Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, February 21, 2017

BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN ASNB

Assalamualaikum....
Ekceli lama dah terperam entry ni
Tah cemana baru terperasan belum publish..

Well, sejak arwah suami aku meninggal memang banyak benda la yang aku belajar
Nak tuntut itu, tuntut ini
Buat itu, buat ini, isi borang sana, borang sini
Turun naik opis sana sini, bank dan sebagainya
Fuhhhhh memang letih la wei...
Alhamdulillah masih ada kudrat nak buat semua2 tu
Just imejin kalau dah tua2 tak larat sakit lutut bagai.... haaa cemana kan??

Ok ni nak habaq mai bab khairat kematian untuk saham dibawah ASNB
Tak kira la ASB ke, ASN ke, ASW ke asalkan yang dibawah PNB
Kalau berlaku kematian, waris boleh tuntut khairat kematian tau
Ni memang aku tak tahu langsung sebenarnya
Biras aku la yang bagitau [sebab dia keje mebeng]
Biras aku kata sebenarnya memang ramai tak tahu
So memang tak ramai yang tuntut ... rugi la kan
So korang yang baca sila lah uar2kan  kat kengkawan & sedara mara korang..hehehe
Paling sikit RM200 tau.. maksimum RM2000... sapa nak kasi...


RM200 ---> kalau bilangan unit yang ada ialah 1-4,999 [yang ni takde tempoh]
RM1,000 ---> kalau bilangan unit 5,000 -9,999 [tapi unit tu kena ada & maintain untuk tempoh beberapa bulan [aku tak ingat] sebelum kematian]
RM2,000 ---> kalau bilangan unit 10,000 ke atas [dan unit2 tu kena maintain dalam akaun sekurang2nya 12 bulan sebelum kematian]

*** kalau aku salah, sila betulkan ye..

Aku bagi contoh la untuk senang paham:[harap2 idak le sampai stage KBAT]

Katakan A ada saham ASB sebanyak 11,000 unit pada Januari 2016. Pastu dia ada keluarkan 2,000 pada bulan Mac 2016. Pada bulan Ogos 2016, dia tambah 5,000 unit lagi. Kemudian dia meninggal pada Mac 2017. 

Kalau ikutkan baki terakhir saham dia masa meninggal, dia ada 14,000 unit saham kan? Kalau ikutkan waris dia layak dapat khairat RM2,000 kan? Tapi jumlah 10,000 unit tu dia tak maintain selama sekurang2nya 12 bulan sebelum meninggal sebab dia ada keluarkan 2,000 unit pada bulan Mac 2016. So maksudnya waris dia hanya layak tuntut RM1,000 sahaja [kalau tempoh yang dia maintain tu cukup]. Kalau tak cukup tempoh tu waris hanya layak tuntut RM200 sahaja.


Kalau si mati tu ada akaun dengan ASNB
Waris boleh la tuntut bantuan khairat ni
kat PNB atau mana2 ejen PNB  - bank, pejabat pos
Isi je form kat situ & bagi sekali dokumen2 yang diperlukan.
Macam aku hari tu just buat kat  Maybank yang terdekat
Immediately dapat terus duit khairat tu kat kaunter


TAPI....
tuntutan tu kena buat dalam tempoh 6 bulan lepas kematian la
Kalau dah lebih.. tak dapek nak tolong la....
Kira burn je la duit tu... [duit khairat tau.. bukan duit dalam akaun tu]

Pastu tuntutan ni boleh buat SEKALI je walopun si mati tu ada 10 akaun dengan ASNB... Paham tak?? Maksudnya kalau si mati tu ada ASB, ada ASN, ada ASW, waris boleh tuntut sekali je.. bukannya 3 kali tau sebab  diaorang akan base pada Nama si mati bukannya ikut jenis saham yang si mati ada.. [kalau tak paham buat2 paham je la... aku tak reti nak explain]


NI baru bab khairat kematian tau
Bab nak tutup akaun ASNB si mati pulak lain cerita
Kalau ada senang nanti aku cerita
[arwah suami aku punya pun tak settle lagi tapi arwah abah aku punya dah settle 😉]





8 comments:

Unknown said...

info yang sangat berguna nih. saya share n3 nih di FB Zura eh. Tq.

kadang2 bende2 camnih kita mmg x tahu sgt kan. bila baca pengalaman org barulah tahu.

SYANI said...

Silakan la Zura.. semoga sama2 dapat info.

Izwa Kamaruddin said...

kuat ko beb..

eima said...

sgt2 membantu .. tq sbb share

OKje said...

Aduhhh gitu pulak ye Syani. Peningnya. Kalau tak tutup akaun tak boleh ke?
Ada peluang claim, claim aje.... sapa nak bagi duit free.... Sikit pun duit jugak

Unknown said...

Assalammualaikum, nk tanya sikit. Apa dokumen2 yg perlu dibawa?

Megat Terawis said...

Arwah isteri aku meninggal dunia..dah lama...1997...lepas semua dah selesai..dah reda...seminggu dua lps tu aku ke pejabat pos utk tutup akaun asnb dan asb arwah. Aku dibayar rm200 duit khairat mati tp aku TIDAK DIBENARKAN menutup terus akaun asnb dan asb arwah kerana menurut kata kerani Pejabat Pos tu,kalau ditutup aku akan dikenakam sejumlah bayaran tertentu...jd aku ikut sahajalah kata2 kerani tu..sampai sekarang dah lbh kurang 22 tahun,akaun arwah dikira masih aktif tetapi tiada transaksi la sebab arwah dah takde. Jd aku tertanya2,apa jadi pada akaun asnb dan asb arwah sehingga sekarang...ada sape2 boleh bg pencerahan?

SYANI said...

Megat Terawis,
Sebaiknya pergi rujuk ke pejabat PNB yang terdekat. Kalau tak silap saya kalau dalam akaun kurang dari 10K, waris boleh je mohon untuk keluarkan duit tu (tutup akaun) tapi kalau lebih 10K kena dapatkan surat kuasa dulu.