Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, March 24, 2017

2 BULAN DAH

Hari ni genap 2 bulan abah pergi meninggalkan kami
Semoga roh abah aman tenteram bersama roh2 para solihin

Hari Jumaat ni kadang2 teringat kat abah
sebab abah kadang2 jadi imam masjid
so kadang2 dia la yang bagi khutbah sembahyang jumaat
Suara dia kadang2 dengar la sampai ke rumah mak suara dia melalui speaker kan

Kadang2 rindu nak dengar bacaan al-quran abah
Rasa semangat bila abah imamkan sembahyang jemaah
sebab suara abah ni ada ala2 tegas gitu
dan abah bila jadi imam dia memang ada gaya konfiden gitu


Walaupun abah ni bukan le lelaki/suami & ayah yang sempurna
Tapi abah ni dah buat yang terbaik demi keluarganya
Alhamdulillah, Allah dah pilih lelaki ini sebagai abah kami.
Lelaki ini adalah abah kami dunia & akhirat

Al-Fatihah untuk abah yang kami sayangi.


** Dengar radio pagi tadi katanya suami penyanyi Nora tu pun meninggal dunia pagi tadi. Al-Fatihah untuknya.. semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Aaminnnn...

4 comments:

Linda said...
This comment has been removed by the author.
Linda said...

Alfatihah utk arwah abah Syani...mmg pilu menerima kenyataan pemergian seorang abah. Dua hari lepas pak ngah kesayangan saya pula pergi menemui Ilahi...masih terasa sebaknya

Norhayati Mohd Isa said...

Al fatihah buat abah syani..
Sekejapan dah dua bulan ye syani..

Arwah abah akan pun dah 2 tahun..
Macam baru semalam solatkan jenazah abah..
masa berlalu begitu pantas..

Semoga roh mereka disana dibawah rahmat Ilahi. Aamiin

hainom OKje said...

Al fatihah utk arwah abah Syani....
Hidup lawannya mati Syani, walau kita sayang macam mana pun, Allah lebih sayangkan dia...

Gambar terbaru ke ni Syani. Nampak tegap dan sihat