Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 10, 2016

HARI PEMERGIANMU....

29/05/2016... 
Hari terakhir arwah berada di dunia ini
Tak siapa menyangka, tak siap menduga
Semua yang tahu , memang terkejut

Katanya sehari sebelum arwah meninggal, arwah memang excited sangat nak join Jamboree Kayuhan Basikal anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor
Pagi hari kejadian pulak, arwah bangun seperti biasa
Bergerak ke tapak acara bersama abangnya
Bila acara dah bermula, dia antara orang yang akhir sekali bergerak
Kata abang ipar aku, dia siap bawa bekalan kurma lagi
[sebelum2 ni arwah tak pernah bawa apa2 bekal kalau nak berkayuh]
Bila orang lain dah bertolak dia boleh cakap pada beberapa kawan yang lain, makan la kurma dulu
kayuh beria pun bukannya dapat no satu katanya.
Kurma tu lah sedekah dia yang terakhir pada kengkawannya.

Lepas beberapa km berkayuh, dia dah semput
Ada budak yang escort pun tanya dia ok ke tak
Dia dah tak kayuh, duduk & baring siap bukak baju & kasut
Katanya tak larat.. macam semput..tak pernah2 dia jadi camtu katanya
[ni budak escort tu la yang cerita pada aku]
Budak escort tu pun kipas2 la arwah ni masa tu..
Lepas rehat kejap dia cakap, dia taknak teruskan kayuhan
dia nak balik..
lepas tu dia dia call abang dia kata nak keluar kayuhan
Pastu dia bangun & kayuh basikal menuju ke tapak mula acara
Masa tu dalam pukul 10 pagi lebih
Budak escort tu kata dia suruh hasben aku pergi cek kat paramedik yang ada kat situ
tapi dia taknak, dia kata dia nak balik

-gambar dari group whatsapp arwah-


Masa balik, dia lalu rumah Cik Besah dulu [ni cerita dari Cik Besah pulak]
Cik Besah baru balik beli barang dapur, tengah lepak2 kat luar rumah
Dia tegur arwah kata cepatnya balik
Arwah kata tak larat...pastu duduk kejap arwah pun kata nak balik rumah , nak berak
Pastu Cik Besah takde la kata apa2
Masa ni katanya dalam pukul 11 lebih

Dalam pukul 1 tgh hari, abang ipar aku pun balik
Sampai rumah, terus tanya Cik Besah, adik [panggilan untuk arwah] mana?
Cik Besah kata dah balik rumah tadi.. sakit perut katanya
Yang abang ipar aku ni pun terus la tuju rumah aku lepas letak basikal
Tak lama pastu di balik kelam kabut, terus peluk Cik Besah & nangis
Katanya, mak sabar... adik dah takde
Cik Besah pun tanya, adik pegi mana?
Abang ipar jawab Adik dah mati mak...
Terus macam pengsan Cik Besah ni..

Menurut abang ipar aku, bila dia sampai rumah aku
dia panggil arwah
Dia ingat arwah tidur, siap gerak suruh bangun sebab dah masuk waktu Zohor.
Pastu dia terus masuk dalam rumah sebab nampak arwah macam tidur
[kebetulan pintu rumah aku tu tak kunci pun, selak gril je]
Arwah dalam keadaan meniarap kat lantai rumah, berhampiran meja makan dengan hanya bertuala
Dia sentuh adiknya, udah sejuk badannya
Dia tengok perut arwah ni dah takde gelombang
Nampak ada air/lendir yang keluar kat mulut  & hidung arwah
Dia cek nafas, memang dah takde nafas
Tak tahu la pukul berapa yang arwah ni "habis"
Maknanya dari waktu dia balik dalm pukul 11 pg tu ke waktu dia ditemui iaitu pukul 1 tgh hari la dia meninggal
Sedihnya bila takde yang meneman dia, takde yang nak tolong ungkapkan syahadah padanya
Harapnya dia sempat la ingat ALLAH dihujung2 nyawanya

Lepas tu abang ipar aku pun panggil la jiran2 datang tolong
Yang Cik Besah pun dah tak keruan.. siap suruh jiran tu tunggu jenazah kot2 karang dia bangun katanya. 
Yang ayah mertua aku pun terkilan juga sebab tak mengadap arwah sebelum pemergiannya
Cik Besah pun dok membebel kenapa la anak aku??? Kenapa ko tak bagitau ko sakit? ....
Jiran2 datang pun mayat memang dah nak keras, cepat2 diaorang lurut2 sendi arwah supaya senang nak diqiamkan.
Memang sebak kalau dikenang2 saat tu.. aku & anak2 tiada disisinya
Tapi mungkin kalau aku berada waktu tu, mengadap dia dalam keadan tu, mesti impaknya lagi besar pada aku..

Pak mentua aku pun boleh pulak kata "Arwah nak meninggal kat rumah dia juga rupanya.. Rumah yang dia bersusah senang dengan Aisyah" ---> sebak aku tau!

Dan bila diaorang tunjuk kat mana badan arwah masa ditemukan
Aku terpana sebab situlah lokasi tempat tidur aku setiap malam
Allahuakbar!

Ye la kita tahu ajal ni dah ditetapkan Allah
Tak lewat  dan tak cepat walau sesaat pun
Sudah ajal arwah pergi dalam keadaan begitu.. dalam keadaan tidak menyusahkan orang
Allah ambil dia dalam keadaan baik InsyaAllah
Semoga keadaan arwah juga baik2 sahaja di alam barzakh

Apa lagi kata2 yang mampu aku ungkapkan
Aku terima qada & qadar yang telah ditetapkan
Ini ujian untuk kami di dunia ini
Namun begitu, senang nak ungkapkan, tapi sukar untuk laksanakan
Aku cuba tabah demi anak2 aku sedangkan dalam hatiku hanya Allah yang tahu
Terasa dah takde makna hidup aku ni... aku hidup demi anak2 aku je.
Allahuakbar... sesungguhnya berat sungguh ujian yang ko beri ni
Sesungguhnya aku hamba yang lemah dan tak berdaya  tanpa pertolonganMu!

AL-FATIHAH UNTUK SUAMI KESAYANGANKU
AHMAD ZAIMI BIN ZOLKOFLI
1976-2016

SEMOGA KITA BERTEMU DI JANNAH NANTI





#sudah 13 hari arwah kembali ke rahmatullah



10 comments:

Aryan azra said...

Innalillahiwainnailahirojiun... Salam takziah,moga sentiasa tabah dan redho dgn ujian dr Allah ini

Kakzakie Purvit said...

Luruh airmata kakak baca ini dik.
Sungguh besar ujian yg Allah berikan.
Benar Allah sayangkan dia dan kakak doakan semoga ada kekuatan buat Sya dan keluarga. Untuk sebulan ini sah dia tenang teramat tenang di sana.

Khususan ila ruhi Ahmad Zaimi Bin Zolkofli al-fatihah..

eima said...

syani .... sedih sgt bila baca ni syani ... aku harap ko tabah menghadapi segala duagaan mendatang ...

babYpose said...

Ya Allah jarang datang sini hari ni nak ucap salam ramadan mohon kemaafan, ada berita sedih rupanya, innalilla..AL-fatihah dan takziah, moga tabah dan lebih redha.. insyaAllah.

PeRdU cINta said...

Al Fatihah..berkat doa akak...kasih sayang anak anak...moga tenang dia di sana...

Unknown said...

salam kak..ila baru tahu..Ya Allah...semoga akak tabah.. Innanillah..Al-Fatihah

SIQAHIQA said...

Assalamualaikum kak .. Siqah baru singgah sini. Baru tahu juga tentang pemergian suami akak. Moga akak tabah sentiasa menghadapi hidup sekarang tanpa arwah di sisi. Semoga semua dipermudahkan untuk akak sekeluarga. Al Fatihah

Ayu Ayunie said...

Assalam kak.
Ya Allah.. saya lama tak bukak blog dan ke umah kengkawan lain.
saya baru dapat tau kisah akak. takziah akak. moga akak sentiasa kuat dan tabah dan dipermudahkan segala urusan untuk menjaga anak-anak akak yg masih kecil. akak kuat! walaupun kita tak penah bersua muka tp sy slalu mengikuti citer akak. moga arwah bahagia di sana dan ditempatkan bersama orang beriman dan diredhai Allah.

jijasakura said...

salam takziah syani.. blogwalking hari ni.. jumpa balik blog syani..last baca blog syani masa syani pregnant anak yg last.sungguh terkejut bila baca suami syani dah tak de...semoga syani tabah hadapi ujian dariNYa dan Allah permudahkan urusan syani dan anak2.... al fatihah untuk suami syani...

OKje said...

Bila baca ni baru tau kenapa suami Syani meninggal. Terpaksa tabah ye Syani...huhu