Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, March 25, 2014

UNPLEASENT TRIP TO CAMERON HIGHLAND - DAY 1

Last Friday kan aku buat entry nak pegi happy2 bawak Amira jenjalan kan
Ha.. nak mengkabo la yang kitaorang pi Cameron Highland
Ekceli takde bajet pun tapi sebab dah Cik Besah ajak
Kami ikut je la...
Sebab belum gaji time, aku pun idak le berniat nak shopping sangat kat atas tu
Cuma nak pi berehat2 & menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan
[disamping nak makan makanan tanah tinggi je...]

Sebab anak2 aku ada ujian kat sekolah agama [pagi]
so kami bertolak tengahari la.. lepas budak2 balik sekolah
Sekolah kebangsaan memang kena ponteng la kan....
Sebelum bertolak aku dah tanya hasben aku nak lalu ikut mana?
Tapah @ Simpang Pulai.. dia kata tak sure... ikut abang dia la
Aku bukannya apa... kalau ikut Tapah tu jalannya yang bengkang bengkok tu meningkatkan potensi aku & anak2 untuk muntah dalam kereta
Kalau ikut Simpang Pulai tu tahan le sikit kan...

Sampai Tg Malim, masuk highway...
Aku ingatkan jadi la ikut Simpang Pulai
Sekali exit pulak kat Tapah
Aku dah cuak le... sebab aku tak menahan nak muntah2 tu nanti
Sebelum naik tu, berenti kejap tepi jalan 
Masa ni Amira pulak naik kereta dengan babysitter
[babysitter kitaorang pun join sekali trip kali ni]
So sepanjang perjalanan, Amira tido dalam kereta babysitter
So aku ni dapat la berehat & menyandar...
[Aku kalau jalan bengkang bengkok memamg kena dok relax baru la idak rasa nak muntah tu]
Alhamdulillah Adib & Aleeya pun takde muntah2 masa nak naik tu
Siap dah bekalkan plastik sorang satu...

Pemandangan semasa naik 

Melalui Lata Iskandar...
Orang tak ramai sangat masa ni..

Sampai di Ringlet, berenti isi minyak kejap
Aku rasa cam nak kencing tapi tahan jugak le sebab perjalanan nak sampai tak jauh je lagi
Kami stay kat Villa Dahlia
Between area Tanah Rata & Brinchang
Betul2 depan padang golf

Bila dah nampak ladang teh ni, baru la terasa dah semakin dekat 
Last2 abg ipar aku berenti kat Bharat Tea House tepi jalan tu
Nak mengeteh kekdahnya...
Aku tak tahan nak kencing je... terus pi cari toilet dulu..hahahah
Pastu baru boleh isi perut balik

Ini budak suka la pi tempat sejuk2 ni...

Amira posing jap dengan mama & atok
Ini first time Amira gi Cameron Highland

Adib & Aleeya pulak gi turun celah2 pokok teh tu dengan anak2 babysitter
Aku malas la nak jenjalan.. pinggang aku sakit
Dan takleh nak diri lama2... rasa cam nak pitam..huhu..
Aku tengok je la diaorang dari atas..

Lepas mengeteh, terus tuju Tanah Rata
Cik Besah nak beli barang sikit untuk masak2 dinner
Aku tak join la deme sebab malas.. Lagipun kitaorang dah beli siap2 makanan sebelum bertolak
Lepas tu terus la gi check in apartment.

Rupa apartment kitaorang lupa aku nak tangkap gambo
Tapi kami dok apartment 2 bilik je
Family aku share dengan family babysitter
Bilik aku ok sebab memang mengadap padang golf
Bilik cik Besah & family abang ipar aku selang 3-4 bilik dari bilik kitaorang
Tapi sayang deme dapat bilik view tang hutan...nasib la kan....

Pas dinner, malam tu kitaorang gi Pasar Malam Brinchang
Time ni ok lagi sebab orang masih tak ramai
Jangan pegi malam minggu sure pack gile dengan orang
Kat pasar malam pun tak shopping apa sangat
Aleeya je beli keychain untuk kengkawan dia
Aku malas nak beli kat pasar malam tu sebab agak mahal 
Cadangnya nak beli kat area Kea Farm @ Tringkap je esoknya.. lagi berbaloi2...

Tak lama pun kami kat pasar malam tu
Sebabnya FIL aku pun dah sakit kaki berjalan lama2
Tak habis round pun pasar malam tu
Dalam sejam je kat situ, terus balik apartment
Well, end of day 1.


Unpleasant part :- 
  • Banyak sangat berenti bersembang which is sangat membuang masa...
  • Naik ikut Tapah yang bengkang bengkok tu
  • Suppose perjalanan boleh jadi 3 jam je kot.. dah jadi 5 jam [12.30 bertolak, check in kul 5.30ptg.. ]



3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

lama dah tak jejak sana..

Unknown said...

Salam,
baru perasan, nama anak kita sama... AMIRA... princess gitu~ :)

Unknown said...

saya tak berapa suka nak jalan dengan family sangat..biasa la kita ni adik.. perangai pulak lain2.. nanti ada yg tak berkenan di mata pasangan kita menahan telinga.. kalau terbalik pun.. pasangan kena tadah telinga.. so kalau jenjalan.. kami lagi suka sama2 kami atau dengan kawan rapat..tapi dalam setahun sekali dua kena gak pergi dengan family besar kan.. sabo je la kalau jadi kes begini..

biasanya sebelum start trip lagi saya dah pesan kat diri sendiri.. jgn harap yg best2 sangat..hehee