Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 17, 2016

PUSARAMU

Hari arwah dikebumikan memang aku tak pergi pun ke kubur
Lagipun aku takde kekuatan lagi nak pergi lepas tu
Dah hari ke 4 baru aku pergi jenguk pusara arwah
Itupun ditemani mak, Aleeya, Cik Besah, Adib & abang ipar aku

Kali pertama pergi aku tak mampu nak nangis beria
Lagipun  malu kat orang2 yang ada
Cuma air mata mengalir masa abang ipar aku bacakan doa untuk arwah

-Tanah perkuburan baru di kawasan aku-


Kali kedua aku pergi ke kubur arwah pada hari ke 8
Sehari sebelum bulan Ramadhan bermula
Aku bawa Amira & Jasmin  sekali
Aleeya pun folo sekali
Masa ni memang sebak le sebab aku dah membayangkan Ramadhan tanpa arwah
Amira masa ni pun menangis sebab tengok aku menangis
Jasmin macam biasa tak mengerti apa2... dia main2 je tanah kubur tu
Lepas tu aku bagitau Amira, ni rumah abah yang baru
Abah duduk sini & tak boleh balik.. Abah duduk dengan Allah
Amira macam faham je... tah le..
Lepas2 tu kalau tanya abah mana, Amira akan jawab "Abah work dekat Allah"

-kubur arwah dari kejauhan-


Selasa lepas pun kali ke3 aku ziarah kubur arwah
Aku tahu aku dalam iddah & takleh nak kemana2 tanpa tujuan
Tapi aku terlalu rindu pada arwah
So aku pergi je sendirian ke kubur
Dah le takde orang, tapi aku nak pegi juga
Dah le tengah2 hari

Ekceli aku takde plan pun nak pergi kubur tu haritu
Tapi sebab aku pergi isi minyak
pastu kubur tu dekat sangat dah dengan stesen  minyak tu
Tu yang aku singgah tu...
Memang sehelai sepinggang je aku datang.. takde bawa bunga atau air pun untuk siram kubur
Aku bawa diri je....

Hari agak panas tu sampai kering tanah kubur arwah ni


Aku duduk kat situ tak lama pun
Just kirimkan doa & fatihah pada arwah
Of kos bila sengsorang ni aku feeling lebih...
Menangis jugak le.. tapi idak le sampai meratap meraung bagai tu

Pastu aku dok sembang la dengan dia
cerita tentang life aku & anak2 lepas ketiadaan dia
Allah je yang tahu perasaan aku masa tu
Aku tahu aku kena redha & terima kenyataan hidup aku ni
Semoga aku terus tabah demi anak2 aku..

Al-Fatihah




5 comments:

Ann Ishak said...

AlFatihah

Semoga Syani lebih lebih kuat dan sentiasa dilindungi selalu

Aini said...

kak Syani kuat InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan semua urusan kak Syani & anak-anak. Amin.

eima said...

syani semoga ko kuat ... aku pun tak leh baca entry ko sgt skrg ni ,...aku tak mampu ...
sedih sgt ...
aku harap ko kuat demi anak-anak ye ....

Norhayati Mohd Isa said...

Allahuma..
Syani sungguh kuat..
Kalau akak mmg tak mampu..
Baca entri syani pun akak menahan sebak..

Ya Allah ..
Kau berikanlah kekuatan kepadanya..
Tabahkan hatinya..
Lindungi lah dirinya dan keluarganya..

Al fatihah buat arwah..
Ya Allah..
Kau maafkan lah nya..
Cucuri lah rahmat keatas rohnya..
Aamiin.

PeRdU cINta said...

Al Fatihah..terus tabah untuk anak2 dan untuk diri sendiri juga ya kak....Allah sentiasa ada untuk mengadu setiap rasa yang dilalui.