Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, February 20, 2014

INSTANT HIV TEST

Biasa la setiap kali pregnant, kita kena ambik darah
sebab nak cek jenis darah, cek STD [penyakit kelamin] & cek HIV
Sebelum2 ni kalau gi ambik darah, result akan dapat seminggu kemudian
[sebabnya klinik akan hantar darah kat makmal kat hospital kot]
Tapi kat KK Ulu Yam ni semua result boleh dapat cepat
Sebabnya lab memang dah ada kat situ

Pregnant kali ni kan aku memang decide nak buat kat KK Ulu Yam
Sebabnya nak elakkan crowd yang ramai kat KD Batang Kali
Masa bukak buku hari tu, nurse KD Genting Malek suh aku gi KK Ulu Yam untuk ambik darah & jumpa doktor
[ye la kan.. kelengkapan KD (Klinik Desa) kan terhad]
So memula sebelum jumpa doktor kena la buat ujian rutin
Timbang berat & tekanan darah
Pastu kena gi ambik darah pulak
[Banyak lak tu..]
Lepas ambik darah, nurse buat HIV test pulak
on the spot weh.... ni fes time buat
Memula aku ingatkan dia nak cek aku pregnant ke idak
sebab test kit tu memang sebijik sejibon dengan upt kit
Apa punya jakun la aku kan...

Kalau upt guna air kencing, HIV kit ni kena titikkan darah

Pastu nurse akan titiskan satu solution atas darah tu
Pastu tunggu je la result

Kalau pregnant kita dok harap la sangat kuar double line kan
Tapi kalau HIV test ni dok berdoa je la bior single line je.
Kalau single line maksudnya negatif HIV atau takde la HIV tu...
Aku punya tadi Alhamdulillah la negatif
Risau jugak le kan... kadang2 benda ni boleh dapat dari sumber yang kita tak jangka kan even kita amalkan gaya hidup sihat.. cewah!
Hish... nauzubillah!

Pas buat HIV test, hantar blood sample terus ke lab
Budak lab tu suh aku gi kencing sbb nak test 
Tak sampai 10 minit result dah kuar
Segala info pasal darah aku ada dah kat siti
[HB aku pun ada peningkatan dah.... jenuh aku menelan vitamin tambah darah bagai]

Pas siap segala urusan kat lab, baru la gi jumpa doktor
Cam biasa la kena scan lagi sebab aku kan tak sure bila aku pregnant
Ok la base on scan, konfem la due date aku sama cam kat buku pink tu
Ada lat sehari je... tapi maksudnya memang selari la dengan rekod last period aku tu
So kalau ikut perkiraan doktor, aku dah 17 minggu weih....

** Next week kena buat MGTT lak... Hello air gula!!! Harap2 dapat perisa sedap..



3 comments:

Kesuma Angsana said...

mudah & cepat kan keputusannya !

Nafira usof said...

waahhhh.. cepat betol dpt result.. teknologi makin canggih skrg nih kan~

moga mama dan bb sentiasa sihat~

Innocent Saqib said...

Excellent and very exciting site. Love to watch. Keep Rocking. instant hiv test