Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, March 1, 2017

BERAKHIR PENANTIANKU

Sebulan....dua bulan...tiga bulan...
Akhirnya lepas genap 9 bulan arwah suami aku meninggal
Tiba juga yang ditunggu2...
Surat dari Pejabat Pusaka

Pergh... lama gila aku menunggu
Aku dah submit awal dah
tapi prosesnya punya la lama kan
Tah berapa kali aku telefon Pejabat Pusaka tu dok tanya pasal ni
Penantian tu kan satu penyeksaan

Kalau nak tahu Pejabat Pusaka Kecil ni terletak di Pejabat Tanah & Galian. So kalau nak buat tuntutan harta pusaka terus je pegi Pejabat Tanah berhampiran.
Ni bagi harta yang kurang dari 2 juta & ada tanah/rumah. Kalau nak buat kat Amanah Raya pun boleh.




Untuk pengetahuan korang aku buat tuntutan Harta Pusaka ni kat Pejabat Tanah Kuala Kubu Bahru. So jadi under tadbiran Pejabat Pusaka Kecil Gombak
Pejabat tanah KKB ni tolong kutip borang je tapi segala urusan dibuat di Pejabat Tanah Gombak.

Sesetengah Pejabat Tanah daerah/negeri lain maybe prosesnya lebih cepat... ikut nasib la
Ni disebabkan rumah kami ni semata2 kat kawasan hulu selangor
Tu yang pegi buat kat Pejabat Tanah Kuala Kubu
Dan katanya kalau yang daerah gombak ni memang lembab sebab banyak sangat file nak kena proses katanya... 
ye la... hari2 ada orang mati kan..


Alhamdulillah balik keje semalam
surat yang ditunggu2 ada dalam peti surat
syukur sangat2....


** Nama Cik Besah tu memang Besah tau... bukan nama timangan...😊


Semoga dipermudahkan urusan kami nanti..
Debar2 pulak nak pergi bicara kuasa...hahahaha

3 comments:

Nafira usof said...

Semoga dipermudahkan semua urusan. Aminnn

Norhayati Mohd Isa said...

Alhamdulillah..
Semoga dipermudahkan segala urusan syahni ye..
Itu baru permohonan dah lama macam tu kan..
Belum proses untuk menukar nama hak tu..

hainom OKje said...

Nak kena jugak mohon benda ni semua ye Syani? Kalau tak payah tak boleh ke SYani