Tuesday, February 11, 2014

KENDURI AKIKAH AMIRA

Alhamdulillah hari Sabtu lepas dah selamat buat kenduri akikah untuk Amira
Kali ni lambat pulak buat kendurinya
Aleeya & Adib dulu umur 3-4 bulan dah buat dah...
Amira ni dah dekat setahun baru dapat buat
[apa nak buat... mak abah ko jenuh kumpul duit]

Kali ni tak buat grand pun
Takde marhaban, naik buai, cukur kepala dsb
Memang sempoi habis..hehehehe
Jemputan pun tak ramai.. dalam 100-150 orang je
Ajak jiran2 tetangga & kawan2 terdekat je

First time organize kenduri memang kalut sikit la..
Nasib la ada jiran2 dan keluarga yang membantu
So malas nak citer benda2 yang tak best
[Siap ada adegan masam2 muka...ahhhh malas la nak ingat]
Yang penting majlis dah berjalan dengan elok

Khemah asalnya nak pasang kat compound rumah aku je
Tapi disebabkan ada awning & pokok2 kat sekeliling rumah aku tu
So jadi tak muat, so akhirnya pasang je kat atas jalan tu

Kenduri ni tak banyak gambar la sebab mak sebok noks..
Sebok la sangat kan..... layan tetamu bagai ewah...
Nasib la jiran2 aku tak datang segerombolan beramai2 sekaligus
Deme datang sikit2 so senang la nak entertain..
Dah le masa2 tu jugak la mabuk aku datang... sabo je la..

Lauk pauk aku hari tu tak banyak pun
Kari kambing [FIL aku yang masak]

Yang lain aku oder dengan babysitter Amira...
Menu yang aku oder :
  • Ayam goreng berempah
  • Masak lemak pucuk paku
  • Sambal kentang + ikan bilis
  • Ulam2 & sambal belacan
  • Ikan masin
  • Bubur jagung
  • Kuih muih (5 jenis)


Selain tu mak aku ada supply apam beras & apam gula hangus
Bekas pengasuh Adib dulu pun hantar setapawe kuih talam keladi
Biras aku pun supply puding
Alhamdulillah... rezeki

Aleeya ni malas nak makan kat khemah
So buh nasi dalam pinggan dia makan dalam rumah
Nak makan sambil tengok tv katanya
Mak Su dia la yang melayan anak dara sorang ni..

Ha... ini budak punya kenduri lor...
Membuas usah cerita...
Sebab dah beso tu yang tak buat naik buai tu
Kang kerjanya asyik nak terjun buai je...tak ke naya

Pasni kumpul duit untuk akikah seterusnya pulak...

5 comments:

Nafira usof said...

Saya pon x pernah buat kenduri besar2 kat rumah. ade jugak pasang hajat nak buat kenduri.. huhuhu.. risau takut kelam kabut jer nanti~

Kesuma Angsana said...

yg penting niat kita dah terlaksana kan, besar kecil tu x penting kan !

Queen said...

yang dituntut done.. selesai..lan2 tu bonus je..

kenduri umar nikbuat minum petang je.. hoho.. simple je kekdahnya

Daddy Ziyyad said...

okeh la tuuu..
yg penting, tuntutan akikah dah terlaksana...
sedap2 makanannya..:)

munna said...

Alhamdulillah.... Selesai sudah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...