aku macam tak jejak tanah... rasa cam mimpi dengar heri cakap tu
Aku terus pegi kat dapur.. mak aku tengah makan
Terus aku pegi meraung kat mak aku
Mak!!!!! Mi dah takde mak!!!
Aku tengok Aleeya & Adib, terus aku cakap "abah dah takde"... sambil aku raung & peluk anak2 aku
Adib & Aleeya dah merah mata menangis
Jasmin tengah tidur, Amira tengah tengok tv
[Ya Allah.... anak2 aku... ]

Terus mak aku tanya siapa bagitahu bagai
aku cerita la apa yang heri cakap
Mak aku pun terus cakap istighfar banyak2... jom kita balik
Aku pun dah tak boleh fikir apa dah
Naik atas dengan semangat yang takde, edngan badan menggeletar, aku kutip je semua baju2 yang ada masuk dalam beg
Barang anak semua aku kemas
Aku salin pakaian  pastu kawan aku merangkap sepupu hasben aku pun call
Dia tanya betul ke apa yang dia dengar
Aku takleh kata apa.. aku nangis je
Dia kata dia tengah otw ke rumah aku

Lepas kemas2 kami bertolak dengan 2 biji kereta
Sebabnya adik aku pun tengah dalam pantang
so semua usung sekali
Aku & anak2 naik dengan mak aku
Adik2 aku naik dengan abah aku
Masa otw memang harap ni semua tipu
tup2 biras aku call tanya pukul berapa aku akan sampai
Masa ni aku dengar dah orang dok baca2 Yasin
Aku istighfar & berperang dengan perasaan aku sendiri

-dalam kereta aku teringat doa ni-


Semakin menghampiri rumah, semakin debar2 hati aku ni
Tak sanggup nak tengok apa yang kat rumah tu
Sampai2 depan rumah, ramai dok memerhati
Macam org bagi laluan pulak untuk masuk.. 
Aku dukung Jasmin & Amira, aku nampak pak mentua aku kat luar
Pelan2 aku pergi kat dia & salam tangannya.. dia tengah sedih smbil kata 
"ABAH PUN TAK TAHU NAK KATA APA"

Amira & Jasmin aku tak tahu aku bagi pada siapa
Cuma aku dengar Jasmin dok menangis2... langkah aku longlai
Bila masuk rumah ramai yang  peluk aku
Aku dah sebak.. dari pintu aku dah nampak jenazah di tengah rumah
Memang susuk tubuh suami aku
Aku tak tahu nak reaksi macammana
Aku salam orang2 dalam tu terus aku pergi dapatkan Cik Besah yang ada kat kepala jenazah
Aku duduk kat tepi Cik Besah & ada orang yang bukakan kain yang menutup muka jenazah
Hati aku menjerit ABANG!!!! tapi bibir aku terkunci
Aku cuba betenang... aku tatap wajah arwah puas2... mukanya macam sedang tidur.. tenang je
Aku pegang bahu & tangannya... dah keras & berat
Aku pegi dekat dia aku raba muka, mata, dahi, mulut, misai, hidung, janggut dia
Aku cium semahu2nya... aku peluk dia... tapi aku tak menangis
Baru nak peluk lama sikit udah ada yang menarik aku....huhuhu... deme risau aku meraung kot

Cik Besah pun bercerita la cemana kejadiannya
Aku takleh hadam satu2 masa tu
Yang aku tahu, arwah mengadap sakaratul maut seorang diri di rumah
Allah... masa tu terkilannya aku... 
Dia sendirian tanpa teman... kalau aku tahu tak mungkin aku balik Ipoh tinggalkan dia seorang di rumah.

Tak lama lepas tu, van jenazah pun datang untuk bawa mayat ke hospital untuk post mortem
Masa tu dah pukul 5 petang
Ada yang tanya aku nak ikut ke idak pergi hospital
Aku bingung.. terdengar Jasmin masih menangis2.. aku tak keruan
Mak aku cakap kamu pergi la.. anak2 tu biar la kat sini
Cik Besah pun pegi jugak.. so aku mintak izin nak solat asar dulu sebelum ke hospital.
Aku naik kereta dengan Cik Besah, masa tu la dia cerita dari awal apa yang jadi...

Tak larat nak tulis... sambung lagi.

9 comments:

Unknown said...

syanie.. takziah dik.. tabahkan hati ya .. demi anak2.. akak baca sambil menangis nie... Allah tahu apa yang terbaik... redhokan pemergian arwah.. doakan semoga segala dosanya diampunkan dan ditempatkan bersama orang yang beriman... aamin...

cik dah faridah said...

syanie... salam takziah
redha n tabah ye demi anak2... sy baca kisah ni turut merasa sedihnyer..mcm mimpi plk
syanie kena kuat demi anak2...

Qhaifa Nur said...

demi ank2 syani...moga diberikan kekuatan menempuh hidup tanpa insan tercinta
al-fatihah buat arwah
moga tenang disana

Aini said...

Ya Allah. Al-Fatihah.
Takziah kak. Semoga diberikan kekuatan.

ztie said...

boleh imagine. terbayang. pegang org tersayang buat kali yg terakhir. sebak nya masa tu. Syani tabahlah. org lain tak dpt nak bagitau apa lagi. Tabah dan sabar. Hanya Syani je paham apa yg syani lalu time ni. Semoga semuanya lancar

idzwa kamaruddin said...

Allah speechless saya !

Yana Halim said...

Allahuakbar...besarnya dugaanmu dik. Semoga diberi ketabahan dan kekuatan menghadapi musibah ini. Salam takziah dr akk dan keluarga.

Nieza Ishak said...

Salam takziah Syani.

Semoga ko tabahhh, kuat semangat & redha.
Besar sungguh dugaanmu ..

Norhayati Mohd Isa said...

Ya Allah ...
Ujian yg hebat buat Syani..
Akak doakan semoga yani terus tabah dgn dugaan..
Kehilangan dlm sekelip mata ini..
Sungguh meninggalkan kesan yang mendalam buat yani..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Engkau berikan lah kekuatan,ketabahan dan redha buat adinda Syani ini..
Semoga Engkau berilah perlindungan yg berterusan buat Syani sekeluarga..

Ya Allah ..
Engkau ampuni suaminya..
Rahmatilah rohnya..
Tempatkan rohnya bersama para syuhadah dan org yg beriman..
Gantikan tempat timggalnya didalam syurga Mu ya Allah..
Aamiin ya rabbalalamin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...