Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 26, 2016

AIR YANG MENGALIR JANGAN DIBAZIRKAN

Entry peram dah lama ni
baru nak publish hari ni ...hahahahaha
Maap la mak2 sibuk jiwa kacau ni
macam2 benda jadi lupa..

Masa pasang penapis air Coway haritu
aku baru perasan dia ada buat saluran air mengalir keluar kat sinki
Budak yang pasang tu kata, air tu takleh minum tapi boleh la guna buat benda lain
cam siram pokok ke, basuh pinggan ke kan
Air tu maybe air yang lepas melalui proses tapisan
Maksudnya air tu maybe dah takde zat untuk di minum kot.
Tapi udah dia buat kat sinki cemana pulak nak tadah air tu
Kalau sikit2 keluar cam air aircond tu boleh la tadah pakai bekas
Ini setiap kali ada air masuk untuk ditapis, banyak jugak air yang keluar.



Memula dulu, aku biar je air tu mengalir
tapi mak aku tegur, dia kata macam membazir pulak air tu
Bayangkan tadah guna bekas aiskrim yang 1 liter  tu pun cepat je penuh
Sehari tah berapa banyak liter la air yang mengalir keluar tu kan



So aku decide cari alternatif nak jimatkan air tu
Finally, ini je cara termudah & terjimat yang aku boleh buat
Tadah kat dalam mesin basuh...
Mesti korang tengah imejin cemana nak tadah kat mesin basuh tu kan...
Aku pun jenuh juga fikir masa nak buat tu dulu

Pastu baru aku teringat masa orng tu install dulu, ada balance getah paip tu
[yang kaler kelabu tu]
Nasib la aku tak buang.. aku simpan je dalam stor
rupanya ada jugak kegunaannya
Aku potong ikut panjang dari mesin basuh ke sinki aku
Pastu aku just sambungkan  dengan paip yang keluar air tu.


Nak menyambungkan tu pun jenuh pikir nak pakai apa
Last2 pakai je straw [kebetulan ada kat rumah]
Nampak tak kat sambungan antara saluran biru & oren tu?

Kiranya lepas ni, air yang keluar tu akan terus menuju ke dalam mesin basuh aku...
Bijak tak acik???

Nampak tak getah yang terjuntai kat mesin basuh tu?
Air tu mengalir kot situ la
Cuma bila buat camni setiap kali nak guna mesin basuh kena cabut la sambungan staw kat sinki tu
pastu keluarkan getah yang kat mesin tu
Sebabnya mesin aku tu kalau pintu mesin tak rapat, dia tak boleh pusing..
Pastu kalau tak cabut sambungan straw tu air sure la melimpah ke lantai pulak..
So sementara tengah guna mesin, tadah je cam biasa kat sinki tu


Air yang tertadah selama sehari setengah.
Banyak juga kan... hampir separuh mesin
Kalau dibuang kan sayang..
So kita guna la buat basuh baju...






20 comments:

Cici said...

betul tu sayang kalau membazir. baik guna utk basuh baju :)

Acik Erna said...

aduhai syani..dah 4 tahun acik pasang coway tak terfikir pun gitu bijak syani..sebab getah buang airnya tu..msa dia orang pasang dulu tu dah siap2 ada getah melekat kat singki....air tu keluar menitik je acik tengok

Qhaifa Nur said...

bole pulak terfikir nak buat cam gitu...
taklah membazir
rumah MIL ada coway...nmpk air mengalir keluar bt tak tahu aja hahaha...patut bil air naik hihihi

cahayahidupku.blogspot.my said...

Manfaat kan air sepenuhnya ye Yani..
Banyak juga separuh mesin basuh tu..

eima said...

dlm musim panas2 yng lepas air ni nikmat sgt bygkan klu air kering lagu mana la kan ... tahniah utk syani ....

seb baik mesin basuh dekat mcm kite mesin basuh kat luar kena cari inisiatif lain le

Eliss said...

banyak jugak air yang boleh tadah tu. rugi kalau tak buat siram tp kita pakai jenis yg letak luar rumah. air yg kotor terus buat siram pokok.

SYANI said...

Mommy Cici,
Itu je alternatif terbaik yang saya ada..

SYANI said...

Acik Erna,
Ni sebut kalau mak saya tak tegur, saya tak terfikir pun nak baut camtu...hahaha

SYANI said...

Kak Nur,
Bil air la ni dah start kena bayar.. so kena la jimat2 air yang ada..

SYANI said...

Kak Yati,
Haah ka.. memula dulu tak sangka juga sebanyak tu rupanya air yang terbazir begitu saja.

SYANI said...

Eima,
Kalau mesin basuh tu jauh, memang kean fikir alternatif lain gak...
Nak siram pokok bunga, rumah sendiri takde pokok bunga..

SYANI said...

Eliss Mie,
Bagus juga tu siram pokok.. dari biar camtu je kan.. elok manfaatkan air tu.

ibuayu said...

Ohh..kreatif gak kan..akak pun guna coway..kena fikirkan lak camna nak buat

ibuayu said...

Ohh..kreatif gak kan..akak pun guna coway..kena fikirkan lak camna nak buat

Unknown said...

Leceh ekkk

Hizir Cuckoo said...

Ya untk teknologi ro.. Kini dah ada nan positif filter (Cuckoo) , teknologi tnpa pembaziran air dan cepat refill sbb tu tngki cuckoo lebih kecil. Sbb xda masalah pmbaziran air dan refill air.

Kijang said...

Saya dulu sambungkan masuk dlm tangki bela ikan

Akma said...

Wah ni yg xjadi nak masuk penapis air ni..serius ada air menitik2 kuar ke kat sinki lpas pasang penapis coway ni??? Saya sh laki bini berkerja 12 jam....membazir je kn....sok bil air pon mesti kena byar lebih dr yg biasa guna....

Unknown said...

Meh le pasang cuckoo dgn sy, takda pemaziran air insyaAllah. Air mineral ..rm69 utk kingtop. Tiberrr buat promosi pulak kt sini..hehe

AtinEry said...

Bijak sungguh hihi.
Sesiape yg tgh mncri pnpis Air atau Udara boleh pm sya ya. produk Coway .Produk yg berkualiti.boleh semak di WQA kualiti air prduk coway.
01133015399 ws sy untuk info tentg produk coway.bnyk promosi2 mnnti anda. Sapa lh tk syg fmly kn.. klau blh tntg kshtn nk smua dlm keadaan baik. ap² pun tu semua kuasa Allah . Niat Sy hny nk mmbntu org.yg brniat nk psg pnpis² ni.