Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, May 18, 2016

BILA KITA JAGA DIA, DIA AKAN JAGA KITA

Tak tahu la patut ke tak patut aku tulis ni
sebabnya takut2 orang salah anggap sebagai riak pulak
Harap2 korang yang baca ni idak le melabel aku sebegitu

Aku ni sebarang perubahan2 aku jarang aku bagitau orang
Apa aku nak buat, aku buat dendiam je
So siapa yang biasa nampak aku,boleh perasan aku berubah sikit2
Tapi korang yang tak pernah tengok aku, memang takkan tahu kan..hahaha

Asal bermula sesuatu tu kadang datang dari asbab2 yang dah diakdirkan Allah
aku sendiri pun tak tahu kenapa & mengapa
tetiba je rasa
Dulu  aku tak bersarung kaki [stokin la senang cerita]
Tapi nak dijadikan asbab, aku selalu krem waktu pagi
sampai nak gi keje pun betis keras je.. so aku decide untuk pakai stokin gi keje
[kat opis memang sejuk pun.. aircond kuat]
So bila dah lama2 aku rasa baik aku teruskan je le berstokin tu
Lagipun kita semua dah tahu kaki tu pun aurat kan
Alhamdulillah sampai sekarang aku berstokin
[cuma kat rumah je masih celam celum...]

Dari stokin kaki, terus ke stokin tangan pulak
Ni  kesedaran diri sendiri je... tah cemana aku boleh terbeli stokin tangan
sebab masa tu aku terfikir, semua aku dah tutup cuma aurat tang tangan dok terdedah lagi
Maksudnya 95% aku dah cover tapi 5% still terbuka
so itu still consider tak sempurna tutup aurat lagi la kan..
So slowly aku belajo pakai stongan... 
Aku cuma harap Allah kurniakan istiqomah untuk aku buat semua2 ni.
[tapi masih ada kelalaian  di beberapa bahagian...slowly aku nak betulkan]

-gambo google je-


Balik dari seminar keluarga sunnah hari tu
ada beberapa sunnah nabi aku try amalkan
aku tak drastik nak buat semua @ paksa suami & anak2 buat
Apa2 pun aku mulakan dengan diri aku dulu
Buat yang senang2 & mampu dulu la
Sebab diri sendiri yang nak berubah kan...

Ok main point nak ceritanya ialah kisah pagi tadi
Aku dok kelam kabut nak pegi keje
nak kejut & siapkan anak2 ke rumah pengasuh
nak kejut Adib pegi sekolah lagi...huish... 
Nak2 pulak kalau dah lambat kan.. lari timing bagai.. memang kelam kabut la

Nak dijadikan cerita, stokin kaki dah pakai
Stokin tangan tak sempat sarung masa hantar anak ke rumah pengasuh
[sebab sebelum tu aku basuh berak si Jasmin]
Konon sebelum keluar rumah nak ke opis nanti nak pakai
Memang lalai la... tak teringat langsung... sampai la aku dah dalam perjalanan ke opis
Dah agak jauh dah dari rumah sebenarnya
Baru perasan tak pakai sarung tangan
dalam dilema nak patah balik ke idak... last2 tawakal je la sebab aku pun sebenarnya dah lewat ke tempat kerja..
Lepas tu aku nak ambik telefon dalam beg
gagau punya gagau terasa pulak ada kain lembut2
Tarik keluar rupanya sarung tangan aku dalam beg....
Ingatkan ada sebelah je... gagau lagi ada lagi sebelah
Ya-Allah... syukur sangat & terasa Allah "jaga"aku
Tah cemana sarung tangan tu boleh termasuk dalam beg tu masa aku kelam kabut pagi tu
[Kebetulan aku letak beg tu bawah tempat aku gantung sarung tangan tu]
Dah jumpa sarung tangan terus cepat2 pakai dalam kereta..
Pasni meman aku kena standby satu set sarung tangan & kaki dalam beg la
In case jadi lagi hal2 kelalaian cam ni.

Itu baru satu kes lagi... ada lagi beberapa kisah lagi yang membuatkan kita terasa2 Allah sangat jaga kita bilamana kita sendiri menjaga hak2 Allah.
Aku rasa korang sendiri pun mesti pernah mengalami situasi2 camni kan.













3 comments:

Lynda Che Lah said...

I feel u kak..
Insha Allah mohon istiqomah..
Bila tak buat rasa tak kena..
Macam dah rutin.
Memang spare 1 set dalam kereta..
klu terkelam kabut..
adalah dia dlm kereta..
Allah ada :)

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

Insyaallah.. Moga terus istiqomah. Inspirasi sgt entry sis ni...
Sy pun baru je berjinak jinak pakai stokin kaki.. stokin tangan celam celum lg. Mudah mudahan dpt tutup aurat dgn sempurna.. amin.

Eliss Mie said...

saya pun dah mula jugak sebelum ramadhan tahun lepas. mula2 pakai sarung kaki lepas tu sarung lengan. memang rasa x lengkap tak pakai tu. asalnya asbab seorang ustaz datang tazkirah sebelum ramadhan yang jenis sound direct kat yang tak pakai sarung kaki.awak ni nak masuk neraka dan bawak suami dan ayah awak sekali ke. masa tu ceramah dlm surau, memang terasa kerdil sgt2 diri ini. hahaha. laki dah lama nasihat tak dengar.hahaha.semoga kita istiqomah.terpanjang pulak...