Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, February 28, 2014

HAKIKAT GAJI

Salam Jumaat korang
Dah masuk hari terakhir bulan Februari kan
Dan yang paling penting hari ni adalah HARI GAJI!!!!


Betul tak camni?????
Pada aku.... MEMANG BETUL PUN!!!
Sebabnya orang lain asyik nampak $$$ yang kita dapat je
Diaorang tak akan nampak apa benda yang kita kena bayar dengan gaji yang kita dapat tu..

Thursday, February 27, 2014

KISAH PUASA DAN MGTT

Minggu ni genap dah 18 minggu pregnant
So aku dah dijadualkan buat MGTT hari ni
Awal pulak... pregnancy sebelum ni aku kena buat masa kandungan masuk minggu ke 28
Dah doktor cakap gitu, aku folo je la

MGTT @ minum air gula wajib tau untuk semua ibu mengandung
So sebelum buat MGTT, kita kena pose la dari pukul 10 malam sebelumnya
Aku ni dah le pesen lapo kalau terbangun tengah malam
Tapi kalau dahaga boleh je minum air masak tapi sikit je
Makan memang takleh le selama tempoh puasa tu

So sebelum pukul 10 malam tu, kita "sahur" berat2 dulu
Malam tadi aku makan mee sup
Ni pun terpengaruh dengan babysitter Amira
Nampak dia makan macam sedap beno...
So aku oder la semangkuk.. share dengan Adib.

Lagi 10 minit sebelum kul 10 malam, aku pi bancuh susu + ESP
Harap2 ada tenaga nak bertahan sampai esok pagi..

Kul 8 pagi aku dah terpacak kat depan Klinik Ulu Yam
Tunggu nama panggil untuk minum air gula
Sebelum minum tu cam biasa kena la ambik darah dulu
Pastu baru nurse bagi minum air gula
Nasib la kali ni dapat perasa oren
Sedap je aku minum, macam aku minum Peel Fresh...hahahah
Pas minum nurse suruh datang balik 2 jam kemudian untuk ambik darah lagi
So aku pi balik rumah dulu la... boleh gak tido kejap kan..
Tangan yang kena cucuk..

Kul 10.15 aku pegi balik ke klinik
Sempat la tido sejam kat rumah..hahahaha
Sampai2 klinik, nurse takde lak kat tempat ambik darah tu
So kena la tunggu dekat 10 minit, pastu baru la nama aku dipanggil

Lepas ambik darah kali ni, baru la boleh makan
Tapi apa nak makan aku pun tak tau
Hidung dah le tersumbat... napsu makan pun terbantut
Last2 aku start kereta terus gi opis...
Dah sampai area opis, aku decide singgah Subway je la
Senang citer..pastu leh kenyang sampai petang

Ini la menu "buka puasa" aku
Beli sub of the day je --> Smoked Chicken
Alhamdulillah.... kenyang mama & baby..heheheh

Pasni kena gi buat monthly check up kat Klinik Genting Malek je
Next appointment 19/3/2014 nanti...

Wednesday, February 26, 2014

4 MONTHS

Kali ni cepat beso lak perut aku...
Baju kurung pun banyak tak muat dah
Nak kena punggah balik baju mengandung...

Tuesday, February 25, 2014

HARI INI SAYA MC

Gara2 batuk, selsema, sore throat
Maka terpaksa mengalah dengan badan sendiri
Dah tak tahan especially tang batuk sampai takleh nak tido. Hidung tersumbat pun satu hal juga.
Mengandung ni mana leh makan ubat sebarangan kan
Even kat rumah ada stok ubat batuk tapi takut x sesuai pulak
Haritu pi klinik dapat ubat batuk tapi cam tak lut je
So hari ni pi klinik lain lak..
Punya la banyak ubat... Siap bagi mc lagi
Lepas makan ubat mengantuk pulak
Bantai tido la sampai petang..hehehehe
Harap2 esok dah ok
Boleh la gi keje.. Bosan dok rumah ni sebenonya..

Monday, February 24, 2014

RENGSERNYA

Time ni la semua pun nak datang
Batuk, selsema, demam
Lemah sungguh sistem imun aku...

Air hidung aku lari lagi laju dari running man...

** Plus hari ni sakit tekak & suara dah tak berapa nak keluar...

PENGKHIANAT JIWA


S.A.K.I.T  H.A.T.I

Friday, February 21, 2014

DILWALE DULHANIA LE JAYENGE

Malam tadi ada citer ni kan???
Aku takde Astro so tak dapat le melayan
Tau pun sebab ramai update status fb tengah tengok citer ni malam tadi

Ekceli aku ngantuk giler ni..
Layan dulu lagu Tujhe Dekha ni..

Thursday, February 20, 2014

INSTANT HIV TEST

Biasa la setiap kali pregnant, kita kena ambik darah
sebab nak cek jenis darah, cek STD [penyakit kelamin] & cek HIV
Sebelum2 ni kalau gi ambik darah, result akan dapat seminggu kemudian
[sebabnya klinik akan hantar darah kat makmal kat hospital kot]
Tapi kat KK Ulu Yam ni semua result boleh dapat cepat
Sebabnya lab memang dah ada kat situ

Pregnant kali ni kan aku memang decide nak buat kat KK Ulu Yam
Sebabnya nak elakkan crowd yang ramai kat KD Batang Kali
Masa bukak buku hari tu, nurse KD Genting Malek suh aku gi KK Ulu Yam untuk ambik darah & jumpa doktor
[ye la kan.. kelengkapan KD (Klinik Desa) kan terhad]
So memula sebelum jumpa doktor kena la buat ujian rutin
Timbang berat & tekanan darah
Pastu kena gi ambik darah pulak
[Banyak lak tu..]
Lepas ambik darah, nurse buat HIV test pulak
on the spot weh.... ni fes time buat
Memula aku ingatkan dia nak cek aku pregnant ke idak
sebab test kit tu memang sebijik sejibon dengan upt kit
Apa punya jakun la aku kan...

Kalau upt guna air kencing, HIV kit ni kena titikkan darah

Pastu nurse akan titiskan satu solution atas darah tu
Pastu tunggu je la result

Kalau pregnant kita dok harap la sangat kuar double line kan
Tapi kalau HIV test ni dok berdoa je la bior single line je.
Kalau single line maksudnya negatif HIV atau takde la HIV tu...
Aku punya tadi Alhamdulillah la negatif
Risau jugak le kan... kadang2 benda ni boleh dapat dari sumber yang kita tak jangka kan even kita amalkan gaya hidup sihat.. cewah!
Hish... nauzubillah!

Pas buat HIV test, hantar blood sample terus ke lab
Budak lab tu suh aku gi kencing sbb nak test 
Tak sampai 10 minit result dah kuar
Segala info pasal darah aku ada dah kat siti
[HB aku pun ada peningkatan dah.... jenuh aku menelan vitamin tambah darah bagai]

Pas siap segala urusan kat lab, baru la gi jumpa doktor
Cam biasa la kena scan lagi sebab aku kan tak sure bila aku pregnant
Ok la base on scan, konfem la due date aku sama cam kat buku pink tu
Ada lat sehari je... tapi maksudnya memang selari la dengan rekod last period aku tu
So kalau ikut perkiraan doktor, aku dah 17 minggu weih....

** Next week kena buat MGTT lak... Hello air gula!!! Harap2 dapat perisa sedap..



KENYANG SAMPAI PETANG DENGAN SUBWAY

Aku baru balik dari cek up kat Klinik Ulu Yam Bharu pagi tadi
Selalunya aku sebelum cek up memang tak makan benda berat2
Minum air kosong je & makan sekadar alas perut

Ramai pulak orang kat klinik tadi so lambat la sikit bergerak ke opis
Sampai kat area Sri Damansara pun dah pukul 10
so aku menyinggah la ke Subway yang baru bukak kat Activo Plaza tu
Nak cari heavy breakfast la kononnya
Lagipun aku dah lama juga tak makan Subway ni

Pepagi ni orang pun tak ramai lagi so cepat la proses pembelian
Aku beli Sub of the day je.. Murah sikit...
[Nasib baik hari ni punya sedap..]
Dalam dok menda lain naik harga
Harga sub of the day still maintain dari dulu..
bagus..bagus..

Masa nak bayo tu tertengok la cookies  pulak
Tetiba terliur terus cakap nak 2
Budak tu kata baik akak beli 3 dapat murah sikit
So aku pun ok je la...
Aku beli yang chocolate chip tu je. Ada satu lagi yang dark chocolate aku tak beli sebab takut pahit
[ekceli ni first time beli cookie kat Subway ni]

Ni la rupe cookie tu
[gambo ambik dari google je..]

Beso tau cookie ni...
Beso tapak tangan...memang puas makan
Yang penting sedap & not so sweet...
Lain kali boleh beli lagi...


**Kenyangnya makan Subway ni... Penuh sendat perut aku rasanya..
So kita skip lunch ye... makan dinner je petang karang kalau lapar..

Wednesday, February 19, 2014

PINKY PULAK LEPAS KAK JI

Hari tu BFF sangat dengan Kak Ji
Tapi sebab Kak Ji dah ditinggalkan kat rumah ibu Ana (babysitter)
Bila balik rumah Pinky la pulak yang jadi BFF

Di sayang,  digomolnya si Pinky
Gambo atas tu ekceli bukannya dia cium Pinky tu
Tapi sebenonya dia tengah gigit hidung si Pinky..

SAAAAAAAYANG PINKY!!!


BERDIRI ATAS KAKI SENDIRI

Tajuk takleh blah langsung...
Memang la berdiri atas kaki sendiri kan
Takkan nak berdiri atas kaki orang pulak
Harus dapat penampo la kalau gitu...

Kak Cik a.k.a Cik Gebu dah nak start berjalan
Sekarang dah berani berdiri sendiri
tak payah nak pegang2 orang
Jalan pun dah dapat 4-5 tapak dah
Seminggu dua lagi laju le dia berjalan
Jenuh la aku nak kejor...

Nyerongin je bila mama tangkap gambo
Tapi gegar lak gambo ni sebab Amira takmo duduk diam

Gambar yang lebih steady
Berlatih lagi ye sayang...

Tuesday, February 18, 2014

PEACEFUL SLEEP

Tangan siap naik atas tu
Maksudnya lena bebeno la cik gebu tidor
Goyang buai pun dia tak menguit...
Baru la mama boleh rehat dengan tenteram...

CADANGNYA NAK TEBANG JE

Pokok pelam kat dalam kawasan rumah aku ni dah lama dah ditanam
Sejak kitaorang beli rumah ni [tahun 2006]
FIL aku dah tanamkan pokok ni

Tapi pokok ni tak sesubur pokok pelam yang luar kawasan pagar rumah aku
Tah le sebab apa.. payah beno nak berbuah
Selama ni baru sekali je berbuah [itupun sebiji je]

Kami cadang nak tebang je pokok ni hujung tahun ni
[Sebab cam tak mendatangkan hasil je]
Ada yang kata kot2 pelam jantan [pokok pun ada jantan betina ke??]
Takpun ada yang kata pokok ni mandul??? 
Macam2 spekulation daaa..

Dalam dok bercadang tu, hujung minggu lepas baru perasan pokok pelam tu berbunga
Meriah pulak tu bunganya
Cam ada harapan nak berbuah je pokok ni..
Nampak tak bunga2 cinta  pelam tu??

Kalau pokok ni tak berbuah juga..
KONFEM... tebang je la nanti..
Tak larat nak sapu daun luruh je..

Monday, February 17, 2014

DAH BUKA BUKU PINK

Baru balik dari klinik pagi tadi
Gi bukak buku pink yang khas untuk ibu2 mengandung..huhuhu
Tak sangka tahun ni pun kena mengulang klinik ibu & anak lagi

Kali ni pi bukak buku kat Klinik Genting Malek lak
Sebelum ni bukak kat Klinik Batang Kali
Malas nak gi Batang Kali sebab ramai sangat orang
Klinik Genting Malek lebih selesa & tak crowded
Lagipun bior la cari kelainan sikit kali ni

Aku orang memula sampai
Sebab lepas hantar anak sekolah, terus pi klinik
Nurse pun baik  dan tak banyak songeh cam nurse Batang Kali dulu

Apapun.. udah selamat teman buka buku pink tu..
 Sebab baru lagi cantik la kaler pinknya
Udah lama sikit nanti jadi cam belacan la cam buku lama aku tu

My EDD, lebih kurang cam dalam entry sebelum ni la

 Ruang buku baru ni lebih beso 
Senang nurse nak tulis

Yang ni dalam buku lama
Halus2 ruangnya..

Next check up aku 2 minggu lagi. Patutnya sebulan sekali tapi sebab HB aku rendah, so kena datang selang 2 minggu...PASRAH!

PREDICTABLE

Susah bila jadi specky mummy bila beranak kecik
Yang ye nya takkan nak pakai contact lens doplohpatjam kan
Bila anak dah start membuas cam amira
Segala2nya nak dicapai
Nak2 pulak spek mata aku ni.. paling dia gemor nak rentap
Sampai pedih2 muka aku dibuatnya

Akibat selalu direntap
Dah memang agak dah memang tak panjang la umur spek aku tu
Ramalanku benar belaka bila spek aku dah jadi cenggini
Dah tercabut tangkainya dah...
Herm... malas nak merempan
Nasib la ada spek spare

** Tunggu gaji nak gi buat spek lain sbb spek yang patah tu pun dah 2-3 tahun umurnya

Thursday, February 13, 2014

UBAT KUAT

Mengandung di usia 30-an memang lain dari masa usia 20-an
Ye la... kita dah tak fit cam masa umor 20-an tu
Nak2 pulak lagi aku yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat

Mengandung anak 1st - umur baru 25
Mengandung anak 2nd - umur baru 27

Mengandung anak 3rd - umur dah 33
Mengandung anak 4th - umur dah hujung 34!!!!

First two pregnancies di usia 20-an
Memang cergas especially yang 2nd sbb takde alahan teruk
Yang first usah cerita la.. lembik cam kain buruk masa 1st trimester

Mengandung 3rd pun kurang alah tapi stamina kureng
Ate dah 30-an kan...
So makan supplement adalah sangat membantu
Aku makan set Shaklee je..
Tapi ubat klinik pun aku makan juga

So untuk pregnancy kali ni pun sangat memerlukan supplement
Body aku dah tak kuat.. nak2 pulak baru lepas bersalin tak sampai setahun
Masih meneruskan dengan Shaklee
Ni la vitamin yang aku telan setiap pagi...
Malam pulak aku makan ESP + ostematrix
Semoga baby & mama baby cergas sehingga melahirkan

** Simptom mengandung yang paling tak menahan... asyik mengantuk je..
Camne nak buat ek???

Wednesday, February 12, 2014

CRAVING # 1 - NAK YANG MASAM

Ohoy.... banyak teringin mau minum ini...

Calamansi pujaan hati
Dapat minum time panas2 ni pun syok gak
Campur masam2 asam boi... pergh..........

Tapi nak cari yang betui2 'kick' payah la
Tetiba teringat air calamansi kat restoran masa keje kat Wangsa Maju dulu
Tapi restoran tu pun dah takde....

## Tetiba kecur air liur...

KHUSYUKNYA DIA...

Semalam Aleeya pasang lagu hindustan
lagu Zoobi Doobi citer 3 Idiots 
berjoget sakan la minah tu dengan Kak Cik sekali pun tergedik2

Sambil aku dok lipat kain aku perati je la Kak Cik tu
Sambil berpaut kat kabinet tv sambil mata mendongak tengok tv
sambil kaki goyang & mulut ternganga

Amira... Amira
Tengok hindustan khusyuk ko ye
ikut peel sapa la ni???

Tuesday, February 11, 2014

KENDURI AKIKAH AMIRA

Alhamdulillah hari Sabtu lepas dah selamat buat kenduri akikah untuk Amira
Kali ni lambat pulak buat kendurinya
Aleeya & Adib dulu umur 3-4 bulan dah buat dah...
Amira ni dah dekat setahun baru dapat buat
[apa nak buat... mak abah ko jenuh kumpul duit]

Kali ni tak buat grand pun
Takde marhaban, naik buai, cukur kepala dsb
Memang sempoi habis..hehehehe
Jemputan pun tak ramai.. dalam 100-150 orang je
Ajak jiran2 tetangga & kawan2 terdekat je

First time organize kenduri memang kalut sikit la..
Nasib la ada jiran2 dan keluarga yang membantu
So malas nak citer benda2 yang tak best
[Siap ada adegan masam2 muka...ahhhh malas la nak ingat]
Yang penting majlis dah berjalan dengan elok

Khemah asalnya nak pasang kat compound rumah aku je
Tapi disebabkan ada awning & pokok2 kat sekeliling rumah aku tu
So jadi tak muat, so akhirnya pasang je kat atas jalan tu

Kenduri ni tak banyak gambar la sebab mak sebok noks..
Sebok la sangat kan..... layan tetamu bagai ewah...
Nasib la jiran2 aku tak datang segerombolan beramai2 sekaligus
Deme datang sikit2 so senang la nak entertain..
Dah le masa2 tu jugak la mabuk aku datang... sabo je la..

Lauk pauk aku hari tu tak banyak pun
Kari kambing [FIL aku yang masak]

Yang lain aku oder dengan babysitter Amira...
Menu yang aku oder :
  • Ayam goreng berempah
  • Masak lemak pucuk paku
  • Sambal kentang + ikan bilis
  • Ulam2 & sambal belacan
  • Ikan masin
  • Bubur jagung
  • Kuih muih (5 jenis)


Selain tu mak aku ada supply apam beras & apam gula hangus
Bekas pengasuh Adib dulu pun hantar setapawe kuih talam keladi
Biras aku pun supply puding
Alhamdulillah... rezeki

Aleeya ni malas nak makan kat khemah
So buh nasi dalam pinggan dia makan dalam rumah
Nak makan sambil tengok tv katanya
Mak Su dia la yang melayan anak dara sorang ni..

Ha... ini budak punya kenduri lor...
Membuas usah cerita...
Sebab dah beso tu yang tak buat naik buai tu
Kang kerjanya asyik nak terjun buai je...tak ke naya

Pasni kumpul duit untuk akikah seterusnya pulak...

Monday, February 10, 2014

TRAINING

Kak Cik tengah nak belajar berjalan
La ni tengah meniti la sikit2
Kalau ikut gaya seminggu dua ni insya-allah berjalan la Kak Cik


Aleeya tengah training Amira berjalan
Lucu pulak nengoknya...
Berdiri pun dok terhinggut2 lagi si Amira ni...




Friday, February 7, 2014

BILA DUE DATE???

Benda terkejut ni segala2nya terkejut
Sebab tak plan aku pun tak tahu bila exactly aku conceive
Seingat aku, sebab aku breastfeed Amira so memang selama 7 bulan lepas bersalin aku tak datang period
Pastu aku ada period sekali
Dan selepas tu period pun tak muncul2 lagi

Maybe perubahan hormon
Maybe sebab aku masih breastfeed
Maybe sebab stress..
So aku tak pasti

Yang pasti selepas 3 bulan tak period, aku gi la cek kat klinik
Sebabnya badan aku asyik rasa tak best je
Kejap sejuk, kejap panas, kejap pening, lemah badan
Tapi dalam hati tak pernah terlintas pun aku mengandung sebab aku cam yakin je aku tak pregnant
Tapi kuasa Allah mana kita mampu halang kan...
Lepas cek up SAH POSITIF HAMIL! 
DANG!!!! Ambik ko... konfiden lagi..

So terus terang aku cakap dengan doktor aku sendiri tak sure bila aku pregnant
So dia scan macam yang aku letak kat entry lepas2
So estimated kandungan aku dah dalam 12-13 minggu.
[Beso dah rupanya]

So aku andaikan je la since aku dah lewat sebulan tak period so waktu tu dah memang ada 'isi'
Sebab period aku memang regular tiap2 bulan ada datang sama ada cepat atau lambat
Tak pernah la sebulan dua tak datang langsung
[melainkan pregnant la]

So aku saja la cek guna calculator kat Babycenter.com
## itu bukan tarikh last aku period tau..


Dan hasilnya lebih kurang la dengan yang masa scan tu
So he/she maybe an August Baby
Dan.... yang paling penting due selepas raya ye
Harap2 sempat la aku menikmati juadah hari raya dengan rakus..hahaha
Based pregnancy yang lepas2... semuanya adalah overdue seminggu
So kalau baby ni pun overdue pun still in August lah...

Jantina baby???
Still early to find out even though instict aku dah ada sikit2
& berdasarkan simptom2 aku mengandung sebelum2 ni...




Thursday, February 6, 2014

DAH ADA POKOK NYOR

Geram tengok budak2 kalau ada pokok nyor sebatang atas kepala
Rambut Cik Gebu halus & pendek
Payah nak buat pokok nyor

Semalam saja ikat rambut dia
Jeng..jeng..jeng...
Comel tak pokok nyor ketot saya???

PESANAN UNTUK IBU BAPA

Ada benonya juga

Lain anak lain cara & perangainya
So parents kena pandai tackle anak..

Banyak lagi ilmu parenting kena belajo rupanya...

Wednesday, February 5, 2014

KAK CIK TENGAH KUTIP APA TU???

Budak ni matanya tajam beno
Benda halus2 pun dia nampak
Pastu nak kutip masuk dalam mulut

Haipppp.....
Kutip apa tu???

Muka terkejut sebab kena sergah...
[ngutip kertas rupanya]

*** Amira dah nak jadi Kak Cik..

CUBAAN PERTAMA PUDING ROTI

Aku ni idak le pandai masak
Rajin masak pun idak juga
Tunggu roh masak datang baru boleh bikin

Hujung minggu lepas tah cemana roh puding roti rasuk aku lak
Tengok resepi bahan2 ade je kat rumah
Cuma tang susu je aku takde fresh milk
So aku guna je susu tepung biasa tu + campo susu pekat sikit
[Resepi durhaka le konsepnya ni..]

Ekceli aku tak pernah rasa pun puding roti ni
Tah sedap ke idak aku pun tak tau
Tapi tengok ramai orang dok menggila buat menatang ni
Nak try la jugak... so kita belasah je la

Sonya, telah berkecah la satu dapur
gara2 nak buat puding roti
Ambik resepi yang paling sempoi je...
Nampak tak betapa berkecahnya dapur
Resepi siap gantung kat pintu kabinet tu
hahahaha.. nampak beno tak pandai masak

Puding roti tengah diperam
supaya meresap segala makneka yang dijirus dalam tu
[aku blender je semua - susu, telur,gula, esen vanila... pastu curah je.. senang citer]

Jeng..jeng... Siap dibakar
Bau dah wangi.. rasa tak tau lagi
Sementara  puding ni dalam oven kita buat la sos kastadnya

Tapi sos kastad aku ni terlikat sikit la
Terlebih tepung kekdahnya
Tak kisah le... janji boleh makan..

Untuk fes timer, kira ok la di tekak aku
Tapi nak buat lagi belum tentu kot
Sebab tak masuk senarai feveret la puding ni
Baik aku buat puding jagung je...
Adios..



** Jangan mintak resepi aku udah la ye...

Tuesday, February 4, 2014

SELAMAT TINGGAL ALFALFA...

Sejak dah tahu aku pregnant lagi
so mana supplement yang tak boleh makan kena put aside dulu la kan
Mana la aku tau aku mengandung kan
Selama ni dok bantai la makan macam2 supplement
Alhamdulillah takat ni takde la pulak effect kat baby

Masa scan semalam pun baby nampak sihat
Dah 3 bulan dah rupanya dia dok dalam perut aku
Memang la aku perasan perut aku buncit semacam
Ingatkan sebab aku makan banyak & aku gemuk
Erm... rupanya ada benda lain

Salah satunya alfalfa Shaklee ni la
Simpan dulu dalam gobok
Lagi 6 bulan kita makan balik yer...

So pasni kena makan balik vitamin untuk pregnancy
Nak kena pi monthly check up which is tersangat la malas nak buat
Kena makan ubat hari2... haish..
Back to my routine setahun yang lalu...erm..erm...

Doakan kesejahteraan aku ye kengkawan...
Aku adalah tak menyangka sampai sekarang
Sebab things happen terlalu cepat tanpa aku menyangka ianya secepat ini
Tu la orang kata rezeki Allah kadang2 kita tak terduga kan..

UNEXPECTED GIFT

Baru tahu semalam

Totally SPEECHLESS

ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKBAR

** Rezeki tahun kuda.. (>__<)"