Wednesday, March 26, 2014

AKTIVITI MALAM DI CAMERON HIGHLAND

Malam pertama sampai di CH, kami takat pi pasar malam je
Itupun takde la apa yang best sangat..

Malam kedua kalau ikutkan pun tak tahu nak buat apa
Nak pi makan luar pun, laki aku tah merayap ke mana dengan abang dia
Amira pulak crancky sepanjang malam balik dari Tanah Rata tu
Maybe sebab tak selesa @ maybe sebab sejuk
[Dah kasi dia mandi air suam pastu bagi dia pakai baju tebal2]

Dari bilik aku boleh nampak Cameron Highland Resort tau
Bila waktu malam, memang cantik bila dipasang lampu
Bercahaya2... 
Dah macam pokok krismas pun ada
Ada sekali tu Aleeya nak ambik gambar hotel tu
Tapi sebab jauh, tak nampak jelas la 
So malam kedua di CH aku janji la dengan Aleeya nak pegi hotel tu untuk tangkap gambar

Lepas mandi & sembahyang aku ajak Aleeya pegi hotel tu
Ajak juga Adib & anak2 babysitter
Bila hasben aku balik, dia pun nak folo juga
Si Aleeya pulak pi ajak biras aku sekali
Amira lak aku tinggalkan dengan babysitter [babysitter tak nak ikut]
Malas nak bawak dia malam2 takut ada benda ngikut pulak kan...

Hotel tu dengan apartment kitaorang tak jauh pun
So kitaorang jalan kaki je..
Sambil2 ambik angin malam

Layan je la gambo2 kami kat hotel tu
[Aku takde kamera canggih.. so maap la kalo gambo tak cantik]

Ni gambo2 dari henfon Sony Ericsson aku..



Bercahaya2 hotel ni waktu malam.. Cantik sangat


Ni pulak dari Note 3 hasben aku

Henfon mahal harus la kualiti gambo pun cun juga.. ye dak???


Dan ini pulak dari Tab Asus aku..
[ni pun guna Night Mode]
gambo ni malap je tapi aku edit kasi terang guna photoscape...hehehehe
  




Ha... ini je la yang kami buat malam tu
Lepak2 kat sini bawah lampu dengan cuaca sejuk2
Fuh... kalau dating berdua best ni
Sejuk2.. peluk2... gelap2... romantik noks!
Muahahahahah...
Kalau pi hanimun best la... ni sebab ada org lain kena kaver la sikit..



3 comments:

Nafira usof said...

memang sejuk suhu kat CH malam2 kan!
tapi syok abes lah~ x puas nak merasai suhu sejuk kat sana..:)

Lynn Hamzah said...

best nyer lepak CH...bila la dapat pergi lagi...sejuk kan kat sana...

Kesuma Angsana said...

CH mmg bestlah walau x sesejuk dulu2 !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...