Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 25, 2014

UNPLEASENT TRIP TO CAMERON HIGHLAND - DAY 2 (PT 1)

Hari kedua memang kalau ikutkan hari yang panjang
Dan banyak tempat boleh pegi
[Dan dalam fikiran aku memang nak gi jenjalan sungguh2]

Lepas Subuh, terus mandi & masak breakfast
Kononnya nak keluar awal
Tapi jadinya kul 9++ jugak le baru keluar 
Cuaca memang panas je kat atas
Cumanya angin kuat bertiup... so sejuk la udaranya

View dari bilik aku... Subhanallah...
Cuaca yang baik untuk pegi berjalan2..

Ni view apartment kitaorang dari bawah.
Kitaorang duduk tingkat 5

Plan aku kononnya [plan buat sendiri] nak pegi ke:

  • Lavender Garden
  • Rose Valley
  • Shopping kat Tringkap
  • Kea Farm
  • Opah strawberry farm [teringin/mengidam nak makan skon & eskrem stoberi kat sini]
Ekceli awal2 dah cakap kat hasben nak singgah sangat2 kat Opah Strawberry Farm. Tujuan utama nak gi CH nak singgah sini la kalau ikutkan.. Teringin bebeno orang Perak kata. Tapi tak tahu la hasrat ku akan dipenuhi ke idak oleh encik suami. Sebabnya bila aku cakap dia haa je...


Ok... destinasi pertama kitaorang pegi ialah menuju ke atas
Ke area Kea Farm & sewaktu dengannya la kiranya
Awal2 ni baik naik atas dulu sebab selalunya akan jem
Sementara tak jem tu better la tuju ke situ dulu kan

So disebabkan abg ipar aku lead, so dia tuju ke Bee Farm
Tempat ni dekat dengan Equatorial Hotel tu je
Sini la tempat kitaorang singgah
Aku is tak berapa gemo nak nengok2 lebah ni
Tak menarik minat aku pun.. dari pegi sini baik pegi Butterfly Farm kan

Dalam tu pun banyak jual souvenir je... So cuci2 mata sikit2
Pastu banyaknya duduk je...
Orang lain [yang laki2]  tak tahu la ke mana... gi cari madu gamaknya
Kitaorang banyak lepak dari jalan.... takde mende pun kat sini.. bosan gak la
Amira posing dengan Cik Ana.. babysitter Amira le ni

Cik Besah ngan Cik Zul pun malas nak jalan...
Lepak je kat luar kedai

Sebelum balik posing la sekeping dua dengan family sendiri...

Ingatkan, lepas singgah sini boleh la terus ke Lavender Garden & Rose Valley
Sebabnya dah alang2 jalan yang sama kan... Depan sikit je lagi dari Bee Farm ni
Aku dah cakap kat hasben aku suh cakap pada abang ipar aku nak pegi situ
Ntah dia cakap ke idak
Masa masuk kereta, abang ipar aku pi u turn cam nak turun ke area Kea Farm pulak
Ah sudah.... laki aku tak cakap le tu [takpun abg ipar aku yang takmo pegi]
Dah memang frust dah aku sebab  nampaknya cam takde harapan nak pegi tengok ladang lavender...
[nangis dalam hati]

Sampai kat area Kea Farm, singgah nak beli sayur pulak
Itupun takat gerai2 bawah tu je...
Tak jalan pun sampai gerai2 yang kat atas tu
Padahal souvenir banyak jual murah2 kat atas tu kan??
Ntah apa diborong dek biras aku dengan cik besah
Sampai 2 bakul sayur diangkutnya...
Aku is takde mood dah masa tu.. so memang takde hati nak shopping apa2
Cuma nampak fridge magnet je ada kat situ, beli jugak le ... buat syarat je la

Gambo sefamily @ Kea Farm...
[buat syarat je]

Masa nak turun dari Kea Farm tu, jalan yang menghala naik memang jem gila la
Memang dah takde harapan la nak ke Lavender Garden tu
Takkan deme nak redah jem tu pulak kan...
Kalau la tadi terus pegi sure dah sampai kan
Makanya teruskan perjalanan turun semula ka arah Brinchang...

Sebelum tu deme singgah satu tempat lagi
Kedai CACTUS POINT  yang kat atas bukit tu...
Everytime pegi CH mesti deme suka singgah sini...
Tak tahu kenapa.. bukan nak beli pokok bunga pun
Aku kalau pegi tempat sama dah jadi fed up la pulak
[ditambah pulak mood aku dah kelaut kan]
Dalam hati aku dah merungut2 dah... apa jadah la singgah sini???

Uish..letih aku menaip... nanti sambung ye..
Sabo ye kome menanti rempanan aku....




2 comments:

Unknown said...

eh.. kita pon gi CH gak weken haitu.. pergi hari sabtu.. isnin balik. sempat lah pergi lavender farm tuh.. hehehe

Ann Ishak said...

lama dah saya tak ke CH :)