Thursday, November 28, 2013

PERSIAPAN BERSUNAT

Anak jantan aku bakal bersunat hujung minggu ni
Tah le cemana la gayanya nanti
Bukan kitaorang paksa pun tapi dia sendiri yang nak
Bila aku tanya dia berani ke?
Dia kata dia berani... hmmm ok la tu

Memula dulu ada je yang cakap tak awal sangat ke nak bersunat tu
Termasuk la cik besah
Tapi pada aku lagi awal lagi bagus
Adib pun dah 6 tahun.. elok la tu kalau nak bersunat
Ada ustaz tempat keje lama dulu lepas seminggu lahir terus disunatkan anaknya

Suami aku pun tak banyak kira
Dah itu kemahuan si anak kita turutkan je la
Mak aku pun pesan, anak tu dah sampai seruan nak berjihad, jangan la dihalang2.

Malam tadi hasben aku bawak balik banyak kapas
Katanya kawan dia yang bagi
Siap dengan jeli gamat + ubat tahan sakit & ubat sapu
Mentang2 la kawan dia tokey  farmasi
Hambek ko...
Kalau ko tak bersunat nanti Adib.. tak tahu le...



** Anak yang nak bersunat, aku pulak yang berdebar2.

1 comment:

Nafira usof said...

saya yang x de anak lelaki nih pon cuak kalo citer pasal bersunat. kalo di takdirkan ade anak lelaki nanti. saya pass kat hubby jer lah. dia berani sket. bini dia nih penakut~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...